CARA BESARKAN FONT KOMPUTER WINDOWS 7

1 KOMENTAR...
          Semenjak kemunculan sistem operasi Windows 7 yang beresolusi tinggi, maka font yang agak besar diperlukan terutama mereka yang baru berjinak-jinak mengenali dunia Komputer. Kebanyakan Komputer yang terkini mempunyai resolusi yang tinggi. Dengan menukar kepada resolusi yang rendah juga boleh menyelesaikan masalah ini, akan tetapi ianya menyebabkan ikon-ikon dalam sistem operasi kelihatan besar dan tisak sesuai. Oleh yang demikian, sila ikuti langkah-langkah yang telah saya sediakan di bawah untuk menukarkan saiz font dalam sistem operasi Windows 7.

LANGKAH 1



Langkah pertama klik start menu / Windows Logo dan kemudian klik Control Panel seperti dalam bulatan merah di atas.

LANGKAH 2

Langkah seterusnya, klik appearance and personalization



LANGKAH 3


Seterusnya, di bawah section Display, klik link "Make text and other items larger or smaller".

LANGKAH 4


Langkah seterusnya, pilih samada smaller, medium ataupun Larger mengikut kesesuaian anda dan diikuti dengan klik Apply di bawah sebelah kanan.

LANGKAH 5

Seterusnya, klik "Log off now" untuk melihat hasilnya.

LANGKAH 6

Akhir sekali, klik OK dan saiz Font Komputer anda akan bertukar mengikut pilihan yang anda pilih tadi. Lihatlah hasilnya..

SELAMAT MENCUBA

Semoga Bermanfaat

Comments
1 Comments

1 comment

Tanpa Nama
13 Oktober 2012 pada 9:08 PG

TERBAIIKK....

Reply
Catat Ulasan