بسم الله الرحمان الرحيم
Salam 1 Akidah dan Salam sejahtera saya Ucapkan kepada semua Sahabat2 dan Rakan2 Blogger,, Kali ni saya nak kongsi sikit Kisah yang boleh dikatakan Agak Best dan menyentuh hati jugakla,,, ok, Jangan buang masa lagi,, Jomm...
Begini Kisahnya :-
Di sebuah kampung yang hampir dengan Kesibukan Bandar, terdapat seorang lelaki yang miskin, hidupnya melarat sehinggakan terpaksa cari tempat2 berteduh dan tempat tinggal dimana2 sahaja yang boleh dijadikan tempat untuk berehat dan bermalam.
Satu hari, lelaki ini berjalan-jalan untuk mencari makanan di sekitar kampung, lelaki ini berjalan sampai tidak sedar bahawa matahari sudah menegak atas kepala, sudah penat berjalan dan dia tidak jumpa apa2 makanan yang boleh dimakan, lalu dia pon mencari mana2 masjid yang berdekatan untuk berehat dan menunaikan solat Zohor. Selesai menunaikan kewajipan, Si lelaki ini teruskan perjalanan lagi untuk mencari makanan, berjalanlah lelaki ini sehingga dia sampai di sebuah rumah yang mana didalam bahagian dapurnya kelihatan dari luar sebuah bekas berisi makanan yang baru siap dimasak, lelaki ini dalam keadaan yang teramat lapar, dia pon terus memasang niat untuk masuk ke rumah itu untuk mencuri makanan itu.
Pada masa yang sama, pintu dapur rumah itu tidak berkunci dan tuan rumah itu pon seakan2 tiada dirumah pada waktu itu,, Dengan tidak berfikir panjang, lelaki yang lapar itu terus masuk ke dalam rumah itu untuk mengambil makanan yang aromanya sampai ke luar rumah itu. Sampai sahaja lelaki itu dihadapan bekas makanan itu, Tangannya terus memegang makanan itu dan dengan tiba2nya dia teringatkan kata2 seorang Ustaz ketika memberi ceramah di sebuah masjid yang berdekatan, Kata ustaz itu " Seseorang yang Meninggalkan Perkara Yang HARAM, Allah akan Menggantinya Yang HALAL".
Setelah berfikir sejenak, lelaki ini pon terus meletakkan makanan yang telah dipegang tadi dan terus menuju ke pintu keluar, dia terus membatalkan niatnya itu kerana takutkan ALLAH, Setelah keluar dari rumah tadi, lelaki ini terus menuju semula ke masjid yang telah dia singgah tadi untuk berehat dan menunaikan solat asar.
Selepas selesai menunaikan solat asar, lelaki tersebut terus berehat di masjid itu dan bermalam dimasjid itu kerana kepenatan.
Pada keesokan harinya, selepas menunaikan solat subuh berjemaah, terdapat seorang wanita datang dan bertemu dengan pak imam masjid itu, setelah berbincang pak imam dengan perempuan itu selama beberapa minit, pak imam memanggil lelaki miskin ini dan menerangkan kepadanya bahawa perempuan ini adalah seorang janda, dia tidak mempunyai anak, dan dia minta tolong pak imam untuk mengahwinkannya dengan sesiapa sahaja lelaki pilihan pak imam, Tujuan pak imam itu memanggil lelaki tersebut adalah untuk menjodohkan lelaki itu dengan wanita janda itu,
lelaki itupun tidak menolak kerana dia pon memerlukan tempat tinggal dan memerlukan seorang isteri untuk menguruskan kehidupannya.
Pada tengahari itu, selepas solat zohor berjemaah, pak imam terus mengijabkabulkan lelaki tersebut dengan wanita tadi. Setelah selesai diijabkabulkan, lelaki tadi bersama dengan isterinya terus pulang kerumah si isteri yang tidak jauh dari masjid. Sampai dirumah, si isteri bertanyakan pada suaminya " abang nak makan tak?? " Lelaki itu menganggukkan kepala dengan perasaan malu sedikit. si isteri pon mengambil makanan yang berada didapur untuk dihidangkan pada suaminya, alangkah terkejutnya lelaki itu, bahawa makanan itu adalah makanan yang mahu dicurinya sebelum ini, mata lelaki itu terus berkaca dan menitiskan manik2 cecair kerana sebak dan terharu. Dia berbisik dalam hatinya, mungkin ini rahmat dan kasih sayang dari Tarbiah Tuhan yang menciptakan. Sekarang, Makanan yang tadinya Haram Bagi suami itu sudah pun menjadi Halal..
Allah maha mengetahui segala2nya, betullah kata2 seorang ustaz " Apabila seseorang itu meninggalkan perkara yang HARAM, Allah akan menggantikannya dengan yang HALAL..
Sekian..
INFO MENGENAI PENULIS
Penulis merupakan seorang mahasiswa lepasan USIM.Telah berkecimpung dalam penulisan blog lebih kurang 3 tahun. Merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Penulis merupakan mahasiswa lepasan USIM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Islam) Dengan Kepujian. Begitu meminati info-info terkini berkenaan teknologi, juga sedang mendalami ilmu akhirat.
2 Comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)