PM DIBERI LAYANAN BURUK DI ENGLAND

0 KOMENTAR...
Assalamualaikum warahmatullah

       Sekarang begitu hangat diperkatakan oleh media maya mengenai PM Malaysia, NAJIB dilayan dengan buruk katanya dek kerana layanan POLIS kepada Aktivis Perhimpunan aman BERSIH Lalu.





       Disebabkan berita layanan polis kepada penunjuk perasaan Bersih 2.0 tersebar ke seluruh dunia,


       ketibaan Perdana menteri Malaysia,Dato seri Najib Tun razak di London tidak disambut dengan hamparan permaidani merah.


      Malah menurut sumber Perdana Menteri Britain, David Cameron Membatalkan makan tengahari bersama PM Najib.


      Malah lebih teruk lagi PM disambut pula dengan protes oleh sekumpulan pendemonstasi yang membawa sepanduk berwarna kuning di luar Downing Street




        Dan sepertimana yang kita semua tahu, Media2 di Malaysia ni adalah Pro Kerajaan, jadi mereka tidak akan pernah menyiarkan berita2 yang memalukan ketua mereka. Ini adalah salah satu bentuk keadilan dalam kerajaan Malaysia yang sentiasa dilaungkan Najib "Adil kepada semua".


       Persoalannya adil ke?? sahabat saya pernah menceritakan pada saya bahawa dia pernah bersembang dengan seorang warga asing dari Thailand, kebetulan warga asing ni nak pulang ke negara asalnya untuk Pilihanraya yang bakal berlangsung,


Warga asing ini bertanya kepada sahabat saya, "Kenapa media Malaysia ni tidak menyiarkan suara hati pembangkang dalam televisyen? kejam betul, kalau di Thailand tiap2 kali menjelang Pilihanraya pasti akan disiarkan suara hati dari pihak pembangkang untuk mengempen, satu jam seorang bagi ahli pembangkang untuk berkempen di media, ini barulah dikatakan adil."


Kepada rakyat2 Malaysia di luar sana, Fikir2 dan renung2kanlah.

Comments
0 Comments