Memaparkan catatan dengan label PERIHAL KEAGAMAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERIHAL KEAGAMAAN. Papar semua catatan

MUDAHNYA WANITA MASUK SYURGA

0 KOMENTAR...
Terdapar beberapa perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagaian dunia dan akhirat. Yang pertama melaksanakan kewajipan agama iaitu dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah bersabda yang bermaksud :” Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati sumai. Hal ini disebbut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabrani daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :” Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartanya ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, wanita yang selalu mengingati Allah. Dalams ebuah hadis riwayat at-Tarmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Hendaklah kamu para wnaita memperbanya membca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud deriapda Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :” Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:” Wahai para wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah…

Wallahualam…..
Semoga menjadi renungan untuk semua.

Semoga Bermanfaat


Read more

MENGENALI HADIS SAHIH

0 KOMENTAR...

Setiap kenyataan yang didakwa sebagai hadis perlu dipastikan kesahihannya benar-benar datang daripada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan Baginda. Bagi menentukan kesahihan sesuatu hadis, para ulama hadis telah membuat kajian khas tentang kedudukan perawi-perawi (sanad) dan teks hadis matan. Kajian dalam permasalahan ini sangat penting kerana satu-satu hadis yang hendak dijadikan hujah syarak mestilah merupakan hadis yang benar-benar sahih.

Ciri-Ciri Hadis Sahih

Bagaimana caranya untuk mengenali sama ada sesebuah hadis itu hadis sahih?

Hadis sahih ialah hadis memenuhi lima syarat berikut:

1 Sanad (perawi)nya bersambungan.

2 Perawinya ‘adil: Keperibadiannya dipercayai. Tidak dilihat mengerjakan dosa atau didakwa fasiq.

3 Perawinya dabit: Ingatannya kuat dan mantap.

4 Tidak shaz: Tiada kejanggalan, iaitu ia tidak bertentangan dengan hadis yang lebih kuat.

5 Tiada illah: Tiada kecacatan yang tersembunyi. Perlu diketahui bahawa hadis sahih ini terbahagi kepada dua:

a Sahih lizatih : Hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan hadis lain. Contohnya hadis yang bermaksud: “Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

b Sahih lighairih: Pada asalnya ia hadis hasan (hadis yang kurang pada syarat ketiga iaitu “dabit” ). Kemudian ia diiktiraf menjadi hadis sahih kerana diperkuatkan dengan hadis lain. Contohnya, hadis yang bermaksud: “Sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, pasti aku perintahkan mereka bersugi setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini berstatus hasan menurut riwayat Imam al-Tirmizi daripada jalan (sanad) Muhammad bin ‘Amru daripada Abi Salamah daripada Abu Hurairah. Hal ini kerana Muhammad bin ‘Amru dinilai oleh ulama hadis sebagai seorang perawi yang kekuatan ingatannya tidak mencapai standard kriteria dabit untuk syarat hadis sahih. Namun hadis ini mempunyai sanad yang lain sebagaimana yang diriwayat Imam al-Bukhari, daripada jalan (sanad) A‘raj daripada Abu Hurairah. Rumusannya berkenaan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Tirmizi itu, jika semata-mata berdasarkan sanadnya, ia hadis hasan. Namun ia diakui sebagai hadis yang sahih disebabkan adanya hadis lain.

Hukum Beramal

Apakah hukumnya beramal dengan hadis sahih?

Wajib beramal dengan hadis sahih, berdasarkan ijmak ulama hadis dan mereka yang sependapat dalam kalangan fuqaha dan ulama usul (usul fiqah). Mereka berpendapat bahawa setiap hadis sahih menjadi hujah syarak, tidak kiralah sama ada perawinya seorang atau ramai pada setiap tabaqah (lapisan) sanadnya.

Martabat Hadis Sahih

Saya mendengar bahawa antara hadis sahih juga tidak sama kedudukannya. Contohnya hadis sahih riwayat al-Bukhari lebih tinggi berbanding hadis sahih riwayat al-Tirmizi. Mohon penjelasan.

Benar. Hadis sahih mempunyai beberapa martabat berdasarkan ketinggian mutu kesahihan dan penerimaannya oleh para ulama hadis. Berikut ialah susunan martabat hadis sahih bermula dengan martabat yang paling tinggi:

1 Hadis sahih yang telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhain (dua orang pakar terulung hadis) iaitu Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Ia biasa disebut sebagai Muttafaq ‘alaihi (hadis yang disepakat oleh mereka berdua dari segi sanad dan matan).

2 Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari sahaja.

3 Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sahaja.

4 Hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama hadis lain dengan menepati syarat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkannya dalam kitab sahih masing-masing. Istilah biasanya “Ala Shartihima” bermaksud menurut syarat kedua-duanya.

5 Hadis sahih yang menepati syarat Imam al-Bukhari sahaja tetapi beliau tidak meriwayatkannya dalam kitab sahihnya. Ini yang dinamakan “Ala shart al-Bukhari” iaitu menurut syarat al-Bukhari.

6 Hadis sahih yang menepati syarat Imam Muslim sahaja tetapi beliau tidak meriwayatkannya dalam kitab sahihnya. Ini yang dinamakan “Ala Shart Muslim” iaitu menurut syarat Muslim.

7 Hadis-hadis sahih lain yang diakui kesahihannya oleh ulama hadis selain Imam al-Bukhari dan Muslim. Ini bermakna hadis tersebut tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka berdua.

Wallahu a‘lam.


Semoga Bermanfaat


Read more

11 JENIS MANUSIA YANG AKAN MENERIMA DOA MALAIKAT

0 KOMENTAR...

Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Hari ini saya ingin berkongsi menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya
di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah..


Semoga Bermanfaat


Read more

SI DIA, BIDADARI SYURGA..

0 KOMENTAR...

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. 

Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

AL-QURAN

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)

HADITH

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. 

Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. 

Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” 

Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. 

Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. 

Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. 

Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. 

ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. 

Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. 

Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. 

Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

Semoga Bermanfaat


Read more

TANDA-TANDA TERDAPAT GANGGUAN DALAM DIRI

0 KOMENTAR...
1. SIHIR
- Kesan gigitan pada badan
- Lebam pada badan
- Kurang keyakinan diri,dan malu berhadapan dengan masyarakat
- Malas bekerja
- Perniagaan merosot
- Diganggu semasa ibadah
- Hubungan keluarga dingin
- Menghidapi penyakit kronik (Kanser,dlln)
- Ternampak bayangan objek di dalam kediaman

2. SAKA
- Mimpikan binatang berbisa seperti ular,harimau, buaya dan lain-lain
- Keluarga berkelahi sesama sendiri
- Histeria 
- Teringat seseorang yang telah meninggal
- Terdengar bisikan dan suara asing mengarahkan membuat sesuatu
- Sakit belakang yang berpanjangan 
- Mandul (bukan sbb beradat sprt kemalangan yang teruk atau jatuh kuat semasa bersukan).
- Sentiasa berlaku kuguguran anak dalam kandungan
- anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan ke atas
- melahirkan anak yang cacat anggota mental atau fizikal atau kedua-duanya sekali
- melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat2 di bawah ini  :- 

- Cepat marah atau panas baran, 
- irihati, 
- cemburu, 
- jahat sangka, 
- mimpi yang menyeronokkan yang jarang2 menjadi kenyataan,
- menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencari adat sebagai bukti kebenarannya,
- mendatangkan perkara melalui jalan yang luar biasa seperti batu,cincin,duit emas, keris dan sebagainya.

3.SANTAU
- Kulit terasa gatal-gatal dan miang2 pada anggota badan
- Batuk berpanjangan
- Sering sakit kepala antara waktu asar hingga manghrib 

4.RASUKAN
- Sukar tidur malam
- Hati berdebar-debar terutama pada waktu senja
- perasaan resah tak menentu
- mimpi yang berulang-ulang perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing,ular,melihat manusia pelik,dibawa kekubur,diusung ketempat mengerikan,jatuh dari tempat tinggi,menyusu bayi,lebam2 pada tubuh badan dan sebagainya.
- selsema yang berpanjangan
- malas untuk zikir dan sembahyang
- sakit pada sesetengah anggota badan yang diperiksa oleh dokor tidak terdapat penyakit
- pening yang berpanjangan terutama waktu senja
- otak menjadi lemah
- pelupa yang kuat
- gatal2 pada badan
- tidak sedarkan diri serta pengsan
- berdesing di telinganya atau mendengar kata kata suruhan tertentu

SEBAB-SEBAB RASUKAN JIN KEPADA MANUSIA
- Jauh dari mentaati perintah allah seperi meninggalkan sembahyang,puasa dan sebagainya
- Terdapat di dalam rumah alat muzik dan alat melalaikan
- Meninggikan suara di dalam bilik air (masuk tanpa membaca doa)
- Menangis dan merintih sebelum tidur
- Membuang air panas ke dalam bilik air
- Melompat empa tinggi tanpa membaca bismillah
- memasuki empa gelap yang ditinggalkan
- perasaan terlalu takut dan erlampau gembira (ketawa berdekah-dekah)
- Selalu bertengkar suami isteri
- Terlampau marah
- Mengikut hawa nafsu (Syahwat)
- Terdapat gambar-gambar lukisan manusia, binatang dan sebagainya di dalam rumah
- Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah,atap dan langsir di rumah dan pejabat
- menghadiri suatu majlis yang melekakan yang disebut nama alllah
- perempuan yang suka bersolek dan membuka aurat
- berlaku sihir dan perjanjian antara jin dan tukang sihir
- Jin jatuh cinta kepada manusia 
- Golongan kristian,hindu,buddha mengarahkan masuk agama mereka
- suka membaca buku cerita hantu dan buku sihir.

BENTUK-BENTUK AMALAN YANG DILAKNAT ALLAH (S.W.T)

1. AZIMAT
- Digunakan bomoh dengan membaca mentera pada azimat ini unuk memanggil jin dan syaitan untuk menjaga rumah atau tempat tertentu.

"Hukum Syara' "
Syirik dilaknat Allah (SWT) dan dosa besar
"Dalil Al-Quran": Nabi Musa menjawab: " Bahkan kamulah campak dahulu".Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat2 mereka terbayang-bayang  seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka

2.MINYAK DAGU
Digunakan oleh bomoh dgn mengambil darah di bahagian dagu mayat perempuan yang mati dibunuh, minyak dagu ini biasanya diletak di dalam botol minyak atar dan ia akan ditanam di kawasan rumah.

3.AZIMAT GANTUNG
Digunakan bomoh dengan membaca mantera pada azimat ini dan diganung atau diikat pada tubuh supaya badan menjadi kebal.


Semoga Bermanfaat


Read more

3 DOA YANG TIADA HIJAB

0 KOMENTAR...
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah tuan empunya Bumi yang masih beri kita peluang menggunakan pancaindera miliknya.


Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi satu hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Mafhumnya:-

" Tiga doa yang sangat mustajab yang tiada syak lagi padanya yakni tiada halangan (hijab) padanya. Doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa kedua ibubapa kepada anaknya "

Berdasarkan pemahaman daripada Hadis di atas, ketiga-tiga doa yang disebutkan oleh Nabi kita menunjukkan bahawa ianya tersangat mustajab.

Kita sudah sedia maklum doa orang - orang yang dizalimi langsung tiada halangan untuk sampai kepada Allah. Begitu juga dengan doa-doa orang musafir.

Selain itu doa kedua ibubapa kepada anaknya juga mudah diterima oleh Allah, oleh kerana itu, sentiasalah minta Ibubapa kita terus menerus doakan kita.

Mudah-mudahan, dengan berkat doa dari Ibubapa kita, berjayalah kita di Dunia lebih2 lagi di Akhirat.
InsyaAllah, Amin..


Read more

GAMBARAN KEDAHSYATAN HARI KIAMAT

0 KOMENTAR...

:::Gambaran hari KIAMAT yang kita semua perlu tahu:::



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.




Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:


Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Semoga Bermanfaat


Read more

KOLEKSI SOAL JAWAB BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS A.K.A USTAZ YOUTUBE.

0 KOMENTAR...
Bismillah,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji-pujian hanya untuk Allah tuhan yang mentadbir alam ini juga tiada pengakhiran baginya.
Selawat dan salam kupanjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang disayangi dan dikagumi serta dijadikan sebagai ikutan sepanjang zaman.

Kali ini saya ingin kongsikan koleksi soal jawab Ustaz Azhar Idrus juga dikenali sebagai Ustaz Youtube dikalangan anak muda di luar sana. Soal jawab ini dijawab sendiri oleh Yang berbahagia Ustaz Azhar di dalam Facebook miliknya iaitu "Ustaz Azhar Idrus (Original)".

Soal jawab ini juga dalam bentuk gambar yang telah di "printscreen" oleh sahabat-sahabat kita yang prihatin. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini dapat membantu kita semua dalam memahami dan mendalami Islam sebaiknya.
























































































































Semoga Bermanfaat


Read more