SUNNAH NABI SAW MEMBERI KEBAHAGIAAN

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

       Salam Persahabatan pada semua sahabat-sahabat yang budiman lagi dirahmati ALLAH..


       Diharapkan agar pada saat dan ketika membaca entri ini anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu..



       Di ketika suasana selepas musim peperiksaan akhir semester, kebiaasaanya mahasiswa mahupun mahasiswi di setiap penjuru IPTA/ IPTS memikirkan halatuju masing-masing kemana dan apa yang sepatutnya dilakukan dalam musim cuti semester ni, maklumlah cuti semester kali ni lain sikit sebabnya bermula dari bulan Jun ni, sampai lah bulan September.. Agak lama jugak tu.. Ada juga dikalangan sahabat2 saya yang merancang untuk terus tinggal kat bumi menuntut ilmu ini dalam musim cuti ni.. Katanya mahu mencari kerja untuk menambahkan pendapatan untuk semester akan datang, maklumlah dengan hanya bergantung pada wang PTPTN/JPA/YAYASAN NEGERI dan banyak lagi tidak mencukupi di zaman ledakan maklumat ni.


Baiklah pembaca2 yang budiman, kita terus kepada matlamat entri kali ini...


       Bukan pasal percutian yang saya nak kongsikan pada entri kali ini, tapi dalam pada ruang kebosanan menerpa diri ini, tiba-tiba ruang benak fikiran saya terpanggil untuk memikirkan mengenai kekasih ALLAH juga merangkap kekasih kita Nabi MUHAMMAD S.A.W.


       Semua kita sedia maklum bahawa Baginda Muhammad S.A.W diutuskan dimuka bumi ini adalah untuk menerangi kegelapan kepada sinar cahaya kebenaran, dengan adanya Baginda rasulullah SAW maka penduduk bumi pada ketika itu dan seterusnya hinggalah pada ketika ini berada dalam suasana kebenaran. 


       Sabda nabi SAW yang bermaksud : "Aku tinggalkan pada kamu semua 2 perkara yang mana jika kamu berpegang dengan 2 perkara itu nescaya kamu tidak akan sesat untuk selama2nya, Itulah AL-QURAN dan AS-SUNNAH. 


       Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi dengan pembaca2 semua serba sedikit mengenai SUNNAH HARIAN nabi Muhammad SAW yang sudah hampir kita semua lupakan.


Nabi SAW duduk dengan memaut lutut,

Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Qailah binti Makhramah RA, katanya “Aku telah melihat Rasulullah SAW duduk di dalam masjid dengan memaut lutut. Bilamana aku melihat Baginda duduk dalam keadaan yang amat tenang sekali, aku merasakan gementar lantaran kehebatan Baginda.”


       Juga Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila duduk, Baginda akan duduk dalam keadaan lututnya ditinggikan dan dipaut oleh kedua tangannya.”


       Kalau kita semua bayang dan fikir2kan, banyak juga manfaat dan hikmah jika kita mengamalkan Sunnah nabi kita ni, bukan hanya Peruatan kosong dan sia2, malah dalam perlakuan itu tersingkap banyak manfaat kesihatan dan ketenangan. Jadi marilah kita sama2 meraikan Sunnah nabi kita ini, kalau bukan kita yang meraikan dan mengamalkan terlebih dahulu, siapa lagi??


Gaya Nabi SAW berbaring di siang hari


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibad bin Tamim daripada bapa saudaranya, bahawa beliau menceritakan: “Aku melihat Rasulullah SAW berbaring terlentang di dalam masjid dalam keadaan sebelah kakinya di atas kakinya yang satu lagi.”


Rambut Nabi SAW dan bagaimana Baginda menyikatnya

Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: “Rambut Baginda SAW tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus, tetapi kelurusan rambut Baginda beserta ketak seumpama gelombang dan mencecah cuping telinga.”

Al-Imam al-Hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyikat rambutnya ke belakang (tanpa membelahnya ataupun menyikatnya ke arah kiri dan kanan) kerana orang-orang musyrik menyikat rambut mereka ke kiri dan ke kanan, sedangkan Ahli Kitab menyikat rambut mereka ke belakang tanpa membelahnya. Kebiasaan Baginda pada masa itu bilamana tiada sebarang perintah khusus diwahyukan Baginda gemar menuruti cara Ahli Kitab. Dan pada akhir kehidupannya, Baginda menyikat rambut dengan membelah dua dan disikatkan ke arah kiri dan kanan.”


Kaedah Baginda memakai Selipar / kasut


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang mahu memakai kasut, mulalah dengan kaki kanan dan apabila mahu menanggalkannya, lakukanlah dahulu dengan kaki kiri. Jadi, apabila memakai maka dahulukan kaki kanan dan apabila menanggalkannya maka dahulunya kaki kiri.


Bentuk Selipar Baginda SAW


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Qatadah RA berkatanya: “Aku bertanya kepada Anas bin Malik RA: Bagaimana bentuk selipar Rasulullah SAW itu? Katanya: Ianya mempunyai dua tali.”


Serban Baginda SAW


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar Ra bahawa beliaau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila berserban, Baginda akan melepaskan hujung serbannya di antara dua bahu Baginda.” Nafi mengatakan bahawa In Umar RA turut melaksanakan yang demikian. Abu Ubaidullah berkata bahawa al-Qasim bin Muhammad dan Salim turut melaksanakan perkara yang sama.

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Jabir RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW memasukki Makkah ketika Hari Pembukaan Kota Makkah dan Baginda berserban hitam.”




Cincin Rasulullah SAW


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Umar RA, beliau berkata “Sesungguhnya Nabi SAW telah membuat cincin dari perak. Baginda meletakkan bahagian matanya berada pada bahagian telapak tangannya. Baginda mengukir kalimat “Muhammad Rasulullah’. Baginda melarang orang lain mengukir tulisan itu di atas cincin. Cincin itu telah jatuh di telaga ‘Aress.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW emakai cincin disebelah kanan tangannya.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata “Cincin Rasulullah SAW adalah diperbuat daripada perak dan batunya juga daripada perak.”




Gaya baginda SAW duduk Bersandar


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Jabir bin Abu Samarah RA bahawa beliau menceritakan: “Aku melihat Rasulullah SAW duduk sambil bersandar ke atas bantal yang terletak disebelah kirinya.”


Larangan Makan sambil bersandar


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Juhlah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Daku tidak makan sambil bersandar kepada sesuatu.”


Cara Baginda SAW makan

Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Kaeb bin Malik RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat jarinya yang tiga (Baginda menggunakan tiga jari).” Katanya lagi: “Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat jarinya sebanyak tiga kali.”


Juadah Kegemaran Baginda SAW


Dalilnya - 


a. Manisan dan Madu


Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa beliau menceritakan: “Nabi SAW sangat menyukai manisan dan madu.”

b. Minyak Zaitun


Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah (rambut) dengannya. Sesungguhnya ianya berasal daripada pohon yang diberkati.”

c. Cuka


Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cuka adalah sebaik-baik hidangan (lauk).”

Disebutkan di dalam hadis lain bahawa rumah yang mempunyai cuka di dalamnya sudah mencukupi daripada makanan atau lauk lain. Dikatakan juga, Rasulullah SAW pernah memohon keberkatan bagi cuka. Dikatakan lagi, bahawa cuka merupakan lauk bagi nabi-nabi terdahulu. Wallahualam.




Rasulullah SAW tidak pernah makan kenyang


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Masruq RA, katanya: “Aku telah menemui Aishah RA, lalu beliau menghidangkan sesuatu kepadaku dan berkata: Aku tidak pernah makan kenyang, bilamana aku terasa hendak makan, mulalah aku menangis. Masruq bertanya: Mengapa? Jawabnya: Aku teringat perihal Rasulullah SAW yang telah meninggalkan dunia ini, demi Allah! Rasulullah SAW tidak pernah kenyang dengan daging atau roti dua kali dalam sehari.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW sering bermalam berhari-hari sedangkan Baginda dan keluarganya tidak mempunyai sebarang makanan yang dapat dijamah di malam dan roti yang sering dimakan Rasulullah SAW adalah yang diperbuat daripada gandum.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa beliau menceritakan: “Keluarga Muhammad SAW tidak pernah kenyang dua hari berturut-turut dengan roti yang diperbuat daripada gandum. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah Rasulullah SAW wafat.”




Gaya Rasulullah SAW berjalan


Dalilnya - Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Masruq RA, katanya: “Aku telah menemui Aishah RA, lalu beliau menghidangkan sesuatu kepadaku dan berkata: Aku tidak pernah makan kenyang, bilamana aku terasa hendak makan, mulalah aku menangis. Masruq bertanya: Mengapa? Jawabnya: Aku teringat perihal Rasulullah SAW yang telah meninggalkan dunia ini, demi Allah! Rasulullah SAW tidak pernah kenyang dengan daging atau roti dua kali dalam sehari.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa beliau menceritakan: “Rasulullah SAW sering bermalam berhari-hari sedangkan Baginda dan keluarganya tidak mempunyai sebarang makanan yang dapat dijamah di malam dan roti yang sering dimakan Rasulullah SAW adalah yang diperbuat daripada gandum.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Aishah RA bahawa beliau menceritakan: “Keluarga Muhammad SAW tidak pernah kenyang dua hari berturut-turut dengan roti yang diperbuat daripada gandum. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah Rasulullah SAW wafat.”




Pemakanan Rasulullah SAW
Dalilnya - 


JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL



CARA MAKAN

  • Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barangsiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... . Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). 

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)



HaizaTEducation


...............................



Comments
0 Comments