LAPTOP TERBESAR DI DUNIA

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kali ni saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua, pernahkah anda melihat Laptop yang terbesar di Dunia? Mesti belum pernah kan...


Kalau nak tahu, ini merupakan Laptop yang terbesar di Dunia yang telah dihasilkan oleh Syarikat Fujitsu-Siemens. Laptop ini dipamerkan di CeBIT Show 2012 di Hannover Jerman.




Saiz Laptop ini saya tak berapa pasti, berkemungkinan 100 inch and above. Apa-apa pun, tahniah kepada Syarikat Fujitsu kerana berjaya menghasilkan Laptop terbesar ini.


Credit to : FaceBlog dan Pen Patah.


Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

KENALI KAMERA DSLR & SLR

0 KOMENTAR...
Kali ini aku akan menerangkan tentang jenis kamera yang selalu digunakan dalam fotografi, SLR dan DSLR. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis kamera ini dan mungkin ada yang mnganggap kamera SLR dan DSLR adalah sama. Sebenarnya ada persamaan dan ada juga perbezaan. Ada juga yang menganggap 'SLR' dan 'DSLR' ini adalah model kamera seperti Nikon, canon, sony dan sebagainya. sebenarnya tidak. Ia adalah antara jenis kamera dan mempunyai ciri-ciri tertentu.



Bercakap tentang SLR, apa itu SLR? Ramai yang membuat tafsiran sendiri contohnya "Single Light Ray" dan macam-macam lagi. SLR adalah akronim ataupun singkatan bagi "Single Lens Reflex". Kamera SLR adalah:-

Satu kamera yang biasanya menggunakan satu sistem cermin dan prisma ('reflex' dari pantulan cahaya) yang membenarkan jurugambar untuk melihat dengan tepat apa yang akan ditangkap (captured) melalui 'viewfinder'. Ini membolehkan jurugambar untuk melihat bahagian dalam kamera itu sendiri dan melihat imej sebenar yang dibentuk oleh lens.


Terdapat 3 jenis kamera SLR:
1. Manual type - semua setting dikawal secara manual.
2. Automatic type - setting telah ditetapkan secara automatik (bilt-in program)
3. Semi-automatic type - kombinasi kedua-dua jenis (manual dan automatic)

DSLR pula adalah "Digital Single Lens Reflex". Maksudnya lebih seperti SLR tetapi ada penambahan perkataan Digital. Jadi apakah perbezaan diantara kedua-dua Kamera SLR & DSLR ini?

Setelah meneliti daripada beberapa kajian dan pembacaan, dapat dikenalpasti beberapa perbezaan antara Kamera SLR & DSLR. Antaranya ialah:-



  • SLR menggunakan filem manakala DSLR pula menggunakan memory card sesuai dgn namanya Digital-SLR. Filem terhad kepada 36 keping gambar (kebiasaan) manakala memory card boleh memuatkan beratus atau beribu keping gambar (bergantung kepada saiz memory card).



  • SLR merupakan Full Frame Format yang menggunakan 35mm filem, manakala DSLR pula byk yang menggunakan 'crop sensor' atau istilah lain APS-C. Tetapi sekarang dah ada DSLR yang mempunyai Full Frame seperti Nikon D700, D3, D3x, D3s, D4, Canon 5D MK II, 5D, 1D MK IV dan sebagainya.




Contoh Kamera DSLR



  • DSLR menggunakan sensor (CCD atau CMOS) untuk menukarkan cahaya kepada pixel, SLR hanya menggunakan filem kamera biasa.Dari segi penggunaan, DSLR lebih praktikal kerana boleh tengok terus hasil gambar yang diambil, manakala SLR menggunakan filem, tak boleh tengok hasil yang diambil sebelum dicuci.



  • Cara penggunaan SLR dan DSLR hampir sama seperti setting untuk ISO, shutter speed, aperture, dan lain-lain. Kedua-duanya juga mempunyai jenis manual dan jenis automatik.



  • Untuk mengambil gambar menggunakan SLR, kene pastikan jarum exposer berada di kedudukan normal, jika tidak gambar akan over atau under. DSLR tak perlu, hanya snap! (nama pun digital).

Kamera DSLR


  • Disebabkan SLR menggunakan filem, jadi nak cuci gambar kenalah hantar kt kedai atau cuci kt dark room (agak susah dan leceh). DSLR hanya guna memory card, boleh print sndiri kt rumah.



  • Contoh kamera SLR ialah Nikon FM10 dan FM2, contoh kamera DSLR Nikon D3100, D90 dan D3. (aku bg contoh nikon je sbb kau suka nikon..hehe.. nk lain, boleh tanya pakcik google yer.. hehe)
Contoh Kamera SLR


Kebiasaannya, photographer sekarang lebih ramai yang menggunakan jenis DSLR walaupun pada hakikatnya harga memang jauh lebih mahal berbanding jenis SLR. Kemungkinan kelebihan DSLR lebih membuatkan mereka tertarik kepadanya.

Ini sekadar pengetahuan dari pembacaan aku je, sekiranya ada kekurangan maaflah, terdapat banyak lagi info-info berkaitan kamera DSLR & SLR, boleh lah cari dari Youtube, blog-blog lain, dari majalah dan sebagainya.

Credit to:- Luqaz





Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

GAMBARAN KEDAHSYATAN HARI KIAMAT

0 KOMENTAR...

:::Gambaran hari KIAMAT yang kita semua perlu tahu:::



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.




Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:


Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

PERBEZAAN DI ANTARA BMP, JPG, GIF, PNG DAN TIFF

0 KOMENTAR...
Adakah anda selalu menghadapi situasi untuk memilih format yang sesuai untuk kerja grafik anda? Jika ya, mari kita lihat perbezaan mereka ini, oleh kerana setiap format ini mempunyai penerangan teknikal yang agak sukar untuk di fahami, saya memilih untuk menerangkan dengan cara yang serba ringkas sahaja.



BMP

Format ini paling popular suatu ketika dahulu. Pada masa dahulu, hampir ke semua image di dalam komputer adalah dalam format BMP. Fail dalam format ini biasanya wujud dalam saiz yang besar kerana ia tidak memampatkan gambar, jika ada pun, format comression masih kurang kompleks (ini kerana pada waktu dahulu, sistem pemprosesan komputer adalah perlahan dan tidak praktikal jika format gambar mempunyai format compression yang kompleks)

BMP adalah singkatan kepada Bitmap Image File (dengan melihat singkatan ini, programmer pasti boleh mengagak bagaimana struktur file bmp ini)


JPG, JPEG

Singkatan kepada Joint Picture Expert group, format ini banyak di gunakan di dalam foto bewarna dengan fail saiz yang kecil (biasanya 10% kurang dari BMP). Format ini menjadi popular dengan terciptanya digital camera. Ini kerana fail saiz yang di hasilkan oleh format JPG lebih kecil dan bersesuaian dengan digital kamera dahulu yang mempunyai ruang penyimpanan yang kecil. Kelemahan format ini ialah ianya tidak berapa sesuai untuk image yang mempunyai sudut yang tajam (ia akan kabur sedikit).


GIF

Graphics Interchange Format - Sesuai untuk perkataan, garisan lukisan dan apa-apa yang simple, warna di dalam format ini cuma di hadkan kepada 256. Dahulu ianya selalu di gunakan untuk menambahkan prestasi web site. Ia juga di ginakan untuk membuat animasi pendek dengan fail yang kecil.


PNG

(Portable Networks Graphic) Nampaknya ini adalah format yang terbaik setakat ini, Now days it is the best image format to use for website kerana ia mempunyai sifat-sifat jpg dan gif (format ini mempunyai feature transparent yang tidak di miliki oleh JPG).

TIFF

Tagged File Format - Format ini tidak pernah di update semenjak tahun 1992 dan ia di miliki oleh Adobe. Kelebihannya ialah ia mampu menyimpan image dan gambar di dalam satu fail. Fail yang di simpan juga tidak di kompress untuk memastikan tiada data yang hilang. Dulu banyak di gunakan di mesin fax dan scanner tetapi sekarang tidak lagi di gunakan kerana fail saiznya yang besar.






Kredit >> SukaKomputer
Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

7 KELEBIHAN FILE FORMAT PDF

0 KOMENTAR...
Saya pasti ramai di antara kita di sini yang pernah memakai pdf file, ianya wujud dalam bentuk ebook, artikel, senarai harga dan juga dokumen yang boleh di download terus dari internet. Kenapa format sebegini lebih popular berbanding format lain seperti Microsoft Office Word atau Lotus. Mari kita lihat kelebihannya.




Pelbagai Platform

Fail pdf ini wujud dan boleh di gunakan hampir ke semua sistem pengoperasian komputer seperti Ms Windows, Mac dan Linux. Tidak ketinggalan juga ia boleh di buka dengan menggunakan handset. Kelebihan ini adalah ciri utama mengapa format pdf ini sangat popular. Sudah tentu anda tidak mahu dokumen yang di siapkan tidak boleh di buka oleh rakan-rakan anda yang menggunakan device yang berlainan.


Penukaran Format yang Universal

Kebanyakan applikasi yang lain pasti mempunyai masalah jika kita menukar format, contohnya dari Ms Word ke Lotus. Walaupun penukaran format boleh di lakukan dari Ms Word ke Lotus, akan terdapat beberapa konfigurasi yang akan hilang atau font setting yang hilang. Perkara ini tidak berlaku dengan menggunakan format PDF.


Pemampatan Fail

PDF Format menawarkan pemampatan fail yang lebih baik jika di bandingkan dengan format lain. Dengan fail yang lebih kecil, ianya akan memudahkan pengguna untuk download atau upload fail tersebut.Kebanyakan fail boleh di mampatkan dari 50% ke 80% dari fail asal.


PDF Reader

Sekarang ini banyak applikasi menawarkan untuk membaca format PDF yang di berikan secara percuma. Anda boleh download samada versi komputer atau versi mobile (handset)


Keselamatan Fail

Dengan menggunakan format ini, anda boleh menetapkan password supaya hanya orang tertentu sahaja boleh membaca fail tersebut.Antara ciri keselamatan tambahan ialah "Read Only" di mana pengguna tidak boleh menukar atau mengedit dokumen tersebut tanpa meninggalkan sebarang jejak/kesan. Fail ini juga tidak mempunyai sebarang ciri untuk virus bertindak (buat masa ini).


Multimedia

Format ini membolehkan anda meletakkan fail media seperti attachment file, hyperlink, music clip dan juga video.


Format Yang Konsisten

Fail format ini telah wujud semenjak tahun 1993 dan sampai sekarang ini format ini masih boleh di baca oleh reader yang di hasilkan pada waktu sekarang. Ini bermaksud jika anda ingin membuat simpanan data artikel, saya cadangkan format ini adalah yang terbaik kerana sudah berada dalam dunia komputer lebih daripada 18 tahun. Kalau budak baru lahir tahun 1993, sekarang ni dah lepas SPM dah.










Kredit > Suka Komputer
Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

MENJADIKAN WEB KEGEMARAN SEBAGAI APLIKASI DESKTOP

0 KOMENTAR...


Mungkin ada sesetengah pengguna yang mengakses sesuatu laman web itu hampir setiap hari. Dalam memudahkan perkara tersebut, sokongan bookmark mungkin agak berguna. Selain daripada bookmark anda juga turut sama boleh menambah laman web itu sebagai aplikasi desktop, dan mengaksesnya dengan lebih mudah.

Sokongan ini didatangkan terbina pada Google Chrome, membolehkan anda menambah sesuatu laman web itu sebagai aplikasi pada desktop, disamping membuat akses pantas pada menu Start dan juga Taskbar.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu melayari laman yang anda ingin pinkan pada desktop anda, kemudian, klik pada butang menu, dan klik pada Tools. Seterusnya, anda hanya perlu membuat pilihan, Create Application Shortcuts.

Seterusnya anda akan diberikan pilihan untuk menambah ikon akses pantas dimana, sama ada didesktop, menu Start ataupun Taskbar. Dan sekiranya anda membuka ia, anda akan dapat melihat ia dijalankan dalam bentuk tetingkap khas, tanpa sebarang bar URL mahupun tab dan sebagainya, disamping membolehkan para pengguna menggunakan tetingkap sepenuhnya. Mungkin ia agak berguna untuk beberapa laman seperti Twitter, Box, Evernote dan sebagainya.


(Kredit >>> amanz)

Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

ULASAN RINGKAS - INSTAGRAM UNTUK ANDROID

0 KOMENTAR...


Salah satu perkara yang agak hangat sepanjang hari ini adalah berkenaan dengan aplikasi Instagram yang dilancarkan secara rasminya untuk para pengguna Android, setelah sekian lama aplikasi tersebut hanya ditawarkan secara eksklusif untuk para pengguna iOS. Namun adakah ianya salah satu aplikasi yang amat baik, seperti mana popularitinya yang diperkatakan ramai?

Untuk yang tidak kenali akan aplikasi Instagram, ianya merupakan salah satu aplikasi yang amat popular dikalangan pengguna iOS, membolehkan para pengguna menambah beberapa efek tambahan, disamping berkongsi pada laman-laman sosial yang lain dengan mudah terus melaluinya. Pada platform Android, Instagram menyokong untuk perkongsian gambar terus ke Twitter, Facebook, FourSquare dan juga Tumblr.

Bagi para pengguna Android, Instagram bukanlah satu-satunya aplikasi yang menawarkan fungsi sedemikian, tetapi terdapat beberapa aplikasi lain dengan fungsi yang lebih kurang sama. Namun, disebabkan oleh komuniti Instagram yang agak aktif, ia merupakan salah satu aplikasi yang dinantikan, walaupun beberapa aplikasi lain menawarkan lebih fleksibiliti.




Dari segi percubaan ringkas yang dilakukan kami mahupun rakan lain, ia kelihatan Instagram untuk Android tidak dioptimasikan dari segi penggunaan ruangan storan dan sebagainya. Aplikasi tersebut sendiri bersaiz sehingga lebih 12MB, dan setelah dipasang, ia memakan ruangan storan sebanyak 16MB. Namun, dari segi penggunaan kami sehingga artikel ini ditulis, aplikasi tersebut bergerak lancar, tanpa mengalami sebarang crash dan sebagainya. Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah ketiadaan sokongan untuk memindahkan aplikasi tersebut ke kad-SD. Mungkin ia hanya akan diperkenalkan pada kemaskini akan datang kelak.


Secara kasarnya, ia menawarkan sebanyak 17 jenis efek berbeza, dan juga sokongan untuk merakamkan gambar terus daripada kamera, disamping kebolehan untuk memilih gambar yang telah sedia dirakamkan. Salah satu perkara yang diperasan juga adalah ianya tidak menyokong gambar yang bersaiz kecil padanya.
Selain daripada Instagram, untuk Android, beberapa aplikasi yang menawarkan fungsi serupa adalah termasuk Lightbox, MOLOME, myTubo, PicPlz dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Android 4.0 ICS juga turut sama menyertakan beberapa sokongan filter dan juga efek padanya, membolehkan para pengguna menambah sebarang efek tambahan tanpa perlu aplikasi tambahan. Setelah melihat semuanya, kami mendapati Instagram untuk Android tidak membawakan sebarang fungsi yang menarik buat masa ini, selain daripada komuniti yang gemarkan gambar (komuniti 500px atau Flickr menawarkan gambar berkualiti lebih baik).
Bagi anda yang telah mencuba Instagram untuk Android, apa kata anda mengenainya?






Kredit untuk amanz.
Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments

KOLEKSI SOAL JAWAB BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS A.K.A USTAZ YOUTUBE.

0 KOMENTAR...
Bismillah,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji-pujian hanya untuk Allah tuhan yang mentadbir alam ini juga tiada pengakhiran baginya.
Selawat dan salam kupanjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang disayangi dan dikagumi serta dijadikan sebagai ikutan sepanjang zaman.

Kali ini saya ingin kongsikan koleksi soal jawab Ustaz Azhar Idrus juga dikenali sebagai Ustaz Youtube dikalangan anak muda di luar sana. Soal jawab ini dijawab sendiri oleh Yang berbahagia Ustaz Azhar di dalam Facebook miliknya iaitu "Ustaz Azhar Idrus (Original)".

Soal jawab ini juga dalam bentuk gambar yang telah di "printscreen" oleh sahabat-sahabat kita yang prihatin. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini dapat membantu kita semua dalam memahami dan mendalami Islam sebaiknya.
























































































































Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments