PABILA EGO MENGAMBIL TEMPAT

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada satu cerita yang tak enak didengar membabitkan seorang rakan kepada rakan. Dia dan pasangan bercerai setelah sebulan hingga tiga bulan usia perkahwinan. Cerai! Itu adalah sesuatu yang saya langsung tidak terlintas akan jadi pada mereka. Apatah lagi dalam usia perkahwinan yang masih dalam mood bulan madu. Tambah parah, si isteri sedang mengandung ketika ini. Punca? Suaminya bermain kayu tiga. Lalu perang tercetus dan ego mengambil tempat. Akhirnya masing masing tak nak mengalah. Sedih..saya sangat sedih sebenarnya mendengar cerita itu.

Mereka dilihat sebagai pasangan yang serasi dan sangat romantik, terutama di hadapan rakan rakan lain dan dalam laman sosial. Pernah juga terbit rasa cemburu melihat betapa sempurnanya mereka ketika itu. Mereka bercinta dalam setahun lebih, lalu bertunang dan selepas beberapa bulan berkahwin. Dalam tempoh bertunang itu, mereka memang dilihat sangat bahagia. Ibarat tiada langsung masalah biarpun saya sebenarnya tahu memang perangai tunangnya ketika itu (si suami) adalah seorang kaki perempuan.
Jadi di sini, tak guna lagi kita memujuk mereka kerana hati mereka masih lagi panas. Cuma memang benar hati perempuan, bila sekali sudah terluka memang sangat susah untuk terbuka kembali. Ramai rakan menasihatkan, demi anak yang dikandung, supaya mereka kembali bersama. Tapi ego masing masing masih tak nak mengalah.

Sayang kan? Majlis perkahwinan yang begitu gah dan meriah akhirnya hancur begitu sahaja hanya kerana sifat kaki perempuan si suami. Jadi ingatlah kaum lelaki, jangan dihancurkan hati si isteri yang setia menunggu dan menerima kalian seada mungkin. Mungkin rakan saya tadi sudah mengenali siapa suaminya yang sebenar sejak sebelum berkahwin. Tapi dia mengharapkan agar suaminya berubah selepas kahwin.

Namun, keadaan tidak jadi seperti yang diharapkan. Harapan dan doa saya kepada mereka yang saya amat kenali supaya buang ego dan kembali bersama. Kepada perempuan memanglah sukar untuk menerima kembali suami yang curang tapi demi anak, berkorbanlah. Kepada lelaki, pastikan kalian setia pada yang satu. Jangan biarkan peluang diberikan disia siakan begitu sahaja.

Tiba tiba rasa takut pada perkahwinan? Jangan rasa begitu. Setiap takdir kita, siapa jodoh kita Allah dan tentukan. Beranilah hadapi cabaran. Mungkin kepahitan ini adalah hikmah untuk mereka memperbaiki diri masing masing. Pasti ada bahagia yang menanti mereka suatu hari nanti


Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments