Cara masuk ke Safe Mode Windows 7/Vista

0 KOMENTAR...
          Terkadang, ada diantara kita yang di luar sana mengalami masalah untuk menggunakan Komputer / Laptop, dalam erti kata lain, semasa permulaan proses startup Windows tidak dapat diakses sepertimana biasa. Kebiasaannya, masalah ini berpunca dek kerana Virus atau Registry Windows yang bermasalah.

          Saranan saya, kepada sesiapa yang di luar sana pernah dan biasa mengalami masalah sebegini, cuba tenangkan diri dan fikiran. Jangan panik kerana semua masalah dalam dunia ini tersedia penyelesaiannya, cuma terpulang kepada diri sendiri samada mahu berusaha mencari solusinya atau hanya berpeluk tubuh.

LANGKAH 1:- MASUK KE WINDOWS SAFE MODE

          Untuk masuk ke Windows 7/Vista safe mode, tekan papan kekunci F8 sebaik sahaja komputer di hidupkan. Ada sesetengah komputer akan memberikan mesej error seperti keyboard error atau yang berkaitan dengannya. Jika ini berlaku, ulang proses tadi cuma kali ini anda perlu tekan dan lepas kekunci F8 dengan pantas. Jika ini berjaya, gambar seperti di bawah akan terhasil di komputer anda.


LANGKAH 2:- PILIH MENU YANG SESUAI


          Anda boleh memilih samada Safe Mode, Safe Mode with Networking atau Safe Mode with Command Prompt.

1- Pilih Safe Mode sekiranya anda ingin masuk ke Windows anda dengan sokongan yang minimum (tiada internet dan network)

2- Pilih Safe Mode with Networking jika anda memerlukan driver untuk di download atau file untuk di copy dari komputer yang lain.

3- Pilih Safe Mode with Command Prompt sekiranya anda ingin menggunakan command prompt, ini amat sesuai untuk mereka yang mahir dalam command prompt dan juga ingin menyelesaikan berkaitan konfigurasi Video Card di dalam Sistem Operaasi Windows.

SELAMAT MENCUBA


P/s:- Sekiranya ada sebarang persoalan mengenai artikel ini, atau berkenaan dengan permasalahan 
        Komputer, bolehlah tinggalkan komen di ruangan Chat box atau ruangan komen di bawah.. TnQ.

Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments