CARA BUANG VIRUS SHORTCUT

7 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullah
(Gambar Google Image)

       Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, Alhamdulillah dengan izin ALLAH saya masih berkesempatan lagi untuk update blog ni tidak lain tidak bukan hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yang mana dianugerahkan olehNYA. Topik kali ini berkenaan dengan sejenis Virus yang sudah lama menular kepada pengguna Laptop @ Computer.

        Terkadang ianya hanya untuk menguji tahap kesabaran kita, saya terpanggil untuk menulis mengenai topik ini adalah kerana ramai di antara sahabat2 seperjuangan saya di IPTA mengalami masalah ini. Kebiasaannya kaum Muslimat, jadi dengan itu saya bersedia untuk berkongsi sedikit ilmu bagi menangani masalah ini.

Dalam sedar tak sedar, double click je kat Icon Pendrive kita, tiba-tiba kelihatan semua folder-folder yang kita saved selama ni dah bertukar menjadi icon yang berupa Shortcut. Apa lagi, risau bukan main kepalang lah,,, mana taknye, dalam folder tu lah ada assignment, ada kertas kerja itu ini, dan macam-macam lagi yang penting.

Nasihat saya, kepada sesiapa yang terkena jangkitan virus seperti ini, just relax, dont be panic, ambil jalan mudah dengan bertenang tanpa perlu stress. Kita kena yakin dan percaya dengan firman Allah dalam surah As syarh ayat 5 dan 6 yang bermaksud : "Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan" dan Allah tegaskan sekali lagi pada ayat berikutnya "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan".

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua, daripada firman Allah yang disebutkan sebentar tadi, dapat kita rumuskan di sini bahawa setiap kesulitan pasti disertakan dengan kesenangan, bermakna tiap-tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cumanya yang membezakan adalah bagaimana cara seseorang individu itu menghadapi masalah yang dihadapinya. Samada dengan cara mudah, rumit, perlu berhadapan dengan pelbagai tekanan ataupun dengan cara lari daripada masalah.

Sahabat-sahabat sekalian, lari daripada masalah memang bukan cara yang terbaik, apabila kita menghadapi sesuatu masalah tu kita perlu memikirkan cara yang paling sesuai untuk menyelesaikannya.

Baik, apabila sahabat-sahabat berhadapan dengan masalah Virus Shortcut ini, kebiasaannya Virus ini akan menghilangkan sementara folder kita yang sedia ada dan menggantikan dengan folder shortcut, adakalanya folder asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage, disable task manager, regedit dan sebagainya.

Ada yang terus ambil keputusan untuk format pendrive dengan harapan 100% bersih dari jangkitan virus. Boleh juga kalau mahu format, tapi banyak folder kita akan hilang dan sudah pasti ianya merugikan.

Mari saya kongsikan sedikit ilmu yang saya ada untuk membuang virus shortcut ini tanpa perlu format pendrive or external hardisk.



1. Gunakan Antivirus yang berkesan.

Saya cadangkan guna Microsoft Security Essential "MSE" (Link download) + Super Antispyware (Link Download) untuk perlindungan kepada sistem windows anda, kedua-dua perisian ini adalah percuma.



2. Buat selective scan/Custom scan.

(Anataramuka Microsoft Security Essential (MSE) yang saya cadangkan)

Selective scan bermaksud scan guna antivirus hanya pada drive yang infected ataupun scan running processes/memory. Ini bertujuan untuk menghapuskan proses virus yang sedang aktif dalam background, serta menghapuskan file2 virus dalam pendrive atau shortcut dengan lebih pantas.



3. Unhide hidden file.

Lepas selesai scanned gunakan MSE, patutnya folder2 yang dijangkiti virus shortcut itu akan terdelete, sekiranya ada lagi folder shortcut yang tertinggal, Ctrl+A then delete folder2 tersebut.

Pada hakikatnya, folder2 dalam pendrive anda bukannya musnah dan menjadi shortcut, tetapi virus tersebut telah membuat semua folders dalam pendrive anda menjadi superhidden. Shortcut2 tu sebagai taktik untuk mengelirukan mangsa supaya salah sangka folder2 mereka telah musnah dan mereka harus format pendrive untuk mengembalikannya kepada asal.


- Cara Manual :

Untuk memulihkan folder2 yang hidden disebabkan virus, 1st sekali buka Command Prompt, Tekan Start - Run - taip CMD then Enter. Akan muncul kotak hitam seperti di bawah..



kemudian taip { attrib -s -h -r f:/*.* /s /d }. Sebagaimana contoh dalam gambar di atas...

Huruf ( f ) dalam perkataan di atas berpandukan pada huruf pendrive anda. Sebagai contoh imej di bawah : sekiranya pendrive anda huruf ( I ), maka gantikan huruf ( f ) tadi dengan huruf ( I ). Kalau tak berapa faham, sila ulang baca arahan ini berulang kali supaya mendapat kefahaman yang sempurna. hehe...



Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: juga dengan menggunakan Command Prompt (CMD), 
taip ( attrib c:*.* /d /s -h -r -s ).

Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; juga manggunakan CMD taip 
( attrib d:*.* /d /s -h -r -s )

- Ingat: bila selesai taip apa jua arahan dalam CMD, tekan Enter.


- Cara mudah :

Gunakan software Hidden file Tool : Download Hidden File Tool. Kemudian run, dan ikut langkah berikut.

Ok, pada bahagian open path buka direktori pendrive atau external hard disk anda. Contohnya J:. Dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes click pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang akan dijumpai, dan anda boleh lihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden.

Superhidden file tidak boleh dilihat dengan mudah seperti anda show/hide hidden file dalam folder options.


Untuk restore file2 yang superhidden, tekan shift dan highlight semua file yang hendak direstore. Kemudian tekan change, dan tunggu sebentar file2 tersebut akan direstore kembali.
Cuba periksa pendrive atau external hardisk anda, kalau dah berjaya restore tahniah diucapkan.

4. Periksa kehadiran Malware / Spyware lain dalam komputer / Laptop anda.
Mungkin dalam komputer anda masih ada saki-baki malware lain yang tertinggal? Jadi menggunakan perisian seperti superantispyware anda boleh scan dan jika jumpa terus hapuskan malware tersebut.

5. Buat full scan antivirus +Antispyware
Jika anda ada masa baru buat full scan pada windows anda. Sebab saya tak nasihatkan anda buat full scan pada awal2 lagi sebab full scan biasanya mengambil masa sangat lama. Anda hanya perlu hapuskan file2 tertentu sahaja.

       Baiklah sahabat2 semua, I think that's all my sharing information about this topic. Saya yakin dan percaya bahawa ada juga antara pembaca2 yang tidak berapa faham cara2 di atas, tapi tak mengapa, kemampuan manusia tidak sama, yang mana boleh faham, Alhamdulillah, yang mana masih samar2 jangan risau bantuan pasti akan datang. 

Sekiranya ada yang mahu bertanyakan mengenai cara2 di atas bolehlah tulis di ruangan komen @ tulis di ruangan Guest Book / Shout Box di sebelah kanan Blog ini.

Apa yang penting, semuanya adalah dengan izin ALLAH S.W.T..

Selamat Mencuba...


Comments
7 Comments

7 comments

Catat Ulasan

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH SEMPURNA BERLAKU

1 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




       Harus diingat, kita sudah biasa dengar kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

       Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis


Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari




2) Zina bermaharajalela


“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim




3) Bermaharajalela alat muzik


“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah




4) Menghias masjid & membanggakannya


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.




5) Munculnya kekejian,


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.




6) Ramai orang soleh meninggal dunia


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad




7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat


“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani




8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja


“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad




9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang


Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.




10) Bulan sabit kelihatan besar


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani




11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim






12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar


“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad




13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim




14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda


“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai




15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam


“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.






Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslim)




Keterangan:


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.


Sepuluh tanda itu ialah:


Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.


Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.


Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.


Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.


Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.


Gempa bumi di Timur.


Gempa bumi di Barat.


Gempa bumi di Semenanjung Arab.


Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.






       Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.



Comments
1 Comments

1 comment

Catat Ulasan

KATA-KATA HIKMAH BERMOTIVASI

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum Warahmatullah

SALAM ceria semua, kali ni saya nak kongsikan sedikit kata2 Hikmah dengan sahabat2 semua..




1- Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.




2- Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberi itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.


3- Apabila anda berada di waktu pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.




4- Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dab hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda.



5- Perbaharuilah hidup anda. Jadikan hidup anda lebih bertenaga dan sesekali ubah kebiasaan hidup anda seharian.




6- Terimalah dengan ikhlas apa yang ada pada diri anda, termasuk wajah, bakat, rezeki, keluarga, rumah, nescaya anda akan memperolehi ketenteraman dan kebahagiaan.




7- Ketahuilah, bahawa anda bukanlah salah seorang yang mendapat musibah. Tiada seorang pun di dunia yang bebas daripada kesedihan dan luput daripada kesusahan.




8- Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala, kesusahan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.



9- Allah pasti memberi pahala setelah kecemasan, kegundahan, kesedihan, keresahan, kelaparan, kefakiran, rasa sakit, dililit oleh hutang dan segala musibah yang lain.




10- Jauhilah dosa-dosa, kerana ia adalah sumber keresahan dan kesedihan. Dosa menyebabkan timbulnya malapetaka dan membuka pintu terjadinya musibah dan krisis.




Kata-kata penuh Hikmah ini dipetik dari sebuah buku karya "Dr 'Aid Bin Abdullah Al-Qarni" yang berjudul (566 Kata-kata Hikmah) Jadilah orang yang paling bahagia.




Comments
0 Comments