SALAM Persaudaraan pada Semua SAHABAT2 Dan Rakan2 Blogger, Kali ini saya nak Bagi 5 Syarat Yang Perlu Dituruti dan Dipenuhi Terlebih dahulu Sebelum Mahu Melakukan Maksiat, Yang Diluar sana kalau ada sesiapa yang Berniat, atau ada perancangan nak buat perkara2 MUNGKAR/Maksiat, Ha!! Cuba Penuhi SYARAT2 ni dulu... Kalau Berani, Cubalah.. Kita Sebagai Hamba ALLAH, Tak Terlepas Dari Melakukan Kesilapan, Tapi bukan Sengaja Buat Kesilapan tu,, Renung2kan.. Bukan nak Maksudkan Sesiapa, Cuma nak Kupas Sikit Maksud Tajuk Artikel ni.. Hehe..
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham lalu berkata:
1- "Syarat pertama, jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu, dia mengerutkan dahi seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau kamu mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi Milik-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Pemuda, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
3- "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
4- "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
5- "Wahai Pemuda, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
INGAT!!! Kita ni Hamba ALLAH, ALLAH yang Cipta kita, BUMI ni pon kita cuma Pinjam Sementara je, Menumpang je, Dah tahu menumpang, buatla cara penumpang, jangan nak INGKAR dan DERHAKA Pada Tuan Empunya BUMI ni... Dia kata jangan buat MAKSIAT, janganlah buat, dia suruh dirikan SOLAT, Segera Patuh, Jangan Melawan, Kalau kita Tumpang Rumah Orang, Lepas tu kita Buat Maksiat dalam Rumah Orang Tu, kita Buat kotor Rumah tu, Conteng Dinding, Tebuk sana sini, Sememangnya Haruslah kita kena PELEMPANG Dek Empunya Rumah Tu, Betol Tak?? Samalah juga macam BUMI ni,,. Kita Menumpang Je..... SEDARILAH....
1 Comments
Langgan:
Catatan (Atom)