7 KELEBIHAN FILE FORMAT PDF

0 KOMENTAR...
Saya pasti ramai di antara kita di sini yang pernah memakai pdf file, ianya wujud dalam bentuk ebook, artikel, senarai harga dan juga dokumen yang boleh di download terus dari internet. Kenapa format sebegini lebih popular berbanding format lain seperti Microsoft Office Word atau Lotus. Mari kita lihat kelebihannya.




Pelbagai Platform

Fail pdf ini wujud dan boleh di gunakan hampir ke semua sistem pengoperasian komputer seperti Ms Windows, Mac dan Linux. Tidak ketinggalan juga ia boleh di buka dengan menggunakan handset. Kelebihan ini adalah ciri utama mengapa format pdf ini sangat popular. Sudah tentu anda tidak mahu dokumen yang di siapkan tidak boleh di buka oleh rakan-rakan anda yang menggunakan device yang berlainan.


Penukaran Format yang Universal

Kebanyakan applikasi yang lain pasti mempunyai masalah jika kita menukar format, contohnya dari Ms Word ke Lotus. Walaupun penukaran format boleh di lakukan dari Ms Word ke Lotus, akan terdapat beberapa konfigurasi yang akan hilang atau font setting yang hilang. Perkara ini tidak berlaku dengan menggunakan format PDF.


Pemampatan Fail

PDF Format menawarkan pemampatan fail yang lebih baik jika di bandingkan dengan format lain. Dengan fail yang lebih kecil, ianya akan memudahkan pengguna untuk download atau upload fail tersebut.Kebanyakan fail boleh di mampatkan dari 50% ke 80% dari fail asal.


PDF Reader

Sekarang ini banyak applikasi menawarkan untuk membaca format PDF yang di berikan secara percuma. Anda boleh download samada versi komputer atau versi mobile (handset)


Keselamatan Fail

Dengan menggunakan format ini, anda boleh menetapkan password supaya hanya orang tertentu sahaja boleh membaca fail tersebut.Antara ciri keselamatan tambahan ialah "Read Only" di mana pengguna tidak boleh menukar atau mengedit dokumen tersebut tanpa meninggalkan sebarang jejak/kesan. Fail ini juga tidak mempunyai sebarang ciri untuk virus bertindak (buat masa ini).


Multimedia

Format ini membolehkan anda meletakkan fail media seperti attachment file, hyperlink, music clip dan juga video.


Format Yang Konsisten

Fail format ini telah wujud semenjak tahun 1993 dan sampai sekarang ini format ini masih boleh di baca oleh reader yang di hasilkan pada waktu sekarang. Ini bermaksud jika anda ingin membuat simpanan data artikel, saya cadangkan format ini adalah yang terbaik kerana sudah berada dalam dunia komputer lebih daripada 18 tahun. Kalau budak baru lahir tahun 1993, sekarang ni dah lepas SPM dah.










Kredit > Suka Komputer
Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments