AKU, IBUBAPA DAN KAHWIN

0 KOMENTAR...

Dengarilah wahai Mak dan Abah, Anakmu Nak Kahwin..


Mak abah, saya nak kahwin.. 
Janganlah bersusah hati dengan niat saya ini ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Janganlah dihalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudahkan segala urusan. Telah ramai yang membuktikannya..



Mak abah, saya nak kahwin..
Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana proses pembelajaran takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Walaupun saya belum bekerja, bukan bermaksud saya tidak boleh menyara bakal isteri saya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah selepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Jangan risau anakmu dapat memberimu cucu ataupun tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada saya mencemar mata melihat perempuan di sana sini, lebih baik saya melihat isteri saya, bukankah ianya dijanjikan pahala?

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif dan efektif.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Percayalah yang saya sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi diri. Jika dilihat saya sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah saya jadi pemimpin kepada isteri saya. Saya akan berusaha penuhi tanggungjawab.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Ilmu agama yang saya ada sedikit cuma, tapi saya tidak pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya saya dapat menjadi seorang yang bertanggungjawab pada rumahtangga kelak.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Usia remaja yang telah saya lalui mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk saya melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



Mak abah, saya nak kahwin.. 
Semua ini hanyalah keinginan dan hasrat anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana saya juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tua serta diredhai Ilahi..

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calon. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Apa pun jua keputusan dipersetujui, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik untuk saya dan masa depan. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak abah, sekiranya saya dibenarkan berkahwin..
Akan saya penuhi tuntutan syariat terhadap tanggungjawab baru saya ini. Segala suka dan duka tika mengharungi gelora rumahtangga akan saya kembali merujuk Ayah dan bonda selaku mentor, dan Alquran juga Sunnah selaku pegangan mutlak.

Mak abah, restuilah saya untuk berkahwin..
Tapi apakan daya saya hanya mampu menulis untuk meluahkan isi hati. Andai isi hati saya ini dapat didengari dan difahami oleh mak dan abah, alangkah puasnya hati ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini untuk mendirikan rumahtangga, semoga Allah tentukan haluan yang baik untuk anak mak dan abah ini, Amin..


(Olahan semula oleh :- Haizat & Syukri.)


Semoga Bermanfaat


Read more

AKU, BUMI DAN HARI KIAMAT

0 KOMENTAR...
Bismillah..

IMAM AT-TIRMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya; bahawa Rasulullah SAW telah membaca firman Allah SWT yang bermaksud:

"Pada hari ini (hari kiamat) bumi menceritakan beritanya." 
(Surah az-Zalzalah: 4)


     Selepas membacakan ayat-ayat tersebut, baginda bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu apakah perkhabaran yang diceritakan oleh bumi itu?" Para sahabat menjawab, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya." Rasulullah SAW bersabda, yang dimaksudkan bumi menceritakan beritanya, ialah bumi akan bersaksi terhadap apa yang telah dilakukan oleh manusia di muka bumi. Bumi berkata, "bahawa si fulan itu telah melakukan sesuatu di belakangku."

Hadis ini hadis hasan lagi sahih.

     Berdasarkan hadis ini, fahamlah kita bahawa apa yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW bakal berlaku. Bumi akan menceritakan segala-galanya tentang kejadian yang berlaku di belakangnya. Bumi akan menjadi saksi dan menceritakan apa jua perbuatan manusia di muka bumi dahulu.


     Meskipun kita tahu bahawa Allah telah menghantar Malaikat untuk mencatit segala amal baik dan buruk secara terperinci, rekod peribadi manusia yang disediakan oleh Malaikat itu sudah cukup lengkap bagi membuktikan seseorang itu mempunyai amal baik ataupun sebaliknya. Namun, Allah mendatangkan pula saksi bagi melengkapkan lagi pertuduhan terhadap hambanya di mahkamah akhirat.

     Dalam satu hadis riwayat Abu Na'im daripada Ma'qal bin Yasar, Rasulullah SAW menyatakan bahawa 'hari' telah memberi beberapa nasihat kepada manusia katanya: "Hendaklah kamu wahai manusia setiap hari (ataupun malam) sentiasa melakukan kebajikan atau kebaikan, supaya aku dapat menjadi saksi untukmu di akhirat kelak. Berbuat baiklah ketika aku (hari) bersamamu, kerana apabila aku beredar meninggalkan kamu, kita tidak akan bertemu lagi. Adapun hari yang datang berikutnya adalah hari yang baru.

Fikir-fikirkan....


Semoga Bermanfaat


Read more

AKU, DAKWAH DAN KEMODENAN

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum Warahmatullah...

Tahniah kepada pembaca-pembaca sekalian yang sudi baca artikel kali ini. Kebiasaannya, tajuk yang macam ni ramai yang tak mahu meluangkan masa membacanya. Betul ke?? hehe.. 

Terima kasih kerana anda terpilih untuk mengikuti perjalanan artikel kali ini.



Mudah-mudahan Allah sentiasa melimpahkan Rahmatnya kepada kita semua insya Allah.


Telah semua sedia maklum, kehidupan sekarang penuh dengan serba kemodenan. Baik dari segi Media Massa, pengangkutan, multimedia, komunikasi perhubungan dan pelbagai lagi.

Dengan era kamajuan yang kita telah raih setakat ini, sepatutnya perkembangan dakwah juga turut mengikut tempias kemodenan sepertimana pesatnya pembangunan di negara ini. Apa yang aku dapati, Gajet-gajet elektronik dalam era sekarang boleh dikatakan seminggu sekali mengeluarkan jenis-jenis yang terbaru. Terkadang, ada pengeluar yang tidak sampai seminggu promosikan produk terbaru mereka, esok lusa keluar pulak yang lain. Dari sudut kecanggihan seperti ini, memang perlu dibanggakan pencapaiannya serta diambil manfaat dari penggunaannya.

Jadi, aku tertanya-tanya kenapa perjalanan dakwah di Malaysia ni kurang mendapat perhatian sepertimana ghairahnya apabila kemunculan gajet-gajet terkini.

Sebenarnya, pendekatan dakwah itu sendiri banyak cabangnya. Ada pendakwah yang menggunakan pendekatan lemah-lembut apabila berceramah. Tidak kurang juga ada yang menitipkan pendekatan dengan cara kasar, ini tidak dilihat sebagai satu bentuk halangan dan salah satu sebab mengapa dakwah sekarang kurang diterima umum.

Sebagai seorang individu yang pandai memilih dan membuat pemilihan, pandai-pandailah cari pendekatan dakwah yang sesuai dengan diri kita. Kalau rasa tak berapa nak boleh terima dengan cara "kasor" (bahasa ganu), terpulanglah nak beralih pada dakwah yang berlainan pendekatannya. Pergi kepada cara yang lemah-lembut, mungkin dengan cara itu kita boleh terima.

Di Malaysia ni, ramai pendakwah yang hebat-hebat serta pelbagai gaya pendekatannya. Tinggal hanya pilih sahaja.

Justeru, pandai-pandailah membuat pilihan dalam menerima Ilmu. Jangan disebabkan pendekatan yang tidak serasi dengan jiwa kita, terus ditolaknya dakwah. Hakikatnya, Hati-hati manusia ni perlu diberi makanan rohani untuk jaminan kebersihannya. Sekurang-kurangnya satu hari satu tazkirah kita perlu dengar ataupun membaca satu muka Al-Quran. Secara tidak langsung, ini dapat melembutkan hati kita yang semakin keras dan sombong untuk menerima kebenaran.






Semoga Bermanfaat


Read more

EAGLEGET MERUPAKAN ALTERNATIF SETANDING (IDM)

0 KOMENTAR...
Internet Download Manager (IDM) merupakan perisian Komputer yang rata-rata digunakan untuk mendownload sesuatu di internet contohnya Youtube. Ianya juga merupakan perisian yang popular dikalangan pengguna internet di Malaysia khususnya. Namun, perisian ini merupakan perisian yang berbayar dan ramai yang menghadapi masalah apabila IDM yang diguna di "blacklist" atau disenaraihitamkan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat sebuah perisian yang boleh dikatakan alternatif lain yang terbaik selari dengan tatacara penggunaan IDM dari segi kelajuannya. Anda boleh menggunakan EagleGet untuk mempercepatkan proses download disamping menyokong fungsi download video daripada Youtube dan sebagainya.


























EagleGet ini boleh diintegrasikan kepada pelayar-pelayar internet yang popular seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan sebagainya.

Jika anda merupakan salah seorang pengguna tegar Youtube dan ingin menjadikan video yang ditonton disimpan rapi dalam laptop, anda boleh mendownloadnya dengan mudah setelah selesai menginstall perisian EagleGet. Pada video yang ditonton di laman Youtube akan keluar satu butang download dan anda hanya perlu tekan butang itu lalu proses pendownloadan pun bermula. Mudah kan??




Selepas menggunakan perisian ini, saya mendapati ianya sangat bagus dan kelajuannya setanding dengan perisian yang telah bertahun-tahun digunakan iaitu Internet Download Manager (IDM).

Selain laju keistimewaannya, ianya juga sangat mudah untuk digunakan dan 100% percuma serta ringan penggunaannya.

Download EagleGet di sini



Semoga Bermanfaat


Read more

AKU DAN DIA (Adaptasi kisah benar)

0 KOMENTAR...
Pernah satu ketika sewaktu dibangku sekolah menengah, seorang remaja yang jiwanya masih kosong dengan belaian ilmu insani, masih kurang dengan pendedahan ilmu agama telah terjebak dalam satu perjumpaan dengan seorang remaja wanita yang bukan mahram.

Remaja lelaki ini namanya Amran (bukan nama sebenar) merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Lonjakan jiwa remajanya membuatkan Amran tersalah pilih jalan yang membawanya kepada menghampiri zina. Pada ketika itu, Amran punya abang yang juga menimba ilmu di sekolah yang sama.



Amran merupakan seorang pelajar yang mempunyai pakej yang agak lengkap berbanding dengan rakan-rakannya yang lain dari segi penampilan, pertuturan dan banyak lagi.

"Tahun ni kamu nak peperiksaan, jangan nak banyak main, fokus pada pelajaran tu.." kata ibu Amran.

Tahun ini (2006) Amran akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) manakala abangnya akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada satu hari di Sekolah, ketika waktu rehat bermula, Amran dan rakan-rakannya berhasrat untuk pergi ke koperasi sekolah dan terus ke Perpustakaan untuk menghabiskan waktu rehat. Waktu rehat yang diperuntukkan selama 20 minit itu dimanfaatkan oleh Amran dengan membaca buku-buku di Perpustakaan.

Meja yang diduduki oleh Amran tiada orang lain bersamanya melainkan dia seorang diri. Tiba-tiba, sedang Amran asyik membaca buku yang diambilnya, datang seorang pelajar perempuan yang tidak semena-mena duduk di hadapan bertentangan dengan Amran. Amran langsung tidak memikirkan apa-apa selain terus memberi tumpuan pada bacaannya. Sekali-sekala Amran menoleh ke arah pelajar perempuan itu untuk mengenalpasti siapa yang duduk di hadapannya itu. Rupa-rupanya pelajar itu adalah senior kepada Amran juga sama umur dengan abang Amran.

Setelah mengenalpasti pelajar perempuan itu, terlintas difikiran Amran bahawa pelajar inilah yang hangat diperkatakan oleh pelajar-pelajar lain mengenai tingkahlakunya yang ekstrem dan hyperaktif. Selang beberapa minit, kedengaran suara pelajar perempuan itu mengatakan "Hai handsome" sambil mukanya tersenyum meluru kearah Amran. Amran terpinga-pinga dan terkedu dengan perkataan yang diungkapkan oleh pelajar perempuan itu. Jarang ada pelajar perempuan yang berani melontarkan hasrat yang jujur itu kepada mana-mana lelaki lain kecuali tersemat keberanian yang sejati padanya.

Selepas itu, Amran pun diajak berbual-bual kosong dengan pelajar perempuan itu. Dalam perbualan kosong itu terdetik di hati Amran bahawa pelajar perempuan ini mesti mahukan sesuatu hubungan yang lebih dari sekadar kawan terhadap Amran. Semasa perbualan itu, Amran tidak henti-henti diserang pujian bertubi-tubi dari pelajar perempuan itu.

(Krriiiinnnnggggg...) "Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat."

Amran diajak oleh rakan-rakannya untuk kembali ke kelas dan dalam pada masa yang sama Amran diberi sehelai kertas kecil dari pelajar perempuan itu yang kelihatan bertulis beberapa nombor.

"Ini mesti nombor telefon budak perempuan tu..." Amran berbisik dalam hati.

Lalu Amran dan rakan-rakan pun beredar dari Perpustakaan itu menuju ke kelas mereka. Tanpa memikir panjang tentang nombor yang tertulis pada cebisan kertas yang diberi pelajar perempuan tadi, Amran memasukkan cebisan itu ke dalam poket seluarnya. 

"Weh Aisha, ko kenal tak akak form 5 yang namanya Rozana (Bukan nama sebenar)? Ala yang kelas 5B tu..." Tanye Amran kepada rakan di sebelah mejanya dalam kelas.

"...0ow.. akak tu ea, kenal je,, bukanke dia sekelas dengan abang ko??" Aisha membalas pertanyaan.

"A ah,, abang aku pun kelas 5B jugak,, akak tu duduk kat mane ea?? Dia ok ke??.." Amran dan Aisha saling membalas pertanyaan..

"Kalau tak silap aku, akak tu tinggal kat Muadzam, dia jaga koperasi sekolah ni..." Jawab Aisha bersahaja.

Kebetulan pada awal tahun 2006 itu, pelajar-pelajar baru tingkatan 1 baru sahaja mendaftar beberapa hari yang lalu dan masih dalam tempoh orientasi selama seminggu. 

Amran pula merupakan salah seorang pengawas sekolah dan memegang jawatankuasa mengendali Program Orientasi pelajar baru ini. Tiba malam harinya, Amran dan rakan-rakan pengawas yang lain mengadakan aktiviti malam melibatkan pelajar tingkatan satu. Antara aktivitinya adalah berjalan di kawasan Sekolah sambil tangan memegang bahu kawan di hadapan dan mata ditutup dengan kain.

Ahli jawatankuasa yang terlibat mengendalikan Orientasi ni juga disertai dengan beberapa orang pelajar senior tingkatan 5 termasuklah pelajar perempuan yang Amran jumpa siang tadi di Perpustakaan. 

"Hai Amran.." Tiba-tiba kedengaran suara perempuan menyapa dari belakang. Amran menoleh kebelakang dan mendapati Akak yang dijumpainya siang tadi menyapanya.

"Hai..." Balas Amran bersahaja.

"Jom kita gi sana..." Ajak Pelajar perempuan tu sambil menunjukkan isyarat tangan ke arah padang sekolah.

Dalam keadaan berseorangan di kaki lima bangunan, Amran tanpa berkata sepatah pun terus menuju ke Padang sekolah menandakan setuju menerima ajakan pelajar perempuan itu.

Ketika di Padang, aktiviti yang sedang dijalankan oleh Ahli jawatankuasa lain adalah memegang kayu dan mengarahkan pelajar baru melalui kayu itu sambil diberi arahan untuk melangkahnya. Amran terus mendapatkan sebatang kayu untuk dijadikan alat untuk menambahkan rintangan bagi pelajar-pelajar baru.

Tiba-tiba Kayu yang dipegang Amran dirasakan seolah-olah dipegang juga oleh orang lain, rupa-rupanya pelajar perempuan itu juga tidak melepaskan peluang untuk membantu Amran menjalankan aktivitinya.

Bilamana berakhirnya aktiviti untuk malam itu, Amran dan rakan-rakan lelaki yang lain dalam perjalanan hendak menuju ke asrama sambil melalui di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang juga ahli jawatankuasa program orientasi.

"Selamat malam budak handsome, jangan lupa mimpi indah yer...

Kedengaran suara pelajar perempuan tadi sayup-sayup dari jauh. Amran menoleh sambil tersipu-sipu malu kerana lontaran suara pelajar perempuan itu agak kuat kerana ianya dari jauh. Kebetulan pada masa yang sama, semua ahli jawatankuasa lelaki dan perempuan berada di tempat yang sama dan tidak syak lagi semua mendengar suara pelajar perempuan itu. Menoleh kepada AJK lain, mereka tersenyum dan ada yang mengeluarkan kata-kata bernada mengusik.

Merah padam muka Amran pada waktu itu disuasana keheningan malam celahan lampu-lampu jalan.

"Ishh.. berani betul budak perempuan ni, tengah ramai-ramai macam ni pun boleh lagi bersuara macam tu. Tak ada perasaan malu ke??..." Bisik Amran.

Amran dan rakan-rakan meneruskan perjalanan menuju ke asrama. Tiba-tiba bahu Amran ditepuk dari arah belakang....



BERSAMBUNG...




Semoga Bermanfaat


Read more

UBAH "DNS" SERVER UNTUK MELAJUKAN INTERNET

0 KOMENTAR...
Terdapat banyak pendapat dan teori berkenaan dengan DNS Server ada hubungkait dengan tahap kelajuan melayari Internet.




Ada juga yang mengutarakan pandangan agar tidak perlu mengubah DNS Server ISP yang tersedia kepada DNS Server Google atau lain-lain DNS yang disediakan. Mereka yang berpendapat sedemikian adalah kerana DNS Server ISP lebih dekat lokasinya dengan kita khususnya di Malaysia ini.

Selain itu, ada juga yang menyarankan agar ditukar DNS Server ISP kepada DNS Server lain berkemungkinan ianya lebih laju dari DNS Default ISP.

Ikutlah yang mana rasa berkenan dihati, sekiranya mahu menukar ataupun tidak, terpulanglah pada individu itu sendiri. Masing-masing punya keinginan yang berbeza-beza.




Disamping itu, di bawah ini siap dilampirkan DNS-DNS yang dicadangkan bagi mereka yang berkeinginan untuk mengubah DNS kepada yang lainnya.

Antaranya ialah :-


Service provider: Google
Google public dns server IP address:
  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4


=> Service provider:Dnsadvantage
Dnsadvantage free dns server list:
  • 156.154.70.1
  • 156.154.71.1


=> Service provider:OpenDNS
OpenDNS free dns server list / IP address:
  • 208.67.222.222
  • 208.67.220.220


=> Service provider:Norton
Norton free dns server list / IP address:
  • 198.153.192.1
  • 198.153.194.1


=> Service provider: GTEI DNS (now Verizon)
Public Name server IP address:
  • 4.2.2.1
  • 4.2.2.2
  • 4.2.2.3
  • 4.2.2.4
  • 4.2.2.5
  • 4.2.2.6


=> Service provider: ScrubIt
Public dns server address:

  • 67.138.54.100
  • 207.225.209.66



Selamat mencuba..

Semoga Bermanfaat


Read more

3 DOA YANG TIADA HIJAB

0 KOMENTAR...
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah tuan empunya Bumi yang masih beri kita peluang menggunakan pancaindera miliknya.


Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi satu hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Mafhumnya:-

" Tiga doa yang sangat mustajab yang tiada syak lagi padanya yakni tiada halangan (hijab) padanya. Doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa kedua ibubapa kepada anaknya "

Berdasarkan pemahaman daripada Hadis di atas, ketiga-tiga doa yang disebutkan oleh Nabi kita menunjukkan bahawa ianya tersangat mustajab.

Kita sudah sedia maklum doa orang - orang yang dizalimi langsung tiada halangan untuk sampai kepada Allah. Begitu juga dengan doa-doa orang musafir.

Selain itu doa kedua ibubapa kepada anaknya juga mudah diterima oleh Allah, oleh kerana itu, sentiasalah minta Ibubapa kita terus menerus doakan kita.

Mudah-mudahan, dengan berkat doa dari Ibubapa kita, berjayalah kita di Dunia lebih2 lagi di Akhirat.
InsyaAllah, Amin..


Read more