BOOT WINDOWS DENGAN PANTAS

0 KOMENTAR...
       Assalamu'alaikum semua, artikel kali ini berkaitan teknologi, mungkin ada segelintir daripada kita yang tidak begitu paham dengan perkataan "Boot Windows", jadi untuk meningkatkan pemahaman anda semua saya sediakan artikel ini.






       Pengguna Windows semakin lama merasai bahawanya ia semakin cepat tua dari usianya. Ini kerana untuk ‘Boot windows’ sudah tidak secepat dahulu. Bagi mengatasi masalah ini, terlebih dahulu kita harus faham bahawa sebegitu banyak cara atau panduan yang kita perolehi tidak memungkinkan ‘boot windows’ menjadi sangat cepat. Ini kerana TERLALU banyak perkara berlaku semasa ‘boot windows’ berjalan.


Mari kita lihat apa yang berlaku apabila setiap kali kita “ON” pc / laptop kita :


- Membaca Bios – hal-hal prasejarah yang telah sekian lama ada.


- Master Boot Record – menyimpan hal-hal yang biasanya terjadi ketika anda ‘boot up’ PC.


- Boot Sektor – kawasan khas dari hard drive anda, sedikit simpanan untuk boot Windows.


- Windows Boot Manager – sebuah program yang membaca fail Windows booting utama


- Membaca ‘boot configuration data’ – petunjuk tentang apa yang sebenarnya dilakukan ketika booting Windows


- MenCari fail hibernasi – hanya dalam kes Windows tidak shut down dengan lengkap dan bukan hanya pergi ke hibernasi (terutama pada laptop)


- Memulakan winload.exe – program yang benar-benar mulai memuatkan Windows


- Barulah Memulakan sistem pengoperasian (OS) itu sendiri


- Memulakan Session Manager Subsistem (apa benda tah tu)


- Bersedia untuk meminta anda untuk log in ke Windows itu sendiri (jika di ‘set up’ oleh anda sendiri atau memang dah ada masa beli)


- Memulakan semua perkhidmatan yang anda pasang seperti antivirus atau apa macam lagi.. (akhirnya dah rasa boleh nak mula guna ni !!!)

Comments
0 Comments