Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar sahabat2 seperjuangan sume?? juga xdilupakan geng2 Blogger ... hopefully sumenye sihat2 je.. maklumlah skarang ni kan musim cuti semester... yg cuti dak2 IPTA je.. yg masih dibangku sekolah kebangsaan dan sekolah menengah blom tiba waktu cuti lagi... hehe..
Saya dan sahabat2 Islamic Education USIM baru je lepas abis berjuang dalam minggu peperiksaan akhir, bila sebut je Final Exam, masing2 gementar,, macam2 kerenah budak2 (U) ni... Al maklumlah berjuang last2 minit. Ade yg pegi jupe lecturer la, duduk bersendirian la, jalan2 cari ketenangan dan macam2 lagi, ape2pon yg korang sume lakukan, harap2 "Membuahkan hasil yg lumayan pada hari kemudiannya" Insyaallah.
Ni antara satu contoh daripada 7 subjek yg kitorang ambil sem ni,, (Subjek Dirasatul hadis) pesyarahnya Dr Badrul Munir bin Muhammad Nur. |
Baiklah, kita terus kpd tujuan entry kali ni, ada beberapa pendapat yg mengatakan BLOG adalah medium untuk berkongsi ILMU yg bermanfaat, juga tempat meluahkan rasa hati, tempat untuk mempromosikan apa jua benda yg boleh dipromosikan dan macam2 lagi.. Hakikatnya memang banyak perkara yg boleh dilakukan dengan adanye wadah maya ni.
Justeru itu, saya pon terpanggil utk berkongsi pengalaman dgn sahabat2 sume berkenaan dgn sebuah tmpat ni,. yg diberi nama (I-City) lokasinya di Shah Alam.
Kami pergi Selasa malam, tolak pukul 9.30pm pulang pukul 12.30pm. Tempat ni hakikatnya tempat biasa2 je, tp diambil inisiatif utk dibuat tempat ataupun lokasi yg menarik minat penduduk MALAYSIA utk melawat ketempat ni.
Dikatakan cahaya2 lampu yg berada di I-city ni diperbuat drpd LED yg mana kurang menggunakan Elektrik, maknenye jimat la,, pastu ianya juga dapat mengembalikan Bumi Hijau / sayangi bumi kita.
Pemerhatian saya pada kali pertama mengunjungi tempat ini, rata2 ataupun kebanyakan yg dtg ke sini hanya bertujuan utk bergambar kenangan, mesti ada bersama alat bergambar samada "Kamera" tak kiralah mahal ke murah, asalkan ada,, hehe..
Tidak kurang juga ada yg menggunakan telefon bimbit yg ada fungsi kamera.
Saya kira hanya ingin bergambar kenangan saja bila dtg ke sini, sbbnya xde da fungsi lain kat tmpat ni.. Rasenye korang sume pon berfikir macam saya jugak..
Saya pergi dgn 2 org lg sahabat sy, Syahir dan Che li namenye.. hehe.. Yg kurang bestnye saya sorang je yg drive pegi n balik, lenguh abih urat2 sendi.. hehe.. Jom survey..
Yang kiri tu Che Li (Kelate), dan kanan tu Syahir (Pinang) |
Kat tempat ni jugak ade ruang khas dibuat seperti Iceroom, tempat yg ade salji tu, tp nk masuk tu dikenakan bayaran sepetimana nak masuk ketempat ni.
Nak masuk ke I-city ni kami dikenakan bayaran Rm10 nisbah bagi sebuah kereta, dan kalau motosikal kalau tak silap Rm2 setiap sebuah kenderaan yg ditetapkan.
So, sape2 yg ade plan cuti ni nk ke sini sedia la wang yg mencukupi, hehe..
Yang ni lokasiya kat bahagian dalam, nasib baik masuk Free je.. hehe.. |
Kesimpulannya, Tempat ni (I-City) memang cantik dan luas, semasa kami pergi pon sudah bnyak kemajuannya, kemungkinan pada masa akan dtg akan bertambah kemajuannya selari dengan arus kemodenan.
Apa2pon, keindahan, kecantikan, keunikan dan kemodenan ciptaan manusia hanyalah sementara sahaja, perlu kita sume akui bahawasanya yang kekal hanyalah Ciptaan Tuhan yg Empunya Bumi ni.
Hanyalah ciptaannya yang maha Unik, maha cantik dan seumpamanya, dek kerana Dialah yg Maha segalanya.
HaizaTEducation
.......................#