Empat (4) Golongan Lelaki yang ditarik ke neraka.

4 KOMENTAR...
"السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

SALAM 1Akidah pada semua sahabat2 seperjuangan, Diharapkan agar sihat2 sentiasa dan diberkati ALLAH. Artikel kali ni saya nak
kongsikan mengenai Empat golongan Lelaki Yang Akan ditarik memasuki NERAKA JAHANNAM Dek kerana sebab2 tertentu, Oleh yang demikian, Sentiasalah muhasabah diri kita, agar sentiasa berada di landasan yang lurus menuju Rabbani kelak.


Teruskan membaca..




Pertama:- 'Ayahnya' :

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya keneraka JAHANNAM.

Kedua:- 'Suaminya' :

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.




Ketiga:- 'Abang-abangnya' :

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-'Anak Lelakinya' :

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam. maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankanlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga diri seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga dan memasukinya tanpa hisab.

INSYAALLAH, AMINN..


Hasil Nukilan :,
Ezat90
Membangun Bersama ISLAM


Comments
4 Comments

4 comments

26 Disember 2010 pada 8:07 PG

takbir~

Reply
26 Disember 2010 pada 11:42 PG

الله أكبر

Reply
27 Disember 2010 pada 2:02 PTG

@shahjiehan

thanx

Reply
Tanpa Nama
28 Disember 2010 pada 12:17 PTG

:l: Best..

Reply
Catat Ulasan