YAKINLAH PADA ALLAH S.W.T

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur ku panjatkan pada Tuhan atas nikmat hidup yang tidak terhingga. Dan dengan izinNya kita mampu untuk meneruskan kehidupan ini.

Kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca semua dengan situasi yang selalu berlaku dalam kehidupan kita, terutama golongan remaja.

Kebanyakan dari mereka tertanya-tanya dan terus mempersoalkan ketentuan halatuju dan masa depan mereka. Wahai sahabat-sahabat semua, perhatikan dan renungkan perihal di bawah..


“Dengan siapa kita akan menikah, atau telah menikah, semuanya telah tercatat jelas di Lauh Mahfuz. Bukan soal bernikah sahaja, rezeki, ajal, baik atau buruknya seseorang, semuanya telah tercatat dan semuanya dalam pengetahuan Allah SWT”.

Saya sedang mendengar nasihat dari seorang abang di tempat yang indah. Di belakang kami ada air terjun yang tak henti henti menghempaskan dirinya ke batu batu yang berserakan, di tepi kami pula kelihatan pokok pokok besar kehijauan, indah sekali. Kami duduk di atas batu-batu besar yang sebahagiannya terendam di dalam sungai yang cetek. Kelihatan juga ikan ikan kecil sedang berenang-renang di dalam air. Tempatnya sangat cantik.

Semoga Bermanfaat


Comments
0 Comments

CARA BUANG VIRUS SHORTCUT

7 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullah
(Gambar Google Image)

       Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, Alhamdulillah dengan izin ALLAH saya masih berkesempatan lagi untuk update blog ni tidak lain tidak bukan hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yang mana dianugerahkan olehNYA. Topik kali ini berkenaan dengan sejenis Virus yang sudah lama menular kepada pengguna Laptop @ Computer.

        Terkadang ianya hanya untuk menguji tahap kesabaran kita, saya terpanggil untuk menulis mengenai topik ini adalah kerana ramai di antara sahabat2 seperjuangan saya di IPTA mengalami masalah ini. Kebiasaannya kaum Muslimat, jadi dengan itu saya bersedia untuk berkongsi sedikit ilmu bagi menangani masalah ini.

Dalam sedar tak sedar, double click je kat Icon Pendrive kita, tiba-tiba kelihatan semua folder-folder yang kita saved selama ni dah bertukar menjadi icon yang berupa Shortcut. Apa lagi, risau bukan main kepalang lah,,, mana taknye, dalam folder tu lah ada assignment, ada kertas kerja itu ini, dan macam-macam lagi yang penting.

Nasihat saya, kepada sesiapa yang terkena jangkitan virus seperti ini, just relax, dont be panic, ambil jalan mudah dengan bertenang tanpa perlu stress. Kita kena yakin dan percaya dengan firman Allah dalam surah As syarh ayat 5 dan 6 yang bermaksud : "Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan" dan Allah tegaskan sekali lagi pada ayat berikutnya "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan".

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua, daripada firman Allah yang disebutkan sebentar tadi, dapat kita rumuskan di sini bahawa setiap kesulitan pasti disertakan dengan kesenangan, bermakna tiap-tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cumanya yang membezakan adalah bagaimana cara seseorang individu itu menghadapi masalah yang dihadapinya. Samada dengan cara mudah, rumit, perlu berhadapan dengan pelbagai tekanan ataupun dengan cara lari daripada masalah.

Sahabat-sahabat sekalian, lari daripada masalah memang bukan cara yang terbaik, apabila kita menghadapi sesuatu masalah tu kita perlu memikirkan cara yang paling sesuai untuk menyelesaikannya.

Baik, apabila sahabat-sahabat berhadapan dengan masalah Virus Shortcut ini, kebiasaannya Virus ini akan menghilangkan sementara folder kita yang sedia ada dan menggantikan dengan folder shortcut, adakalanya folder asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage, disable task manager, regedit dan sebagainya.

Ada yang terus ambil keputusan untuk format pendrive dengan harapan 100% bersih dari jangkitan virus. Boleh juga kalau mahu format, tapi banyak folder kita akan hilang dan sudah pasti ianya merugikan.

Mari saya kongsikan sedikit ilmu yang saya ada untuk membuang virus shortcut ini tanpa perlu format pendrive or external hardisk.



1. Gunakan Antivirus yang berkesan.

Saya cadangkan guna Microsoft Security Essential "MSE" (Link download) + Super Antispyware (Link Download) untuk perlindungan kepada sistem windows anda, kedua-dua perisian ini adalah percuma.



2. Buat selective scan/Custom scan.

(Anataramuka Microsoft Security Essential (MSE) yang saya cadangkan)

Selective scan bermaksud scan guna antivirus hanya pada drive yang infected ataupun scan running processes/memory. Ini bertujuan untuk menghapuskan proses virus yang sedang aktif dalam background, serta menghapuskan file2 virus dalam pendrive atau shortcut dengan lebih pantas.



3. Unhide hidden file.

Lepas selesai scanned gunakan MSE, patutnya folder2 yang dijangkiti virus shortcut itu akan terdelete, sekiranya ada lagi folder shortcut yang tertinggal, Ctrl+A then delete folder2 tersebut.

Pada hakikatnya, folder2 dalam pendrive anda bukannya musnah dan menjadi shortcut, tetapi virus tersebut telah membuat semua folders dalam pendrive anda menjadi superhidden. Shortcut2 tu sebagai taktik untuk mengelirukan mangsa supaya salah sangka folder2 mereka telah musnah dan mereka harus format pendrive untuk mengembalikannya kepada asal.


- Cara Manual :

Untuk memulihkan folder2 yang hidden disebabkan virus, 1st sekali buka Command Prompt, Tekan Start - Run - taip CMD then Enter. Akan muncul kotak hitam seperti di bawah..



kemudian taip { attrib -s -h -r f:/*.* /s /d }. Sebagaimana contoh dalam gambar di atas...

Huruf ( f ) dalam perkataan di atas berpandukan pada huruf pendrive anda. Sebagai contoh imej di bawah : sekiranya pendrive anda huruf ( I ), maka gantikan huruf ( f ) tadi dengan huruf ( I ). Kalau tak berapa faham, sila ulang baca arahan ini berulang kali supaya mendapat kefahaman yang sempurna. hehe...



Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: juga dengan menggunakan Command Prompt (CMD), 
taip ( attrib c:*.* /d /s -h -r -s ).

Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; juga manggunakan CMD taip 
( attrib d:*.* /d /s -h -r -s )

- Ingat: bila selesai taip apa jua arahan dalam CMD, tekan Enter.


- Cara mudah :

Gunakan software Hidden file Tool : Download Hidden File Tool. Kemudian run, dan ikut langkah berikut.

Ok, pada bahagian open path buka direktori pendrive atau external hard disk anda. Contohnya J:. Dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes click pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang akan dijumpai, dan anda boleh lihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden.

Superhidden file tidak boleh dilihat dengan mudah seperti anda show/hide hidden file dalam folder options.


Untuk restore file2 yang superhidden, tekan shift dan highlight semua file yang hendak direstore. Kemudian tekan change, dan tunggu sebentar file2 tersebut akan direstore kembali.
Cuba periksa pendrive atau external hardisk anda, kalau dah berjaya restore tahniah diucapkan.

4. Periksa kehadiran Malware / Spyware lain dalam komputer / Laptop anda.
Mungkin dalam komputer anda masih ada saki-baki malware lain yang tertinggal? Jadi menggunakan perisian seperti superantispyware anda boleh scan dan jika jumpa terus hapuskan malware tersebut.

5. Buat full scan antivirus +Antispyware
Jika anda ada masa baru buat full scan pada windows anda. Sebab saya tak nasihatkan anda buat full scan pada awal2 lagi sebab full scan biasanya mengambil masa sangat lama. Anda hanya perlu hapuskan file2 tertentu sahaja.

       Baiklah sahabat2 semua, I think that's all my sharing information about this topic. Saya yakin dan percaya bahawa ada juga antara pembaca2 yang tidak berapa faham cara2 di atas, tapi tak mengapa, kemampuan manusia tidak sama, yang mana boleh faham, Alhamdulillah, yang mana masih samar2 jangan risau bantuan pasti akan datang. 

Sekiranya ada yang mahu bertanyakan mengenai cara2 di atas bolehlah tulis di ruangan komen @ tulis di ruangan Guest Book / Shout Box di sebelah kanan Blog ini.

Apa yang penting, semuanya adalah dengan izin ALLAH S.W.T..

Selamat Mencuba...


Comments
7 Comments

7 comments

Catat Ulasan

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH SEMPURNA BERLAKU

1 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




       Harus diingat, kita sudah biasa dengar kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

       Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis


Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari




2) Zina bermaharajalela


“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim




3) Bermaharajalela alat muzik


“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah




4) Menghias masjid & membanggakannya


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.




5) Munculnya kekejian,


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.




6) Ramai orang soleh meninggal dunia


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad




7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat


“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani




8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja


“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad




9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang


Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.




10) Bulan sabit kelihatan besar


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani




11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim






12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar


“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad




13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim




14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda


“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai




15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam


“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.






Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslim)




Keterangan:


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.


Sepuluh tanda itu ialah:


Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.


Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.


Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.


Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.


Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.


Gempa bumi di Timur.


Gempa bumi di Barat.


Gempa bumi di Semenanjung Arab.


Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.






       Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.



Comments
1 Comments

1 comment

Catat Ulasan

KATA-KATA HIKMAH BERMOTIVASI

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum Warahmatullah

SALAM ceria semua, kali ni saya nak kongsikan sedikit kata2 Hikmah dengan sahabat2 semua..




1- Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.




2- Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberi itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.


3- Apabila anda berada di waktu pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.




4- Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dab hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda.



5- Perbaharuilah hidup anda. Jadikan hidup anda lebih bertenaga dan sesekali ubah kebiasaan hidup anda seharian.




6- Terimalah dengan ikhlas apa yang ada pada diri anda, termasuk wajah, bakat, rezeki, keluarga, rumah, nescaya anda akan memperolehi ketenteraman dan kebahagiaan.




7- Ketahuilah, bahawa anda bukanlah salah seorang yang mendapat musibah. Tiada seorang pun di dunia yang bebas daripada kesedihan dan luput daripada kesusahan.




8- Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan, bala, kesusahan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.



9- Allah pasti memberi pahala setelah kecemasan, kegundahan, kesedihan, keresahan, kelaparan, kefakiran, rasa sakit, dililit oleh hutang dan segala musibah yang lain.




10- Jauhilah dosa-dosa, kerana ia adalah sumber keresahan dan kesedihan. Dosa menyebabkan timbulnya malapetaka dan membuka pintu terjadinya musibah dan krisis.




Kata-kata penuh Hikmah ini dipetik dari sebuah buku karya "Dr 'Aid Bin Abdullah Al-Qarni" yang berjudul (566 Kata-kata Hikmah) Jadilah orang yang paling bahagia.




Comments
0 Comments

BOOT WINDOWS DENGAN PANTAS

0 KOMENTAR...
       Assalamu'alaikum semua, artikel kali ini berkaitan teknologi, mungkin ada segelintir daripada kita yang tidak begitu paham dengan perkataan "Boot Windows", jadi untuk meningkatkan pemahaman anda semua saya sediakan artikel ini.






       Pengguna Windows semakin lama merasai bahawanya ia semakin cepat tua dari usianya. Ini kerana untuk ‘Boot windows’ sudah tidak secepat dahulu. Bagi mengatasi masalah ini, terlebih dahulu kita harus faham bahawa sebegitu banyak cara atau panduan yang kita perolehi tidak memungkinkan ‘boot windows’ menjadi sangat cepat. Ini kerana TERLALU banyak perkara berlaku semasa ‘boot windows’ berjalan.


Mari kita lihat apa yang berlaku apabila setiap kali kita “ON” pc / laptop kita :


- Membaca Bios – hal-hal prasejarah yang telah sekian lama ada.


- Master Boot Record – menyimpan hal-hal yang biasanya terjadi ketika anda ‘boot up’ PC.


- Boot Sektor – kawasan khas dari hard drive anda, sedikit simpanan untuk boot Windows.


- Windows Boot Manager – sebuah program yang membaca fail Windows booting utama


- Membaca ‘boot configuration data’ – petunjuk tentang apa yang sebenarnya dilakukan ketika booting Windows


- MenCari fail hibernasi – hanya dalam kes Windows tidak shut down dengan lengkap dan bukan hanya pergi ke hibernasi (terutama pada laptop)


- Memulakan winload.exe – program yang benar-benar mulai memuatkan Windows


- Barulah Memulakan sistem pengoperasian (OS) itu sendiri


- Memulakan Session Manager Subsistem (apa benda tah tu)


- Bersedia untuk meminta anda untuk log in ke Windows itu sendiri (jika di ‘set up’ oleh anda sendiri atau memang dah ada masa beli)


- Memulakan semua perkhidmatan yang anda pasang seperti antivirus atau apa macam lagi.. (akhirnya dah rasa boleh nak mula guna ni !!!)

Comments
0 Comments

HATI-HATI MENGGUNAKAN PC DI CC / CYBERCAFE

0 KOMENTAR...
Kali ni artikel yang ringkas, padat dan perlu diberi PERHATIAN.






       Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...


       Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...


       Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.


       Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.


       Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting


Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..


Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

Comments
0 Comments

PM DIBERI LAYANAN BURUK DI ENGLAND

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum warahmatullah

       Sekarang begitu hangat diperkatakan oleh media maya mengenai PM Malaysia, NAJIB dilayan dengan buruk katanya dek kerana layanan POLIS kepada Aktivis Perhimpunan aman BERSIH Lalu.





       Disebabkan berita layanan polis kepada penunjuk perasaan Bersih 2.0 tersebar ke seluruh dunia,


       ketibaan Perdana menteri Malaysia,Dato seri Najib Tun razak di London tidak disambut dengan hamparan permaidani merah.


      Malah menurut sumber Perdana Menteri Britain, David Cameron Membatalkan makan tengahari bersama PM Najib.


      Malah lebih teruk lagi PM disambut pula dengan protes oleh sekumpulan pendemonstasi yang membawa sepanduk berwarna kuning di luar Downing Street




        Dan sepertimana yang kita semua tahu, Media2 di Malaysia ni adalah Pro Kerajaan, jadi mereka tidak akan pernah menyiarkan berita2 yang memalukan ketua mereka. Ini adalah salah satu bentuk keadilan dalam kerajaan Malaysia yang sentiasa dilaungkan Najib "Adil kepada semua".


       Persoalannya adil ke?? sahabat saya pernah menceritakan pada saya bahawa dia pernah bersembang dengan seorang warga asing dari Thailand, kebetulan warga asing ni nak pulang ke negara asalnya untuk Pilihanraya yang bakal berlangsung,


Warga asing ini bertanya kepada sahabat saya, "Kenapa media Malaysia ni tidak menyiarkan suara hati pembangkang dalam televisyen? kejam betul, kalau di Thailand tiap2 kali menjelang Pilihanraya pasti akan disiarkan suara hati dari pihak pembangkang untuk mengempen, satu jam seorang bagi ahli pembangkang untuk berkempen di media, ini barulah dikatakan adil."


Kepada rakyat2 Malaysia di luar sana, Fikir2 dan renung2kanlah.

Comments
0 Comments

ADAKAH PC/LAPTOP ANDA DIKATEGORIKAN SELAMAT?

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


SALAM mesra semua,,

Kali ni saya ada satu lagi perkongsian ingin saya kongsikan dengan anda semua, Hopefully bermanfaat.


Adakah PC / Laptop anda dikategorikan selamat ?






Baiklah, saya nak kongsikan dengan anda semua bagaimana ciri2 PC/Laptop yang selamat dan dilindungi.


Adakah PC/Laptop anda ada ciri2 dibawah ini ?


1- Ada antivirus dan sentiasa diupdate (Mesti!!)


= Dengan adanya antivirus ni, Laptop kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal, ingat!! Software antivirus ni penting tau, setiap Laptop mesti ada antivirus ni untuk mengawal kehadiran virus yang merosakkan Laptop kita. Bermacam-macam jenis software antivirus yang boleh kita gunakan antaranya "Kaspresky"(Jenis berbayar) kalau nak guna Kaspersky yang free boleh je, tp trial punya la, 30 Days.. hehe. selain itu ada jugak yang free of charge seperti "AVG, AVAST, AVIRA, NOD 32, MSE dan macam2 lagi, kalau nak tahu lebih detail bolehlah tanye pakcik Google, hehe..


Untuk melindungi laptop saya, saya prefer gunakan MSE ataupun Microsoft Security Essential, bg saya MSE ni sangat membantu untuk to protect my Lappy. So, siapa yang rasa macam nak mencuba MSE ni bolehlah download perisiannya Di sini (MSE).


2- Ada Firewall


Built-in windows firewall tak dikira. Kalau anda mahu, boleh dapatkan Comodo Firewall Pro. Memang best & user-friendly. Yang penting berguna untuk menghalang benda2 yang tak sepatutnya.








3- Ada Spyware Removal


= Kebiasaanyya feature ini built-in dalam program antivirus, banyak yang free di internet, Spybot S&D dan Lavasoft Ad-aware juga boleh dicuba kalau mahu, pilih saja yang mana berkenan di hati.




4- Gunalah apa2 Browser selain daripada Internet Explorer (IE).


= Saya tak berniat nak kondem IE, tapi banyak Virus yang dibuat untuk IE kerana ramai penggunanya, bermakna, "risiko untuk dijangkiti virus amat tinggi bila kita serve internet menggunakan IE" Jadi, renung2kan..


       Untuk dikategorikan sebagai Laptop yang selamat, bertukarlah kepada Browser selain IE contohnya Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome, saya syorkan guna Google chrome disebabkan kepantasannya. Jadi, bagi sesiapa yang mahu dowload perisiannya bolehlah Klik disini.


Baiklah, itu sahaja sedikit perkongsian untuk entry kali ini, harapan Admin agar ianya memberi manfaat kepada semua pengguna diluar sana. Sekian dahulu, Assalamu'alaikum.


HaizaTEducation


Comments
0 Comments

ISTILAH DALAM BIDANG IT

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


       Apa khabar sahabat2 semua, diharapkan anda sume berada dalam keadaan yg stabil dan sentiasa dirahmati ALLAH..


       So, I'm at home right now, Skrg m0od kat rumah, hepy sgt2 la sbb cuti semester kali ni 4 Bulan.. memang sy0k, ada yg amek kesempatan utk cari duit dgn keje je ape yg patut, ade yg duk umah membuta suka ati dan macam2 lagi. Ape2pon yg korg dan anda2 sume lakukan, yg pnting kewajipan mesti buat taw!! Solat jgn tinggal... Itu bekalan kita..


       Baiklah, kita terus kpd tujuan entry kali ni ye,, hakikatnya sy sorg penggemar Ilmu Dunia IT, sahabat2 diluar sana pon apa kurangnya kan, s0, sy pon terpanggil utk berkongsi ILMU mengenai "Istilah - istilah dalam Informasi Teknologi (IT), ataupon bahasa mudahnya, perkataan2 yg bese digunakan dlm Ilmu teknologi ni, kebiasaannya dlm Singkatan "Shortform", Contohnya : ADN, ADSL, HTTP, HTML Dan banyak lagi.






Justeru itu, mari kita sama2 merungkai apa maksud singkatan2 yg sokmo2 digunakan tu..


ADN


= Advanced Digital Network. Biasanya merujuk kepada saluran leased line berkecepatan 56Kbps


ADSL


= ADSL - Asymetric Digital Subscriber Line. Sejenis DSL dimana upstream dan downstream berjalan pada kecepatan yang berbeza. Dalam hal ini, downstream biasanya lebih tinggi. Konfigurasi yang umum memungkinkan downstream hingga 1,544 mbps (megabit per second) dan 128 kbps (kilobit per second) untuk upstream. Secara teori, ASDL dapat melayani kecepatan hingga 9 mbps untuk downstream dan 540 kbps untuk upstream.


Anonymous FTP


= Anonumous FTP - Adalah laman FTP yang dapat diakses tanpa harus memiliki login tertentu. Peraturan standard dalam mengakses Anonymous FTP adalah dengan mengisikan "Anonymous" pada isian Username dan alamat e-mel sebagai password.


ARPAnet


= ARPAnet - Advanced Research Projects Agency Network. Jaringan yang bakal terbentuknya Internet. Dibangunkan pada akhir 60-an hingga awal 70-an oleh barisan Pertahanan Amerika Serikat sebagai percobaan untuk membentuk sebuah jaringan berskala besar (WAN) yang menghubungkan komputer-komputer di berbagai lokasi dengan sistem yang berbeza-beza pula namun dapat diakses sebagai sebuah kesatuan untuk dapat saling memanfaatkan resource masing-masing.


ASCII


= ASCII - American Standard Code for Information Interchange. Kebiasaannya yang berlaku di seluruh dunia untuk kod berupa angka yang mewakili watak-watak, baik huruf, angka, maupun simbol yang digunakan oleh komputer. Terdapat 128 karakter biasa ASCII yang masing-masing menunjukkan tujuh digit bilangan mulai dari 0000000 hingga 1111111.


Bandwith


= Bandwith - menunjukkan seberapa banyak data yang boleh dilihat dalam Sambungan melalui sebuah network.


Bit


= Bit - Binary digit. Satuan terkecil dalam komputasi, terdiri dari sebuah besaran yang memiliki nilai antara 0 atau 1






bps


= bps - Bit Per Seconds. Saiz yang menyatakan seberapa cepat data dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain.


Browser


= Browser - Sebutan untuk perisian (software) yang digunakan untuk mengakses World Wide Web.


CGI


= CGI - Common Gateway Interface. Sekumpulan aturan yang mengarahkan bagaimana sebuah server web berkomunikasi dengan sebagian software dalam mesin yang sama dan bagaimana sebagian dari software (CGI Program) berkomunikasi dengan pelayan web. Setiap software dapat menjadi sebuah program CGI apabila software tersebut dapat menangani input dan output berdasarkan standard CGI.


Chat


= Chat - Secara harfiah, chat dapat diertikan sebagai bersembang, namun dalam dunia internet, istilah ini merujuk pada kegiatan komunikasi melalui baris-baris tulisan singkat yang ditaip melalui keyboard.


DNS


= DNS - Domain Name Service. Merupakan perkhidmatan di Internet untuk jaringan yang menggunakan TCP / IP. Perkhidmatan ini digunakan untuk mengenalpasti sebuah komputer dengan nama bukan dengan menggunakan alamat IP (IP address). Ringkasnya DNS melakukan penukaran dari nama ke angka. DNS dilakukan secara desentralisasi, dimana setiap daerah atau tingkat organisasi memiliki domain sendiri. Masing-masing memberikan servis DNS untuk domain yang dikelola.


Emel


= Emel - Electronic Mail. Mesej, biasanya berupa teks, yang dikirimkan dari satu alamat ke alamat lain di jaringan internet. Sebuah alamat e-mel yang mewakili banyak alamat e-mel sekaligus disebut sebagai mailing list. Sebuah alamat e-mel biasanya memiliki format berupa username@host.domain, misalnya: myname@mydomain.com.


Firewall


= Firewall - Kombinasi dari hardware maupun software yang memisahkan sebuah network menjadi dua atau lebih bahagian untuk alasan keselamatan.


FTP


= FTP - File Transfer Protocol. Protokol standard untuk kegiatan lalu-lintas file (upload maupun download) antara dua komputer yang disambungkan dengan rangkaian internet. Sebahagian sistem FTP mensyaratkan untuk diakses hanya oleh mereka yang mempunyai hak untuk itu dengan mengguinakan login tertentu. Sebahagian lagi boleh diakses oleh orang awam secara tanpa nama. Situs FTP semacam ini disebut Anonymous FTP.


GPRS


= GPRS - General Packet Radio Service. Salah satu standard komunikasi wireless (wayarles). Dibandingkan dengan protokol WAP, GPRS mempunyai kelebihan dalam kecepatannya yang dapat mencapai 115 kbps dan adanya sokongan aplikasi yang lebih luas, termasuk aplikasi grafis dan multimedia.


HTML


= HTML - Hypertext Markup Language, merupakan salah satu varian dari SGML yang dipergunakan dalam pertukaran dokumen melalui protokol HTTP.


HTTP


= HTTP - Hyper Text Transfer Protocol. Protokol yang direka untuk memindahkan dokumen-dokumen HTML yang digunakan dalam World Wide Web.


IMAP


= IMAP - Internet Message Access Protocol. Protokol yang direka untuk mengakses e-mel. protokol lain yang sering digunakan adalah POP.


ISDN


= ISDN - Integrated Services Digital Network. Pada dasarnya, ISDN merupakan merupakan jalan untuk melayani transfer data dengan kecepatan lebih tinggi melalui saluran telefon biasa. ISDN memungkinkan kecepatan transfer data hingga 128,000 bps (bit per saat). Tidak seperti DSL, ISDN dapat dikoneksikan dengan lokasi lain seperti halnya saluran telefon, sepanjang lokasi tersebut juga terhubung dengan jaringan ISDN.


ISP


= ISP - Internet Service Provider. Sebutan untuk pembekal perkhidmatan internet.


MTA


= MTA - Mail Transport Agent. Peranti lunak yang bekerja mengantarkan e-mel kepada user. Adapun program untuk membaca e-mel dikenal dengan istilah MUA (Mail User Agent).


NNTP


= NNTP - Network News Transfer Protocol. protokol yang digunakan untuk mengakses atau transfer artikel yang diposkan di Usenet news. Program pembaca news (news reader) menggunakan protokol ini untuk mengakses news. NNTP bekerja di atas protokol TCP / IP dengan menggunakan port 119.


POP


= POP - Post Office Protocol. Protokol standard yang digunakan untuk mengambil atau membaca email dari sebuah pelayan. protokol POP yang terakhir dan yang paling popular digunakan adalah POP3. protokol lain yang juga sering digunakan adalah IMAP. Adapun untuk mengirim email ke sebuah server digunakan protokol SMTP.


PPP


= PPP - Point to Point Protocol. Sebuah protokol TCP / IP yang umum digunakan untuk mengkoneksikan sebuah komputer ke internet melalui saluran telefon dan modem.


PSTN


= PSTN - Public Switched Telephone Network. Sebutan untuk saluran telefon konvensional yang menggunakan kabel.


SDSL


= SDSL - Symmetric Digital Subscriber Line. Salah satu jenis DSL yang membolehkan pemindahan data untuk upstream maupun downstream berjalan pada kelajuan yang sama. SDSL umumnya berkerja pada kelajuan 384 kbps (kilobit per detik).


SGML


= SGML - Standard Generalized Markup Language. Nama popular daripada ISO Standard 8879 (tahun 1986) yang merupakan standard ISO (International Organization for Standarization) untuk pertukaran dokumen secara elektronik dalam bentuk hypertext.


SMTP


= SMTP Simple Mail Transfer Protocol. Protokol standard yang digunakan untuk menghantar e-mel ke sebuah pelayan di rangkaian internet. Untuk keperluan turun e-mel, digunakan protokol POP.


TCP / IP


= TCP / IP - Transmission Control Protocol / Internet Protocol. Satu set protokol standard yang digunakan untuk menyambung rangkaian komputer dan mengalamati lalu lintas dalam rangkaian. protokol ini menetapkan format data yang diijinkan, penanganan kesalahan (error handling), lalu lintas pesan, dan standard komunikasi lain. TCP / IP harus dapat bekerja diatas segala jenis komputer, tanpa terpengaruh oleh perbedaan perangkat keras maupun sistem operasi yang digunakan.


URI


= URI - Uniform Resource Identifier. Sebuah alamat yang menunjuk ke sebuah resource di internet. URI biasanya terdiri dari bahagian yang disebut skema (scheme) yang diikuti sebuah alamat. URI diakses dengan format skema: / / alamat.resource atau skim: alamat.resource. Misalnya, URI http://yahoo.com menunjukkan alamat resource yahoo.com yang dipanggil lewat skema HTTP Walaupun HTTP adalah skema yang sering digunakan, namun masih tersedia skema-skema lain, misalnya telnet, FTP, News, dan sebagainya.


URL


= URL - Uniform Resource Locator. Istilah ini pada dasarnya sama dengan URI, tetapi istilah URI lebih banyak digunakan untuk menggantikan URL dalam spesifikasi teknikal.


UUENCODE


= UUENCODE - Unix to Unix Encoding. Sebuah kaedah untuk menukarkan gambar dalam format Binary ke ASCII agar dapat dikirimkan melalui e-mel.


VOIP


= VOIP - Voice over IP. VoIP adalah suatu mekanisme untuk melakukan pembicaraan telefon (voice) dengan menumpangkan data dari pembicaraan melalui Internet atau Intranet (yang menggunakan teknologi IP).


VPN


= VPN - Virtual Private Network. Istilah ini merujuk pada sebuah network yang sebagian diantaranya terhubung dengan jaringan internet, namun lalu lintas data yang melalui internet dari network ini telah mengalami proses enkripsi (secara rawak). Hal ini membuat network ini secara virtual "tertutup" (private).


WAP


= WAP - Wireless Application Protocol. Standard protokol untuk aplikasi wireless (seperti yang digunakan pada telefon). WAP merupakan hasil kerjasama antara industri untuk membuat sebuah standard yang terbuka (open standard). WAP berbasis pada standard Internet, dan beberapa protokol yang sudah dioptimasi untuk lingkungan wireless. WAP bekerja dalam mod teks dengan kelajuan sekitar 9,6 kbps. Belakangan juga dikembangkan protokol GPRS yang memiliki beberapa kelebihan dibandingkan WAP.


WML


= WML - Wireless Markup Language. Salah satu turunan dari format HTML yang khusus dikembangkan untuk dipakai pada protokol WAP.


WWW


= World Wide Web - Sering disingkat sebagai WWW atau "web" saja, yakni sebuah sistem dimana maklumat dalam bentuk teks, gambar, suara, dan lain-lain dipresentasikan dalam bentuk hypertext dan dapat diakses oleh perisian yang disebut browser. Maklumat di web pada umumnya ditulis dalam format HTML. Maklumat lain disajikan dalam bentuk grafik (dalam format GIF, JPG, PNG), suara (dalam format AU, WAV), dan objek multimedia lainnya (seperti MIDI, Shockwave, Quicktime Movie, 3D World). WWW dijalankan dalam server yang disebut httpd.


XML


= XML - Extensible Markup Language. Pembangunan lebih lanjut dari format HTML yang digunakan dalam World Wide Web. XML memiliki sejumlah kelebihan dibandingkan HTML, antaranya dokumen lebih terstruktur, memungkinkan manipulasi tampilan data tanpa harus berhubungan dengan webserver, serta pertukaran data antar dokumen.


       Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak misi dalam merungkai ungkapan2 yg kerap digunakan dalam Ilmu teknologi, maklumlah biasanya ungkapan2 ni dlm bentuk singkatan, agak rumit utk kita fahami.


Ape2pon, semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua sama2 dapat manfaat dan pertambahan Ilmu dlm diri kita.


Disediakan Oleh :


Comments
0 Comments