C.I.N.T.A + C.O.U.P.L.E

0 KOMENTAR...
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman tentang C.I.N.T.A. Di luar sana banyak tafsiran yang dibuat terhadap "Cinta". Ada yang berpendapat bahawa cinta itu indah dengan adanya gabungan dua perasaan dalam satu hubungan. Tidak kurang juga yang mengatakan cinta ibarat pungguk rindukan bulan dan sebagainya. Bagi saya Tafsiran dan pendapat itu semua betul dan boleh diterima pakai sekiranya dihalakan kehaluan yang betul. Ada beberapa orang bertanyakan pada saya, "ko nampak macam single je,, ko takde aweks ke?? Ko tak pernah couple ke?" Dikatanya saya kelihatan rileks je tanpa sibuk ngan SMS Aweks, tanpa sibuk Call ataupun hubungi kekasih hati. Persoalannya, mereka semua ni tahu ke yang saya tak mesej atau Call si dia? Mereka bukannya 24 jam dampingi saya, Hehehe,, 


Ada juga yang bertanyakan pada saya, "apa pendapat ko tentang cinta?" Saya hargai soalan yang ditanya. Ditanya pendapat saya, begini jawabnya. Bagi saya, orang yang bercinta, ber"couple", berkasih-sayang dan seangkatan dengannya walaupun mereka ini tidak keluar berdua-duaan, tidak berpegangan tangan, tidak selalu berhubung melalui SMS mahupun panggilan, tidak bersentuhan antara mereka, tidak itu dan tidak ini.

Mereka beralasan "kami bercinta ala-ala Islamic couple gitu". Memang tidak dinafikan kamu semua terlepas dari berzina, "zina tangan", "zina mata", "zina mulut". Akan tetapi, tahukah kamu ada satu lagi jenis zina yang kamu semua (pasangan bercinta sebelum kahwin) tidak akan terlepas darinya? Mesti pernah dengar "zina hati" kan? Ye, tepat sekali nampaknya kamu dah faham maksud saya.


Meskipun kamu semua yang berkasih sayang, bercinta tanpa ikatan yang sah ini tidak melakukan zina tangan dengan memegang tangan pasangan kamu, tidak berzina mata dengan memandang perkara yang haram apabila bersama pasangan kamu, tidak melakukan zina mulut dengan berborak hal-hal yang lagho dengan pasangan. Tetapi di sana jika diteliti dengan mata hati, berlakunya penzinaan terhadap hati kamu semua. Macamana? Penzinaan ini berlaku apabila kamu dan pasangan saling rindu-merindu, tiap-tiap saat teringatkan si dia, tiap masa terbayangkan wajah si dia, tengok tv nampak muka si dia, buka laptop tengok gambar si dia, buka handphone tengok muka si dia, pendek kata kalau sehari tak tengok muka si dia jiwa jadi kacau(Ayat orang muda sekarang). Rindu-merindu dan terbayang-bayang ini ada kaitannya dengan hati, justeru kamu semua tidak boleh terlepas dengan "zina hati". 


Oleh kerana itu jugalah kebanyakan para Ulama', Ustaz, mahupun Ustazah di luar sana tidak mengesyorkan kamu semua bercinta sebelum kahwin. Sekali terjebak dalam kancah percintaan, pasti tidak terlepas dengan belitan zina hati. Disebabkan menyedari akan hal ini, saya berani mengatakan yang saya tidak sabar untuk melayari percintaan selepas kahwin kelak dengan insan yang dianugerahkan Allah kepada saya. Jujur saya pernah bercinta sebelum ini sebanyak 5 kali. 2 kali semasa di Sekolah rendah dan 3 kali semasa di Sekolah menengah. Memang banyak pahit manis suka dan duka sepanjang tempoh itu, semuanya mematangkan saya. Jadi dengan itu saya nekad untuk mendapatkan si dia itu dengan cara yang terpuji lagi diberkati. Diharapkan juga si dia kurniaan Ilahi itu, boleh membantu saya mengetuai bahtera rumahtangga menuju Syurga. Amiin.



Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments