Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan

PERASAAN DAN KEJAYAAN

0 KOMENTAR...
"..... Bila terkenang semula, memang indah. Tapi apakan daya waktu dan ketika itu telah pun berlalu..."

Sepertimana ada kata2 yang berbunyi, perkara yang paling jauh dalam dunia ini bukanlah Bulan, Bintang, Matahari mahupun Planet, tapi yang paling jauh adalah masa lalu. Meskipun seminit yang lepas, tidak seorang pun dapat kembali semula berada di situasi dalam minit tersebut. 

Begitulah percaturan alam. Sesiapa yang mahu berjaya, mesti mahu yakin dengan keistimewaan diri.

Dalam hiudp ini, perkara paling penting untuk berjaya adalah kemampuan untuk mengetahui keistimewaan diri. Ramai orang boleh berjaya hakikatnya, tapi ramai juga yang mampu berjaya, tapi tidak berkemampuan untuk meraih kejayaan yang bakal mereka rasai. Ini semua bergantung pada kemampuan diri mereka menilai dan mengenalpasti keistimewaan diri.

Ayuh wahai remaja dan remaji sekalian, sedar dan lakukanlah perubahan dalam hidup kalian untuk menempa kejayaan hakiki. Yang penting, prinsip yang perlu dipegang adalah, buat apa sahaja dalam dunia ni, biar bawa kita ke Syurga Allah.

Buatlah apa sahaja yang kalian mahu, makan, berhibur, berniaga dan sebagainya, asalkan syariat mesti diutamakan. Barulah kejayaan yang bakal ditempuhi diiringi dengan keberkatan..

Bukankah kejayaan hakiki namanya tu...??


Semoga Bermanfaat


Read more

PABILA EGO MENGAMBIL TEMPAT

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada satu cerita yang tak enak didengar membabitkan seorang rakan kepada rakan. Dia dan pasangan bercerai setelah sebulan hingga tiga bulan usia perkahwinan. Cerai! Itu adalah sesuatu yang saya langsung tidak terlintas akan jadi pada mereka. Apatah lagi dalam usia perkahwinan yang masih dalam mood bulan madu. Tambah parah, si isteri sedang mengandung ketika ini. Punca? Suaminya bermain kayu tiga. Lalu perang tercetus dan ego mengambil tempat. Akhirnya masing masing tak nak mengalah. Sedih..saya sangat sedih sebenarnya mendengar cerita itu.

Mereka dilihat sebagai pasangan yang serasi dan sangat romantik, terutama di hadapan rakan rakan lain dan dalam laman sosial. Pernah juga terbit rasa cemburu melihat betapa sempurnanya mereka ketika itu. Mereka bercinta dalam setahun lebih, lalu bertunang dan selepas beberapa bulan berkahwin. Dalam tempoh bertunang itu, mereka memang dilihat sangat bahagia. Ibarat tiada langsung masalah biarpun saya sebenarnya tahu memang perangai tunangnya ketika itu (si suami) adalah seorang kaki perempuan.
Jadi di sini, tak guna lagi kita memujuk mereka kerana hati mereka masih lagi panas. Cuma memang benar hati perempuan, bila sekali sudah terluka memang sangat susah untuk terbuka kembali. Ramai rakan menasihatkan, demi anak yang dikandung, supaya mereka kembali bersama. Tapi ego masing masing masih tak nak mengalah.

Sayang kan? Majlis perkahwinan yang begitu gah dan meriah akhirnya hancur begitu sahaja hanya kerana sifat kaki perempuan si suami. Jadi ingatlah kaum lelaki, jangan dihancurkan hati si isteri yang setia menunggu dan menerima kalian seada mungkin. Mungkin rakan saya tadi sudah mengenali siapa suaminya yang sebenar sejak sebelum berkahwin. Tapi dia mengharapkan agar suaminya berubah selepas kahwin.

Namun, keadaan tidak jadi seperti yang diharapkan. Harapan dan doa saya kepada mereka yang saya amat kenali supaya buang ego dan kembali bersama. Kepada perempuan memanglah sukar untuk menerima kembali suami yang curang tapi demi anak, berkorbanlah. Kepada lelaki, pastikan kalian setia pada yang satu. Jangan biarkan peluang diberikan disia siakan begitu sahaja.

Tiba tiba rasa takut pada perkahwinan? Jangan rasa begitu. Setiap takdir kita, siapa jodoh kita Allah dan tentukan. Beranilah hadapi cabaran. Mungkin kepahitan ini adalah hikmah untuk mereka memperbaiki diri masing masing. Pasti ada bahagia yang menanti mereka suatu hari nanti


Semoga Bermanfaat


Read more

ALLAH BERHAK MENTARBIYAH KITA

0 KOMENTAR...
(Gambar Sekadar Hiasan: Pelajar2 Kelas 3Arif SMK Desa Cempaka)

Semua orang pernah rasa kecewa.
Rasa sedih rasa duka.
Biasa bila ada tawa ada juga airmata.
Tapi bagaimana hadapi rasa itu yang berbeza pada tiap jiwa.
Kadang rasa kuat kadang rasa lemah.
Kadang rasa nak bercerita kadang rasa nak banyak berahsia.
Itu juga biasa.
Kerana kita manusia.
Manusia yang selalu terbatas kemampuannya. 
Yang tiada apa tanpa Dia.

Susah sebenarnya nak jumpa orang yang kita betul betul yakin dan percaya untuk bercerita.
Sebab terkadang respons tak macam yang kita bayang.
Sebab terkadang hati masih tak tenang.
Dan kemudian rasa macam menyesal sebab ceritakan.

Tapi kejap je.
Sebab nanti akan ada rasa macam.
Ini sebenarnya saat Allah mahu mentarbiyah jiwa kita.
Mahu kita bergantung sepenuhnya pada Dia.
Dia je yang dapat faham kita.
Dia je yang mampu merawat semula luka.
Dia je yang boleh tenangkan hati kita.
Sebab tu takde orang yang betul betul dapat kasi apa yang kita nak.

" Ya Allah, 
Sesungguhnya dunia telah menyakitiku.
Aku tak mahu rasa ini.
Ambillah jiwaku, dan rawatlah aku dengan izin-Mu. "

Tiap kali rasa nak menanges nak bazirkan airmata, fikirkan dulu.
Kenapa kita nak menanges.
Kalau sekadar benda biasa yang takde apa, berhentilah sekejap.
Kawal hati daripada sedih beria ria.
Sebab hati yang sedih kan mudah dipengaruhi syaitan.

:')
Masakan tidak.
Hanya setitis airmata taubat diperlukan.
Hanya setitis airmata kerana benar benar mahu kembali pada Dia diperlukan.
Untuk memadamkan lautan api yang terhasil kerana dosa kita.
Masakan tidak malaikat katakan begitu.
Masakan malaikat mampu menghitung ganjarannya.
Kerana nilainya sangat besar.
Kerana nilainya hanya Allah yang tahu.

Jadi kuat bukan boleh sekelip mata.
Bukan boleh sekadar kita cakap nak kuat terus jadi kuat.
Tidak.
Kuat itu subjektif.
Jadilah kuat dengan diri kita sendiri.
Sebab pada mana mana kekurangan, Allah sudah pinjamkan kita dunia.
Melalui dunia, carilah kekuatan.
Binalah kekuatan.
Supaya nanti kita bertemu Allah semula dengan kekuatan :)

Jangan takut berdepan masalah.
Melangkahlah dengan gagah.
Kita ada Allah.
Dia akan temankan.
Takpe.
Cubalah untuk jadi kuat.
Sebab bila kita jadi lebih kuat, Allah lebih suka.
Yakin.
Kuat hanya akan ada bila kita yakin dengan Allah.
Bila kita melihat dunia dengan mata hati.

" Kuat dan tabahkan diri ini berpisah dengan pelajar2 SMKDC yang ceria2 dan Comel2 belaka.. Aku tahu, Allah mahu mentarbiyah diri ini untuk terus tabah.."

Bila kita rasa, kita benar benar mahu untuk bawa hati jadi lebih baik, teruskanlah niat itu...

:-)


Read more

NOTA BUAT BAKAL SURI KU

0 KOMENTAR...

Buat bakal suri ku ..
one day i hope  you will read this...

Bagaimana perasaan cinta ini tak pernah berubah . Cinta ini tetap cintakan ALLAH Sehinggakan nanti suatu masa ALLAH menitipkan sebuah kasih sayang dihati ini untuk bertemu mu namun tidak jua akan ku membiarkan cinta pada mu melebihi cinta ku pada ALLAH .

1. Bakal suri ku , kau harus tahu kenapa dan mengapa aku memilih mu . Sesungguhnya aku memilih mu kerna agama dan keimanan yang ada pada mu . Cintailah ALLAH kau tak kan pernah rugi.

2. Bakal suri ku , Kau harus tahu .. sesungguhnya aku mencintai mu jua kerna ALLAH . Dan kerna ALLAH jua lah yang berkehendak mengusik hati ku dan memberikan sesuatu yang digelar usaha untuk mendapatkan mu.

3. Bakal suri ku , kau harus tahu .. Jika hilang AGAMA padamu maka hilang jua lah CINTA ini pada mu. Namun kau jua harus tahu ... Aku akan menjadi suami mu agar aku bisa membimbing mu ke syurga. Ingatkanlah aku seandainya aku terlupa . Ingatkanlah jua aku pada warkah ini. marahkan lah aku seandainya janji ini ku ingkari kerna kau berhak jua memarahi ku kerna AGAMA ALLAH . 

4. Bakal suri ku , kau harus tahu .. betapa kasih nya aku kepada ibu ku , kemudian kasih ku kepada ibu ku , dan kemudian kepada ibu ku seterusnya kepada ayah ku . Jangan kau tanya mana pergi kasih ku terhadap mu . sesungguh nya kasih ku terhadap mu pasti bernyala sehingga aku menemui ajal ku tak kan pernah terpadam sejak dari pertama kali nya lagi .  tidak.. tidak bukan hanya sehingga ajal ku namun sehingga kesyurga INSYA ALLAH . Kerna janji ALLAH isteri didunia akan menjadi isteri berupa bidadari disyurga.

5. Bakal suri ku , kau harus tahu  .. Kekayaan tidak memberikan seribu kebahagian namun kebahagian yang memberi seribu satu macam kekayaan . Dan kau harus tahu untuk belajar dari kesusahan dan kegagalan lalu kau harus bangkit. sebegitulah perjalanan kehidupan . Agar nanti kita sama sama merentasi setiap sisi kehidupan kita bersama .

6. Bakal suri ku , kau harus tahu. setiap kali aku memandang mu , diri mu akan mencerminkan sebagaimana aku , sebagaimana aku melayan mu , sebagaimana aku mendidik mu dan sebagaimana kebahagian ku kerna setiap apa yang kau rasa , aku jua kan merasa dan kerna setiap penderitaan dan kebahagian mu adalah berpunca dari ku maka aku bermohon kepada pemilik CINTA , ALLAH yang maha pengasih dan penyayang agar dipayungi kita dengan CINTA NYA menuju keredhaan NYA.

7. Bakal suri ku , kau harus tahu dan seharusnya tahu .. sesungguhnya wajah mu adalah penenang bagi ku . Setiap keresahan ku diubati oleh mu . Setiap keluh kesah ku dirawat oleh mu . Dan kau juga harus tahu cukuplah bagiku kau ada disisi ku.

8. Bakal suri ku , kau harus tahu dan seharusnya tahu .. sesungguhnya kecantikan itu adalah dari hati . Bukanlah pada alat alat solek yang bernilai ratusan ringgit .. dirimu adalah dirimu tidak perlu menjadi selain dari dirimu . sinarilah wajahmu dengan wudhuk dan tutupilah auratmu seiklhasnya .

9. Bakal suri ku , kau harus tahu  .. Sesungguhnya setiap kesilapan itu mematangkan kita. "lidahkan lagi tergigit ini kan pula suami isteri" . sesungguhnya  setiap kesilapan itu mengajar kita erti kehidupan tetapi janganlah pula engkau mengulangi kesilapan yang sama. Aku jua pasti akan melakukan kesilapan jua.

10. Bakal suri ku , kau harus tahu .. sesungguhnya aku tidak suka ditipu sebegitu jua engkau . berkata jujurlah walau ia amat memedihkan pada ku atau pada mu kerna bagi ku setiap permasalahan kita boleh selesaikan Mohonlah kemaafan jika engkau melakukan kesalahan dan berterima kasihlah jika engkau mendapat pertolongan atau sesuatu .

11. Bakal suri ku , kau harus tahu .. walau sehebat mana pun dirimu , walau berapa pun usia mu .. sesungguhnya aku tetap merasa bimbang akan dirimu . 

12. Bakal suri ku , kau harus tahu .. saat ini betapa getar dan rindu nya aku inginkan gelaran ayah . sesungguhnya aku merindui mu dalam tiap tiap baris doa ku . semoga nanti aku menemui mu dan diijab kabulkan pada masa yang ALLAH telah tetapkan. Dan dalam tiap doa ku , memohon dikurniakan pasangan yang beriman agar bisa membimbing diri ku dan menjadi umie kepada anak anak ku agar menjadi hamba yang lebih beriman.

13. Bakal suri ku ,  kau harus tahu . sesungguh nya rasa sayang ku jua akan berbagi klak , saat kita dikurniakan cahaya mata namun kau jua harus tahu sayang ku pada mu tak pernah berubah sejak dari pertama kali nya lagi kerna aku tahu pengorbanan mu terhadap ku.

14. Bakal suri ku , kau harus tahu bagaimana mendidik anak anak mengenai aurat dan agama nya. sesungguhnya aku inginkan anak anak yang mengenal ALLAH maka kau ajar lah ia bermula seawal nya . ajar mereka mengenali huruf "A" adalah ALLAH. dan sesungguhnya kau harus tahu tanggungjawab mendidik itu jua berada dibahu ku. Aku tidak akan membebankan mu.

15. Bakal suri ku , kau harus tahu .. seandainya anak anak kita sudah dewasa dan mahukan sebuah pernikahan.. maka kahwinlah mereka dengan plihan mereka selagi pilihan itu beragama . jangan kau risau pasangan mereka kerna setiap yang baik diciptakan untuk yang baik maka ajarlah mereka menjadi yang baik. sesungguhnya aku wali namun saat itu mungkin saat kegembiraan dan kesedihan ku melepaskan mereka dari sisi ku. 

16. bakal suri ku , kau harus tahu .. walau kedut tua mula kelihatan diwajah mu . rambut gugur beruban dikepala mu .. sesunguhnya aku tetap mencintai mu , aku tetap menjaga mu dan aku tetap aku . aku jua seperti mu .

17. bakal suri ku , kau harus tahu .. Aku memohon maaf hampir setiap hari seandainya engkau tidak mendapat apa yang kau inginkan . Sesungguh nya kemungkinan aku jua tidak pernah mendapat apa yang aku inginkan . Namun kau harus tahu aku menerima mu seadanya kamu dan aku mengetahui setiap kekurangan ku dilengkapi oleh mu.   

18 . Bakal suri ku , Seharusnya kau harus tahu . Aku mencintai mu lebih dari yang kau tahu dan cintailah aku seperti mana aku mencintai mu .

19. Bakal suri ku.. seandainya aku pergi dulu sebelum mu.. kau ceritakanlah kepada anak anak ku tentang ku . bagaimana aku mencintai mereka , bagaimana aku berkorban demi mereka bagaimana tangis mereka ku balas dengan senyuman dan sesungguhnya kau harus tahu aku akan menceritakan pengorbanan mu pada mereka setiap saat dari awal kelahiran mereka . Bagaimana kau akan terbangun ditengah malam hanya kerna ingin memastikan keselesaan mereka.

20. Bakal suri ku .. kau harus tahu .. sesungguhnya aku mencari mu dengan usaha dan berikan sesuatu yang rahsia.


"Ya Allah , jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya , sayangilah dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata .. Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja .. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya .. kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku , di dunia dan harapnya bertemu di syurga .. aamiin .."



"Hai-Z + Wan"


Semoga Bermanfaat


Read more

SMK DESA CEMPAKA JOHAN FESTIVAL NASYID

0 KOMENTAR...
Bismillah,

Pada 11 Mei 2013 telah berlangsung Festival Nasyid peringkat Daerah seremban 1. Pertandingan ini berlangsung di Sekolah menengah Agama Persekutuan Labu Nilai, Negeri 9. 

Pertandingan ini telah disertai sebanyak 15 buah sekolah yang mewakili daerah seremban 1. Kami dari Sekolah menengah Kebangsaan Desa Cempaka juga tidak ketinggalan untuk menghantar wakil dalam pertandingan ini.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha tenaga pengajar dan peserta nasyid dari SMK Desa Cempaka, Sekolah kami telah mendapat tempat pertama (Johan) dalam pertandingan ini mengalahkan 2 buah sekolah yang boleh dikatatakan hebat iaitu SMA Nilai dan SMA Persekutuan itu sendiri.

Apa yang boleh saya katakan adalah, SMKDC amat bertuah kerana mempunyai tenaga pengajar sebagai jurulatih yang rajin dan berusaha keras demi menggapai gelaran juara. Tenaga pengajarnya adalah Ustazah Nur Azlina dan Ustazah Nazilah. Saya lihat mereka berdua ini memang bertungkus lumus dan sangat bekerja keras untuk memajukan Kumpulan Nasyid "Ar-Rijal" Sekolah ini.


Setelah mendapat keputusan kemenangan Kumpulan Nasyid ini, saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada 2 orang tenaga pengajar ini. Dan respon diantara salah seorangnya adalah seperti gambar berikut:-

Kata-kata sahabat beliau dijadikan pegangan kukuh untuk terus bersemangat dalam memajukan sesuatu perkara itu. Kata-kata itu juga boleh dijadikan inspirasi pada kita semua:-

"Kadang-kadang, Allah memberi bukan sebab kelebihan yang ada pada seseorang itu, tetapi Allah lihat pada kelebihan usaha dan keihklasan yang dilakukan oleh seseorang itu".



Semoga Bermanfaat


Read more

AKU DAN GURU CEMERLANG BAHASA ARAB

1 KOMENTAR...
Alhamdulillah, dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas kesempatan yang diberi ini untuk kesekian kalinya merasa nikmat Dunia yang bersifat sementara.



Hari ini tanggal 26 Februari 2013 bersamaan dengan 15 Rabiulakhir 1434, genap 9 hari aku berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka (SMKDC) Nilai Negeri Sembilan. Biarpun hanya sebagai seorang guru praktikum, dek kerana layanan mesra warga SMKDC ini membuatku terasa seolah-olah guru tetap di sini.

Dari peringkat pentadbiran sekolah, Pengetuanya yang penyantun disulami dengan sifat lemah-lembut dan berbudi bahasa, itu yang menjadikan SMKDC ini lebih indah.

Aku bersama 3 orang lagi sahabat turut sama berkhidmat di Sekolah ini juga sebagai guru praktikum merasakan hal yang sama bahawa warga SMKDC ini memang terkenal dengan guru-gurunya yang mementingkan sifat ramah mesra dan menjaga tutur kata.

Penat lelah dalam tempoh lebih seminggu ini bagaikan hilang berterbangan ibarat debu ditiup angin. Sedikit pun tidak meninggalkan kesan dalam diri.

Pada hakikatnya, seorang guru praktikum bakal terdedah dengan lambakan kerja, aktiviti dan program anjuran sekolah mahupun tugasan persendirian. Kena sediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk seminggu, lakukan persiapan mengajar sebelum dipantau dan sebagainya. 

Hari ini aku merasakan sangat bertuah kerana dipelawa oleh seorang guru cemerlang dari SMKDC untuk melihat cara dan teknik beliau mengawal selia kelas. Tambahan pula, matapelajaran yang diajar adalah Bahasa Arab, ini membuatkan aku lebih bersemangat ingin tahu rahsia disebalik title "Guru Cemerlang" yang diperolehinya.

Beliau adalah Ustazah Nur Azlina Bt Mustapha. Seorang Ustazah yang berjiwa kental dan dihiasi dengan sifat rendah diri. Beliau berasal dari Kelantan dan sedikit pun tidak kekok apabila bertutur dengan orang lain yang berasal dari negeri yang berbeza.

Aku dipelawa masuk ke kelas yang diajarnya iaitu Tingkatan 3A. Aku diberi tempat duduk di belakang kelas dan membuat pemerhatian tentang cara pengajarannya. 

Apa yang aku dapat dari pemerhatian cara pengajarannya adalah beliau banyak bersoal jawab dengan pelajar dan sentiasa bersama dengan pelajar. Bermakna jangan sesekali abaikan pelajar dalam kelas itu.

Kami sempat berbual sedikit sebanyak tentang kaedah pengajaran yang berkesan dan macamana caranya untuk tarik perhatian pelajar supaya bersama dengan pengajaran kita. Beliau juga tidak lokek berkongsi tips-tips berguna untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Akan aku sematkan dalam diri sekemas yang mungkin apa yang telah aku lihat, dengar dan dapat daripada pemantauan ini.

Alhamdulillah, Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan guru cemerlang ini. 


Semoga Bermanfaat


Read more

MENAKJUBKAN, PROSES KEJADIAN SEEKOR ANAK AYAM

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

".. Setiap penciptaan Allah itu adalah sebaik-baik kejadian". 

Jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang proses kejadian seekor anak ayam itu bermula dari telur. Saya yakin bukan semua pernah tengok kejadian anak ayam secara berperingkat bermula dari sebiji telur. 

Jom kita saksikan sambil mengkagumi kehebatan pencipta..



















Semoga Bermanfaat


Read more

AKU, IBUBAPA DAN KAHWIN

0 KOMENTAR...

Dengarilah wahai Mak dan Abah, Anakmu Nak Kahwin..


Mak abah, saya nak kahwin.. 
Janganlah bersusah hati dengan niat saya ini ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Janganlah dihalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudahkan segala urusan. Telah ramai yang membuktikannya..



Mak abah, saya nak kahwin..
Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana proses pembelajaran takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Walaupun saya belum bekerja, bukan bermaksud saya tidak boleh menyara bakal isteri saya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah selepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Jangan risau anakmu dapat memberimu cucu ataupun tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada saya mencemar mata melihat perempuan di sana sini, lebih baik saya melihat isteri saya, bukankah ianya dijanjikan pahala?

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif dan efektif.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Percayalah yang saya sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi diri. Jika dilihat saya sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah saya jadi pemimpin kepada isteri saya. Saya akan berusaha penuhi tanggungjawab.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Ilmu agama yang saya ada sedikit cuma, tapi saya tidak pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya saya dapat menjadi seorang yang bertanggungjawab pada rumahtangga kelak.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Usia remaja yang telah saya lalui mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk saya melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



Mak abah, saya nak kahwin.. 
Semua ini hanyalah keinginan dan hasrat anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana saya juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tua serta diredhai Ilahi..

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calon. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Apa pun jua keputusan dipersetujui, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik untuk saya dan masa depan. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak abah, sekiranya saya dibenarkan berkahwin..
Akan saya penuhi tuntutan syariat terhadap tanggungjawab baru saya ini. Segala suka dan duka tika mengharungi gelora rumahtangga akan saya kembali merujuk Ayah dan bonda selaku mentor, dan Alquran juga Sunnah selaku pegangan mutlak.

Mak abah, restuilah saya untuk berkahwin..
Tapi apakan daya saya hanya mampu menulis untuk meluahkan isi hati. Andai isi hati saya ini dapat didengari dan difahami oleh mak dan abah, alangkah puasnya hati ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini untuk mendirikan rumahtangga, semoga Allah tentukan haluan yang baik untuk anak mak dan abah ini, Amin..


(Olahan semula oleh :- Haizat & Syukri.)


Semoga Bermanfaat


Read more

AKU, BUMI DAN HARI KIAMAT

0 KOMENTAR...
Bismillah..

IMAM AT-TIRMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya; bahawa Rasulullah SAW telah membaca firman Allah SWT yang bermaksud:

"Pada hari ini (hari kiamat) bumi menceritakan beritanya." 
(Surah az-Zalzalah: 4)


     Selepas membacakan ayat-ayat tersebut, baginda bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu apakah perkhabaran yang diceritakan oleh bumi itu?" Para sahabat menjawab, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya." Rasulullah SAW bersabda, yang dimaksudkan bumi menceritakan beritanya, ialah bumi akan bersaksi terhadap apa yang telah dilakukan oleh manusia di muka bumi. Bumi berkata, "bahawa si fulan itu telah melakukan sesuatu di belakangku."

Hadis ini hadis hasan lagi sahih.

     Berdasarkan hadis ini, fahamlah kita bahawa apa yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW bakal berlaku. Bumi akan menceritakan segala-galanya tentang kejadian yang berlaku di belakangnya. Bumi akan menjadi saksi dan menceritakan apa jua perbuatan manusia di muka bumi dahulu.


     Meskipun kita tahu bahawa Allah telah menghantar Malaikat untuk mencatit segala amal baik dan buruk secara terperinci, rekod peribadi manusia yang disediakan oleh Malaikat itu sudah cukup lengkap bagi membuktikan seseorang itu mempunyai amal baik ataupun sebaliknya. Namun, Allah mendatangkan pula saksi bagi melengkapkan lagi pertuduhan terhadap hambanya di mahkamah akhirat.

     Dalam satu hadis riwayat Abu Na'im daripada Ma'qal bin Yasar, Rasulullah SAW menyatakan bahawa 'hari' telah memberi beberapa nasihat kepada manusia katanya: "Hendaklah kamu wahai manusia setiap hari (ataupun malam) sentiasa melakukan kebajikan atau kebaikan, supaya aku dapat menjadi saksi untukmu di akhirat kelak. Berbuat baiklah ketika aku (hari) bersamamu, kerana apabila aku beredar meninggalkan kamu, kita tidak akan bertemu lagi. Adapun hari yang datang berikutnya adalah hari yang baru.

Fikir-fikirkan....


Semoga Bermanfaat


Read more

AKU, DAKWAH DAN KEMODENAN

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum Warahmatullah...

Tahniah kepada pembaca-pembaca sekalian yang sudi baca artikel kali ini. Kebiasaannya, tajuk yang macam ni ramai yang tak mahu meluangkan masa membacanya. Betul ke?? hehe.. 

Terima kasih kerana anda terpilih untuk mengikuti perjalanan artikel kali ini.



Mudah-mudahan Allah sentiasa melimpahkan Rahmatnya kepada kita semua insya Allah.


Telah semua sedia maklum, kehidupan sekarang penuh dengan serba kemodenan. Baik dari segi Media Massa, pengangkutan, multimedia, komunikasi perhubungan dan pelbagai lagi.

Dengan era kamajuan yang kita telah raih setakat ini, sepatutnya perkembangan dakwah juga turut mengikut tempias kemodenan sepertimana pesatnya pembangunan di negara ini. Apa yang aku dapati, Gajet-gajet elektronik dalam era sekarang boleh dikatakan seminggu sekali mengeluarkan jenis-jenis yang terbaru. Terkadang, ada pengeluar yang tidak sampai seminggu promosikan produk terbaru mereka, esok lusa keluar pulak yang lain. Dari sudut kecanggihan seperti ini, memang perlu dibanggakan pencapaiannya serta diambil manfaat dari penggunaannya.

Jadi, aku tertanya-tanya kenapa perjalanan dakwah di Malaysia ni kurang mendapat perhatian sepertimana ghairahnya apabila kemunculan gajet-gajet terkini.

Sebenarnya, pendekatan dakwah itu sendiri banyak cabangnya. Ada pendakwah yang menggunakan pendekatan lemah-lembut apabila berceramah. Tidak kurang juga ada yang menitipkan pendekatan dengan cara kasar, ini tidak dilihat sebagai satu bentuk halangan dan salah satu sebab mengapa dakwah sekarang kurang diterima umum.

Sebagai seorang individu yang pandai memilih dan membuat pemilihan, pandai-pandailah cari pendekatan dakwah yang sesuai dengan diri kita. Kalau rasa tak berapa nak boleh terima dengan cara "kasor" (bahasa ganu), terpulanglah nak beralih pada dakwah yang berlainan pendekatannya. Pergi kepada cara yang lemah-lembut, mungkin dengan cara itu kita boleh terima.

Di Malaysia ni, ramai pendakwah yang hebat-hebat serta pelbagai gaya pendekatannya. Tinggal hanya pilih sahaja.

Justeru, pandai-pandailah membuat pilihan dalam menerima Ilmu. Jangan disebabkan pendekatan yang tidak serasi dengan jiwa kita, terus ditolaknya dakwah. Hakikatnya, Hati-hati manusia ni perlu diberi makanan rohani untuk jaminan kebersihannya. Sekurang-kurangnya satu hari satu tazkirah kita perlu dengar ataupun membaca satu muka Al-Quran. Secara tidak langsung, ini dapat melembutkan hati kita yang semakin keras dan sombong untuk menerima kebenaran.






Semoga Bermanfaat


Read more

AKU DAN DIA (Adaptasi kisah benar)

0 KOMENTAR...
Pernah satu ketika sewaktu dibangku sekolah menengah, seorang remaja yang jiwanya masih kosong dengan belaian ilmu insani, masih kurang dengan pendedahan ilmu agama telah terjebak dalam satu perjumpaan dengan seorang remaja wanita yang bukan mahram.

Remaja lelaki ini namanya Amran (bukan nama sebenar) merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Lonjakan jiwa remajanya membuatkan Amran tersalah pilih jalan yang membawanya kepada menghampiri zina. Pada ketika itu, Amran punya abang yang juga menimba ilmu di sekolah yang sama.



Amran merupakan seorang pelajar yang mempunyai pakej yang agak lengkap berbanding dengan rakan-rakannya yang lain dari segi penampilan, pertuturan dan banyak lagi.

"Tahun ni kamu nak peperiksaan, jangan nak banyak main, fokus pada pelajaran tu.." kata ibu Amran.

Tahun ini (2006) Amran akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) manakala abangnya akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada satu hari di Sekolah, ketika waktu rehat bermula, Amran dan rakan-rakannya berhasrat untuk pergi ke koperasi sekolah dan terus ke Perpustakaan untuk menghabiskan waktu rehat. Waktu rehat yang diperuntukkan selama 20 minit itu dimanfaatkan oleh Amran dengan membaca buku-buku di Perpustakaan.

Meja yang diduduki oleh Amran tiada orang lain bersamanya melainkan dia seorang diri. Tiba-tiba, sedang Amran asyik membaca buku yang diambilnya, datang seorang pelajar perempuan yang tidak semena-mena duduk di hadapan bertentangan dengan Amran. Amran langsung tidak memikirkan apa-apa selain terus memberi tumpuan pada bacaannya. Sekali-sekala Amran menoleh ke arah pelajar perempuan itu untuk mengenalpasti siapa yang duduk di hadapannya itu. Rupa-rupanya pelajar itu adalah senior kepada Amran juga sama umur dengan abang Amran.

Setelah mengenalpasti pelajar perempuan itu, terlintas difikiran Amran bahawa pelajar inilah yang hangat diperkatakan oleh pelajar-pelajar lain mengenai tingkahlakunya yang ekstrem dan hyperaktif. Selang beberapa minit, kedengaran suara pelajar perempuan itu mengatakan "Hai handsome" sambil mukanya tersenyum meluru kearah Amran. Amran terpinga-pinga dan terkedu dengan perkataan yang diungkapkan oleh pelajar perempuan itu. Jarang ada pelajar perempuan yang berani melontarkan hasrat yang jujur itu kepada mana-mana lelaki lain kecuali tersemat keberanian yang sejati padanya.

Selepas itu, Amran pun diajak berbual-bual kosong dengan pelajar perempuan itu. Dalam perbualan kosong itu terdetik di hati Amran bahawa pelajar perempuan ini mesti mahukan sesuatu hubungan yang lebih dari sekadar kawan terhadap Amran. Semasa perbualan itu, Amran tidak henti-henti diserang pujian bertubi-tubi dari pelajar perempuan itu.

(Krriiiinnnnggggg...) "Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat."

Amran diajak oleh rakan-rakannya untuk kembali ke kelas dan dalam pada masa yang sama Amran diberi sehelai kertas kecil dari pelajar perempuan itu yang kelihatan bertulis beberapa nombor.

"Ini mesti nombor telefon budak perempuan tu..." Amran berbisik dalam hati.

Lalu Amran dan rakan-rakan pun beredar dari Perpustakaan itu menuju ke kelas mereka. Tanpa memikir panjang tentang nombor yang tertulis pada cebisan kertas yang diberi pelajar perempuan tadi, Amran memasukkan cebisan itu ke dalam poket seluarnya. 

"Weh Aisha, ko kenal tak akak form 5 yang namanya Rozana (Bukan nama sebenar)? Ala yang kelas 5B tu..." Tanye Amran kepada rakan di sebelah mejanya dalam kelas.

"...0ow.. akak tu ea, kenal je,, bukanke dia sekelas dengan abang ko??" Aisha membalas pertanyaan.

"A ah,, abang aku pun kelas 5B jugak,, akak tu duduk kat mane ea?? Dia ok ke??.." Amran dan Aisha saling membalas pertanyaan..

"Kalau tak silap aku, akak tu tinggal kat Muadzam, dia jaga koperasi sekolah ni..." Jawab Aisha bersahaja.

Kebetulan pada awal tahun 2006 itu, pelajar-pelajar baru tingkatan 1 baru sahaja mendaftar beberapa hari yang lalu dan masih dalam tempoh orientasi selama seminggu. 

Amran pula merupakan salah seorang pengawas sekolah dan memegang jawatankuasa mengendali Program Orientasi pelajar baru ini. Tiba malam harinya, Amran dan rakan-rakan pengawas yang lain mengadakan aktiviti malam melibatkan pelajar tingkatan satu. Antara aktivitinya adalah berjalan di kawasan Sekolah sambil tangan memegang bahu kawan di hadapan dan mata ditutup dengan kain.

Ahli jawatankuasa yang terlibat mengendalikan Orientasi ni juga disertai dengan beberapa orang pelajar senior tingkatan 5 termasuklah pelajar perempuan yang Amran jumpa siang tadi di Perpustakaan. 

"Hai Amran.." Tiba-tiba kedengaran suara perempuan menyapa dari belakang. Amran menoleh kebelakang dan mendapati Akak yang dijumpainya siang tadi menyapanya.

"Hai..." Balas Amran bersahaja.

"Jom kita gi sana..." Ajak Pelajar perempuan tu sambil menunjukkan isyarat tangan ke arah padang sekolah.

Dalam keadaan berseorangan di kaki lima bangunan, Amran tanpa berkata sepatah pun terus menuju ke Padang sekolah menandakan setuju menerima ajakan pelajar perempuan itu.

Ketika di Padang, aktiviti yang sedang dijalankan oleh Ahli jawatankuasa lain adalah memegang kayu dan mengarahkan pelajar baru melalui kayu itu sambil diberi arahan untuk melangkahnya. Amran terus mendapatkan sebatang kayu untuk dijadikan alat untuk menambahkan rintangan bagi pelajar-pelajar baru.

Tiba-tiba Kayu yang dipegang Amran dirasakan seolah-olah dipegang juga oleh orang lain, rupa-rupanya pelajar perempuan itu juga tidak melepaskan peluang untuk membantu Amran menjalankan aktivitinya.

Bilamana berakhirnya aktiviti untuk malam itu, Amran dan rakan-rakan lelaki yang lain dalam perjalanan hendak menuju ke asrama sambil melalui di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang juga ahli jawatankuasa program orientasi.

"Selamat malam budak handsome, jangan lupa mimpi indah yer...

Kedengaran suara pelajar perempuan tadi sayup-sayup dari jauh. Amran menoleh sambil tersipu-sipu malu kerana lontaran suara pelajar perempuan itu agak kuat kerana ianya dari jauh. Kebetulan pada masa yang sama, semua ahli jawatankuasa lelaki dan perempuan berada di tempat yang sama dan tidak syak lagi semua mendengar suara pelajar perempuan itu. Menoleh kepada AJK lain, mereka tersenyum dan ada yang mengeluarkan kata-kata bernada mengusik.

Merah padam muka Amran pada waktu itu disuasana keheningan malam celahan lampu-lampu jalan.

"Ishh.. berani betul budak perempuan ni, tengah ramai-ramai macam ni pun boleh lagi bersuara macam tu. Tak ada perasaan malu ke??..." Bisik Amran.

Amran dan rakan-rakan meneruskan perjalanan menuju ke asrama. Tiba-tiba bahu Amran ditepuk dari arah belakang....



BERSAMBUNG...




Semoga Bermanfaat


Read more

C.I.N.T.A + C.O.U.P.L.E

0 KOMENTAR...
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman tentang C.I.N.T.A. Di luar sana banyak tafsiran yang dibuat terhadap "Cinta". Ada yang berpendapat bahawa cinta itu indah dengan adanya gabungan dua perasaan dalam satu hubungan. Tidak kurang juga yang mengatakan cinta ibarat pungguk rindukan bulan dan sebagainya. Bagi saya Tafsiran dan pendapat itu semua betul dan boleh diterima pakai sekiranya dihalakan kehaluan yang betul. Ada beberapa orang bertanyakan pada saya, "ko nampak macam single je,, ko takde aweks ke?? Ko tak pernah couple ke?" Dikatanya saya kelihatan rileks je tanpa sibuk ngan SMS Aweks, tanpa sibuk Call ataupun hubungi kekasih hati. Persoalannya, mereka semua ni tahu ke yang saya tak mesej atau Call si dia? Mereka bukannya 24 jam dampingi saya, Hehehe,, 


Ada juga yang bertanyakan pada saya, "apa pendapat ko tentang cinta?" Saya hargai soalan yang ditanya. Ditanya pendapat saya, begini jawabnya. Bagi saya, orang yang bercinta, ber"couple", berkasih-sayang dan seangkatan dengannya walaupun mereka ini tidak keluar berdua-duaan, tidak berpegangan tangan, tidak selalu berhubung melalui SMS mahupun panggilan, tidak bersentuhan antara mereka, tidak itu dan tidak ini.

Mereka beralasan "kami bercinta ala-ala Islamic couple gitu". Memang tidak dinafikan kamu semua terlepas dari berzina, "zina tangan", "zina mata", "zina mulut". Akan tetapi, tahukah kamu ada satu lagi jenis zina yang kamu semua (pasangan bercinta sebelum kahwin) tidak akan terlepas darinya? Mesti pernah dengar "zina hati" kan? Ye, tepat sekali nampaknya kamu dah faham maksud saya.


Meskipun kamu semua yang berkasih sayang, bercinta tanpa ikatan yang sah ini tidak melakukan zina tangan dengan memegang tangan pasangan kamu, tidak berzina mata dengan memandang perkara yang haram apabila bersama pasangan kamu, tidak melakukan zina mulut dengan berborak hal-hal yang lagho dengan pasangan. Tetapi di sana jika diteliti dengan mata hati, berlakunya penzinaan terhadap hati kamu semua. Macamana? Penzinaan ini berlaku apabila kamu dan pasangan saling rindu-merindu, tiap-tiap saat teringatkan si dia, tiap masa terbayangkan wajah si dia, tengok tv nampak muka si dia, buka laptop tengok gambar si dia, buka handphone tengok muka si dia, pendek kata kalau sehari tak tengok muka si dia jiwa jadi kacau(Ayat orang muda sekarang). Rindu-merindu dan terbayang-bayang ini ada kaitannya dengan hati, justeru kamu semua tidak boleh terlepas dengan "zina hati". 


Oleh kerana itu jugalah kebanyakan para Ulama', Ustaz, mahupun Ustazah di luar sana tidak mengesyorkan kamu semua bercinta sebelum kahwin. Sekali terjebak dalam kancah percintaan, pasti tidak terlepas dengan belitan zina hati. Disebabkan menyedari akan hal ini, saya berani mengatakan yang saya tidak sabar untuk melayari percintaan selepas kahwin kelak dengan insan yang dianugerahkan Allah kepada saya. Jujur saya pernah bercinta sebelum ini sebanyak 5 kali. 2 kali semasa di Sekolah rendah dan 3 kali semasa di Sekolah menengah. Memang banyak pahit manis suka dan duka sepanjang tempoh itu, semuanya mematangkan saya. Jadi dengan itu saya nekad untuk mendapatkan si dia itu dengan cara yang terpuji lagi diberkati. Diharapkan juga si dia kurniaan Ilahi itu, boleh membantu saya mengetuai bahtera rumahtangga menuju Syurga. Amiin.



Semoga Bermanfaat


Read more

MUTIARA KALAM 1

0 KOMENTAR...



  • Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.

  • Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

  • Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, juga sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

  • Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.

  • Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

  • Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

  • Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.


Semoga Bermanfaat


Read more