MENINGKATKAN KELAJUAN WINDOWS 7

0 KOMENTAR...
          Windows 7 adalah sistem operasi yang ramai penggunanya pada zaman sekarang berbanding dengan Windows XP, Windows ME, 99, 95 dan banyak lagi. Sistem operasi windows 7 dari Microsoft ini akan beroperasi lebih perlahan jika dibandingkan dengan Microsoft windows lainnya dek kerana banyak feature baru di dalam windows 7 ini yang pastinya akan menggunakan resources memory dan processor yang lebih jika di bandingkan dengan sistem operasi sebelumnya.

           Di dalam artikel kali ini, saya akan mendedahkan beberapa tips ataupun cara untuk meningkatkan kelajuan dalam sisetm operasi Windows 7. Adakah anda sudah berpuas hati dengan tahap kelajuan windows 7 anda??



Tip 1 :- Mengurangkan tempoh Shut Down.


Windows 7 mempunyai tempoh shutdown yang lebih pendek jika di bandingkan dengan windows XP dan windows Vista. Bagaimanapun terdapat cara untuk mengurangkan lagi tempoh shutdown windows 7.

Tip 2 :- Uninstall Font yang tidak dikehendaki

Font terutamanya true type font menggunakan sistem resources yang lebih, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah uninstall font yang tidak di kehendaki dan hanya install font yang biasa di gunakan sahaja.

Tip 3 :- Hentikan service Windows search

Jika anda tahu di mana lokasi fail-fail anda dan terlampau jarang menggunakan tools "search" di dalam windows, saya mensarankan agar anda menghentikan service "Windows Search". Ini kerana service seperti ini sedikit sebanyak akan menganggu prestasi komputer anda.

Tip 4 :- Buang startup item yang tidak dikehendaki.

Buang "Startup" item yang tidak di kehendaki adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Startup program ini biasanya akan menambahkan beban kepada komputer anda walaupun anda tidak menggunkan program ini. Pastikan anda tidak membuang startup perisian antivirus.

Tip 5 :- Buang Windows Aero Feature

Windows aero memang cantik dan bergaya, tetapi dalam masa yang sama ia juga menggunakan banyak sistem resources. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kelajuan windows anda.

(Cara dan bagaimana untuk melakukan tip-tip di atas, saya akan lampirkan kemudian (",)

SELAMAT MENCUBA

Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments