ADAKAH PC/LAPTOP ANDA DIKATEGORIKAN SELAMAT?

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


SALAM mesra semua,,

Kali ni saya ada satu lagi perkongsian ingin saya kongsikan dengan anda semua, Hopefully bermanfaat.


Adakah PC / Laptop anda dikategorikan selamat ?






Baiklah, saya nak kongsikan dengan anda semua bagaimana ciri2 PC/Laptop yang selamat dan dilindungi.


Adakah PC/Laptop anda ada ciri2 dibawah ini ?


1- Ada antivirus dan sentiasa diupdate (Mesti!!)


= Dengan adanya antivirus ni, Laptop kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal, ingat!! Software antivirus ni penting tau, setiap Laptop mesti ada antivirus ni untuk mengawal kehadiran virus yang merosakkan Laptop kita. Bermacam-macam jenis software antivirus yang boleh kita gunakan antaranya "Kaspresky"(Jenis berbayar) kalau nak guna Kaspersky yang free boleh je, tp trial punya la, 30 Days.. hehe. selain itu ada jugak yang free of charge seperti "AVG, AVAST, AVIRA, NOD 32, MSE dan macam2 lagi, kalau nak tahu lebih detail bolehlah tanye pakcik Google, hehe..


Untuk melindungi laptop saya, saya prefer gunakan MSE ataupun Microsoft Security Essential, bg saya MSE ni sangat membantu untuk to protect my Lappy. So, siapa yang rasa macam nak mencuba MSE ni bolehlah download perisiannya Di sini (MSE).


2- Ada Firewall


Built-in windows firewall tak dikira. Kalau anda mahu, boleh dapatkan Comodo Firewall Pro. Memang best & user-friendly. Yang penting berguna untuk menghalang benda2 yang tak sepatutnya.








3- Ada Spyware Removal


= Kebiasaanyya feature ini built-in dalam program antivirus, banyak yang free di internet, Spybot S&D dan Lavasoft Ad-aware juga boleh dicuba kalau mahu, pilih saja yang mana berkenan di hati.




4- Gunalah apa2 Browser selain daripada Internet Explorer (IE).


= Saya tak berniat nak kondem IE, tapi banyak Virus yang dibuat untuk IE kerana ramai penggunanya, bermakna, "risiko untuk dijangkiti virus amat tinggi bila kita serve internet menggunakan IE" Jadi, renung2kan..


       Untuk dikategorikan sebagai Laptop yang selamat, bertukarlah kepada Browser selain IE contohnya Firefox, Opera, Safari dan Google Chrome, saya syorkan guna Google chrome disebabkan kepantasannya. Jadi, bagi sesiapa yang mahu dowload perisiannya bolehlah Klik disini.


Baiklah, itu sahaja sedikit perkongsian untuk entry kali ini, harapan Admin agar ianya memberi manfaat kepada semua pengguna diluar sana. Sekian dahulu, Assalamu'alaikum.


HaizaTEducation


Comments
0 Comments