TAMBAHAN ILMU TENTANG WUDHU'

2 KOMENTAR...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Maksud Wuduk 



        Wuduk dari segi bahasa adalah nama suatu perbuatan, iaitu menggunakan air pada anggota tertentu. Perkataan wuduk berasal dari perkataan wada’ah yang bermaksud keelokan, keindahan dan kebersihan.

Wuduk dari segi syarak pula ialah kebersihan tertentu atau perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan niat, kemudian disusuli dengan membasuh muka, kedua tangan, kedua kaki dan menyapu kepala untuk membolehkanseseorang itu melakukan solat dan ibadah-ibadah yang lain memerlukan wuduk. Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang ceriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”(Al-Maidah : 6)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk." (Riwayat Abu Daud)


Hukum Wuduk

       Wajib mengambil wuduk ketika hendak menunaikan ibadah seperti mendirikan solat fardu atau solat sunat.  Wuduk diwajibkan kepada sesiapa yang  hendak melakukan tawaf mengelilingi Kaabah sama ada tawaf fardu atau sunat. Selain dari itu, wuduk juga wajib dilakukan oleh orang yang hendak menyentuh Al-Quran. 

Sunat bagi seseorang yang hendak menyentuh kitab-kitab syarak seperti Al-Quran, Hadis, Tafsir, Aqidah atau Fiqh. Kecuali bagi mana-mana kitab yang mengandungi ayat Al-Quran lebih banyak dari isi yang lain, maka diwajibkan orang tersebut mengambil wuduk. Selain dari itu, wuduk juga disunatkan kepada orang yang hendak tidur, mengusung jenazah dan disunatkan sentiasa berada di dalam keadaan wuduk.

Syarat Wuduk

       Beragama Islam kerana ia merupakan syarat wajibnya wuduk. Orang kafir tidak diwajibkan berwuduk kerana mereka menolak syariat Islam. Islam seseorang merupakan syarat kesempurnaan ibadah-ibadah yang lain seperti taharah, solat, puasa, zakat dan haji. 

Berakal, wuduk tidak wajib dan tidak sah bagi orang yang tidak berakal seperti gila, mabuk atau pengsan. Tidak sah juga bagi orang yang lupa, kerana mereka tidak melakukan niat sebelum mengambil wuduk. 

Baligh, wuduk tidak wajib bagi anak kecil, tetapi sah bagi anak yang sudah mumaiyiz seperti dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mumaiyiz juga adalah salah satu dari syarat wuduk. 

Berkuasa untuk menggunakan air  mutlak dan air tersebut mencukupi untuk berwuduk. Tidak wajib bagi orang yang mengalami kekurangan air. Terlebih dahulu mereka hendaklah mencari sumber air di kawasan sekeliling, jika masih tiada air lagi, maka diharuskan mereka bertayammum untuk menggantikan wuduk. 

Berhadas kecil, keluar sesuatu dari dua jalan qubul dan dubur. Sebelum berwuduk, hendaklah ia membersihkan dahulu segala najis yang dialami olehnya, kemudian hendaklah mengulangi wuduknya kembali. 

Suci dari hadas besar, orang yang mengalami hadas besar seperti keluar mani, haid, nifas dan bersetubuh, hendaklah terlebih dahulu mandi hadas. Tidak sah ibadah yang diharamkan ketika hadas besar. 

Meratakan air keseluruhan anggota wuduk sehingga tidak ada sedikit pun tempat wuduk yang tidak terkena air. 

Menghilangkan sesuatu yang dapat menghalangi air sampai ke anggota wuduk. Maksudnya di sini, tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalang air terkena bahagian anggota wuduk seperti minyak, cat, sisik ikan atau getah.



Rukun Wuduk

Niat

       Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu dan dari sebelah batas telinga kanan sampai batas telinga kiri. 

Membasuh dua tangan bermula dari dua tapak tangan, dua lengan dan dua siku. Wajib dibasuh sekalian bulu, daging, jari-jari atau kuku yang tumbuh di kawasan wuduk. Kemudian bagi orang yang cacat atau putus tangan, hendaklah membasuh kawasan wuduk yang tertinggal sahaja dan jika tangan seseorang itu putus atas dari siku, wajiblah ia membasuh kawasan yang putus sahaja. 

Mengusap sebahagian kepala dengan air seperti membasuh sebahagian kulit kepala atau rambut di dalam kawasan kepala sahaja. Tidak sah wuduk bagi orang yang membasuh rambut di luar kawasan kepalanya.  

Membasuh dua kaki dengan menyampaikan air mutlak sekeliling kaki dan wajib menghilangkan sesuatu yang menghalang air sampai ke kawasan wuduk seperti membersihkan kuku dan celah-celah jari dari kekotoran. Bagi orang yang putus kaki atau cacat hendaklah ia membasuh kawasan yang masih tertinggal sahaja.

Tertib (berturutan) seperti memulakan wuduk itu dengan niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan, membasuh kepala dan yang terakhir membasuh kedua kaki. Batal wuduk bagi orang yang tidak mengikut aturan syarak.

Sunat Wuduk

Membaca Bismillah

Membasuh tangan dari tapak tangan hingga pergelangan tangan. 

Bersugi dengan sesuatu yang kesat seperti berus gigi, kayu sugi atau kain.

Berkumur-kumur dengan memasukkan air ke dalam mulut. 

Membersihkan hidung dengan cara memasukkan air di dalam lubang hidung. 

Menyapu seluruh kepala dengan air. 

Membasuh kedua telinga dari sebelah luar dan dalam telinga.

Membasuh kaki dengan menyelati jari tangan di bahagian jari kaki agar air sampai kebahagian tersebut. 

Tidak berkata-kata semasa mengambil wuduk.

Mendahulukan anggota kanan dahulu dari  anggota sebelah kiri.

Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali berturut-turut. 

Membaca doa sesudah selesai berwuduk.



Perkara Yang Membatalkan Wuduk

Keluar sesuatu dari salah satu jalan qubul atau dubur. 

Hilangnya akal sama ada gila, pengsan atau mabuk. 

Bersentuhan kulit lelaki dengan kulit perempuan yang ajnabi (orang yang boleh berkahwin). Tidak batal wuduk bagi mereka yang mahram seperti anak dengan ibu atau adik dengan kakak. 

Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri atau milik orang lain. 

Tidur yang tidak tetap kedudukannya seperti tidur berbaring. Tidak terbatal wuduk bagi orang yang tidur secara duduk dan tidak berubah keadaan mula ia tidur sehingga ia bangun dari tidur.

Murtad seorang Muslim sama ada dari hati, perkataan dan perbuatannya.

Ibadah Yang Perlu Berwuduk

Solat wajib atau solat sunat kecuali solat jenazah. 

Melakukan tawaf fardu atau sunat di Baitullah. 

Sujud tilawah atau sujud syukur. 

Memegang, menyentuh dan membawa Al-Quran kecuali ketika hendak menyelamatkan Al-Quran dari terbakar atau terjatuh dari tempat tinggi.

Hikmah Wuduk

       Ibnu Qaiyyim Al-Jauzi menyatakan bahawa wuduk dapat mendatangkan kesegaran badan, kesedapan jiwa, kecergasan diri dan menghilangkan  setiap kekotoran yang diperoleh oleh seseorang. Wuduk juga adalah sebahagian dari rawatan kesihatan kepada umat manusia, kerana ia dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang terdiri dari anggota-anggota wuduk.

Orang yang berwuduk dapat mengekalkan kesihatan badan dan dapat menjauhkan dirinya dari segala penyakit yang berpunca dari jangkitan kuman. Selain dari itu, wuduk dapat memberikan ketenteraman jiwa kepada orang yang sering mengambilnya. Jika seseorang itu menghadapi masalah atau stress, maka lebih baik ia mengambil wuduk untuk menenteramkan jiwanya supaya ia tidak melakukan perbuatan yang tidak normal.

Setiap manusia sering kali terdedah dengan kekotoran batin dengan menggunakan anggota wuduk seperti tangan, kaki, akal, mata dan telinga untuk melakukan maksiat. Jadi cara untuk menyucikan kekotoran batin ini adalah dengan mengambil air wuduk agar dosa yang dilakukan itu gugur bersama air wuduk tersebut. Dari Anas ra mengatakan :

“Rasulullah SAW bersabda : mahukah aku beritahukan kepada mu amalan-amalan, yang apabila diamalkan Allah akan menghapuskan segala dosa-dosa dan menaikkan darjat? Sahabat menjawab : tentu kami mahukan itu, wahai Rasulullah. Baginda bersabda : menyempurnakan wuduk meskipun dalam keadaan yang sukar, memperbanyak langkah menuju masjid dan menunggu waktu solat sebelum masuk waktunya. Inilah yang dinamakan berjuang di jalan Allah, inilah yang dinamakan berjuang di jalan Allah, inilah yang dinamakan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Adab Berwuduk

       Mengadap kiblat, kerana kiblat merupakan arah yang paling utama dan perbuatan seperti ini juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. 

Berada pada tempat yang tinggi untuk mengelakkan dari percikan sisa air wuduk yang telah digunakan.

Tidak berkata-kata dengan orang lain tanpa adanya sesuatu yang memaksa. Sikap seperti ini akan menghilangkan pahala wuduk dan ini juga perbuatan yang makruh. 

Bagi orang yang memakai cincin hendaklah menggerak-gerakkan cincinnya agar air wuduk itu dapat sampai ke kawasan cincin tersebut. 

Menggunakan tangan kanan ketika mengambil air untuk berkumur, membasuh muka dan membasuh kepala. Menggunakan tangan kiri pula ketika hendak membuangkan kotoran atau hingus yang terdapat di dalam hidung. 

Melaksanakan wuduk sebelum masuk waktu solat bagi orang yang tidak uzur. Perbuatan seperti ini adalah langkah bersegera untuk mendirikan solat. 

Memasukkan jari manis yang dibasahi dengan air ke dalam lubang telinga untuk membersihkannya. 

Melebihkan basuhan muka, kedua tangan dan kedua kaki dari batas yang telah diwajibkan. 

Hendaklah menjimatkan air ketika mengambil wuduk, kerana perbuatan membazir itu adalah makruh dan sebahagian dari perbuatan syaitan. 

Membaca syahadah dan doa setelah selesai berwuduk.


Comments
2 Comments

2 comments

Catat Ulasan

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG DIBERI PETUNJUK

0 KOMENTAR...

...ada masa bacalah..ambil iktibar dari cerita ini....
LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA SEMUA MENGALIRKAN AIR MATA



ISTERI TERBAIK
SETIAP SUAMI MESTI BACA!!!!!!

Assalamualaikum.

     kehadapan Ustaz yang saya hormati..saya tidak tahu..di mana saya ingin mulakan bicara ini..tapi saya mesti ceritakan kisah ini kepada Ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini..Ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali Ustaz..Tak mengapa lah kalau Ustaz tidak mengenali saya pun..

      Ustaz, saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori masa lampau yang cukup menyedihkan, harap Ustaz tidak bosan mendengarnya.
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang amat baik dan setia. Namun ustaz, saya tidak pernah menghargai kasih sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan mana kaca dan permata.

      Ustaz, saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya saya tidak mencintainya. Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya..seorang yang tidak pandai bergaya..tetapi kuat pegangan agamanya..bertudung labuh, bersopan santun..baik budi bahasanya..untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia..

     Ustaz, terus terang saya katakan saya sudah mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami saling menyintai antara satu sama lain..cuma saya akui teman wanita saya ni agak sosial sikit dan tidak menutup aurat ustaz..selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru..saya amat marah kepada isteri saya..kerana pada angapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu..

     Ustaz, sepanjang kehidupan kami..saya selalu saja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya..dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tidak tahan dengan karenah saya..namun rupanya

     Ustaz..Isteri saya ni merupakan seorang yang penyabar..pernah saya tidak balik ke rumah, dengan tujuan isteri saya akan membenci saya..tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah..dia menyambutnya dengan mesra dengan bertanya..''abang dah makan?'' nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?

     Ustaz, pernah suatu hari saya menampar mukanya, apabila dia bertanya kepada saya, abang dah solat?abang tak pernah solat ke?Pannnggggg..satu tamparan kuat saya berikan di pipinya..perasaan geram, marah..dan rasa terhina bercampur dengan ego yang menggila..bengkak pipinya..dia menagis terisak-isak.. saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya ...tapi rupanya, dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya..

     Ustaz pernah suatu hari dia ingin bermanja dengan saya..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya..pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam Handphone..ketika dia ingin menyuap nasi ke mult saya ,,saya menolak pinggan hingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya..dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi yang bertaburan di lantai.

     Ustaz, saya bertambah lupa daratan..saya habiskan masa berhibur dengan kawan2 di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan yang dimurkai Allah..

     Ustaz..pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya..tapi sebenarnya hanya saya tahu yang dia berbohong.

      Ustaz, suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah, dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan..tulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun..hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali..berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan geli.

      Dialah yang memandikan saya..mengosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya..bila saya mengerang kesakitan kerana kaki saya bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit hingga saya berasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi,,risau saya mengerang kesakitan lagi..

      Ustaz, isteri sayalah yang menyuapkan saya makan..dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang..dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak selera saya..bila saya kenangkan kembali..sewaktu saya terlantar sakit tidak ada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat..kekasih saya..lagi la...apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononya saya suami orang...

     Sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu dialah yang menghasut dan memberikan harapan kepada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu baru saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang saya lakukan yang telah saya lakukan..Ustaz,,saya.....kasar....kejam..dan zalim kepada isteri yang menyanyangi saya..besarnya dosa saya..amat menyesal rasanya..

     Ustaz.. ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan beransur pulih..isteri saya jatuh sakit.badanya menjadi kurus kering,,tiada selera makan ...terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati..hati saya sebak kerana
saya tahu saya puncanya..

     Ustaz,,kesihatan isteri saya semakin teruk..mukanya menjadi pucat..tetapi dia tetap senyum..saya menangis sepuas puasnya memohon ampun dan maaf atas kejahatan yang pernah saya lakukan terhadapnya..dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya..''Abang, saya telah lama maafkan abang, saya sayangkan abang''..berderai air mata saya hancur hati saya..pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal..

      Ustaz,,selepas itu isteri saya dimasukkan ke wad kecemasan..saya menjaganya setiap hari..saya belai rambutnya saya kucup dahinya..sambil air mata ini tidak terhenti mengalir..

''Jangan menagis bang ...bukan salah abang...mungkin saya ni yang tak pandai mengambil hati abang...Berdentum...seolah hati saya disambar halilintar....saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyanyangi isteri..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan buat saya...

     Ustaz..isteri saya ada berkata,,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya untuk menghadap illahi semakin hampir..saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya...tapi katanya setiap yang hidup pasti akan mati dan minta saya menjaga diri baik2 kerana dia tidak lagi boleh menjaga saya..Ustaz..saya menangis..sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu..

     Ustaz..tepat jam 3.00 petang setelah dua minggu berada di hospital..isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalahan yang menerjah hati ini saya meraung semahu mahunya..menyesal atas keakasaran yang saya lakukan..

     Ustaz,,,jiwa saya tidak tenteram...Apakah Allah mengampunkan dosa saya ini..?
apakah kekasaran dan kejahatan yang saya lakukan serta layanan buruk saya kepada isteri saya akan diampunkan Allah..?Tolong lah ustaz,,saya amat menderita..jiwa saya terseksa..

     Ustaz,,sebelum isteri saya menhembuskan nafas terakhir..dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah laguu untuk saya dengar dan hayati..lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya..

     Dalam nota itu dia menulis..''Abang,,dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu..dahulu.....saya sentiasa menanti abang pulang ke rumah...saya teringin sangat nak makan dengan abang..mendengar cerita abang...menyambut abang pulang dari kerja...bergurau dan bermanja dengan abang...memeluk abang ketika tidur...tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya..jaga diri...sayang abang selamanya..''

     Ustaz,,saya harap ustaz tidak marah saya luahkan perasaan begini pada ustaz..kerana inilah pesan isteri saya..sekiranya merasa terlalu sedih ceritakanlah pada ustaz,,dia tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang..

semoga roh isterinya ditempatkan di kalangan orang yang beriman,,''sungguh berbahagia penduduk langit menyambut isteri solehah sepertinya''..

AMBIL IKTIBAR,,SAYANGI ISTERI ANDA..


Comments
0 Comments