Hukum Bermain alat muzik..

0 KOMENTAR...

ULAMA-ULAMA YANG MENGHARUSKAN PENGGUNAAN SEMUA JENIS ALAT MUZIK , APATAH LAGI NYANYIAN-NYANYIAN YANG BAIK: (Secara langsung atau tidak langsung)



Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Dr.Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Zubair,Abdullah bin Umar, Imam asy-Syaukani, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Ibnu Hazm, Dr. Mohammad Imarah, Dr. Kaukab ‘Amir, Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi, Abdullah bin Ja'far, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ulama-ulama Madinah, Ulama-ulama Zahiri



Disokong oleh:


Wan Muhammad Wan Sulong, Yarmouk University, Irbid, Jordan, Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang, Indonesia. Ustaz Akil Hayy Rawa. Dr. Mohammad Deen. Fatwa Negeri Kedah.



HUJAH-HUJAH PARA ULAMA DI ATAS:


HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI

Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.

Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa. (Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)

Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang ke-8 bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.

Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.

Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.
*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.

Seterusnya ada ulamak-ulama masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik dengan bersyarat:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.
3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.

Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata).


*Kesimpulan- Dr. Yusuf Qardhawi mengharuskan nyanyian dan penggunaaan semua jenis alat muzik termasuklah gitar.


DATO’ NIK ABDUL AZIZ & USTAZ ABDUL HADI AWANG



Pendirian mereka jelas mengharuskan nyanyian, gitar dan lain-lain alat muzik. Sewaktu sambutan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Dato’ Nik Aziz telah menganjurkan konsert alternatif yang melibatkan pelbagai alat muzik termasuklah gitar. Sekiranya beliau berpandangan perkara itu tidak harus, pasti tidak dianjurkannya.

Begitu juga dengan konsert-konsert alternatif termasuklah di Terengganu seperti konsert-konsert Ustaz Akil Hay yang sering melibatkan pemain gitar kumpulan Blues Gang. Tidak pernah mendapat bantahan daripada Ustaz Abdul Hadi Awang.



Namun yang jelas haram (tidak ada khilaf) sekiranya alat muzik tadi dipersembahkan bersama:

· lagu-lagu yang tidak mendidik, tidak membawa manfaat dan pengajaran- seperti lagu-lagu yang liriknya berkisar tentang cinta lelaki wanita, lagu-lagu yang memuja wanita, menyanjung tokoh-tokoh jahat, liriknya berbelit-belit hingga pendengar lebih khayal dengan muzik drpd mesej lagu

· penyanyinya wanita sama ada yang tidak menutup aurat, bersolek, beraksi berlebih-lebihan.

· Bagi penyanyi wanita yang bersopan (menutup aurat, tidak bersolek, aksinya sopan, boleh menjadi ikutan yang baik)- ia menjadi khilaf ulama. Yang mempamerkan rambut dan bertabarruj (menghias wajah dan diri) di depan penonton seperti artis-artis wanita popular tanah air dewasa ini nyata sangat-sangat haram.

· sebarang tarian kecuali tarian perang (tempur atau seni beladiri), lebih-lebih lagi yang melibatkan wanita. Khilaf ulama jika wanita menggayakan tarian perang.

· ada unsur-unsur tidak baik seperti dihidangkan arak, percampuran lelaki wanita, tari-menari.

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

Comments
0 Comments