Santunilah insan yang bernama "IBU"

0 KOMENTAR...

Alhamdulillah, pertama dan selamanya-lamanya kita kena tingkatkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana mengizinkan kita pinjam nyawa dan pinjamkan Bumi ini untuk kehidupan yang berupa sementara. Ramai diantara kita yang tidak sedar akan pinjaman ini, mereka terus alpa menggunakan barang pinjaman ini, terus hanyut dek kemanisan duniawi, terus leka dek kelalaian yang menjadi sahabat nafsu dan Syaitan Laknatullah. 


Terkadang ada yang payah untuk mengingati Allah, mereka mengaku dan mendabik dada menyatakan diri mereka beragama Islam, sedangkan dalam masa yang sama mereka melakukan apa yang dilarang agama, dan tinggalkan yang diwajibkan dalam Islam, inikah yang dinamakan kesetiaan? Ramai dikalangan muda mudi yang di luar sana lebih mengutamakan hak kekasih hati (Girlfriend/Boyfriend). Mereka lebih rela mematuhi kehendak makhluq yang mana mereka sayangi melebihi kedua Ibubapa. Mereka meletakkan darjat Ibubapa terkebawah daripada kekasih hati mereka. Ini yang menjadi punca kemurkaan Allah buat mereka. 


Seandainya mereka dapat merasai saat kesakitan yang dialami oleh seorang Ibu ketika melahirkan anak, saya yakin dan pasti, Ibu lah segalanya-galanya dalam hidup mereka. Permasalahannya sekarang, mereka tidak pernah membayangkan situasi itu dan walau sekalipun mereka tidak pernah merasa untuk ingin tahu akan hal itu. Mereka hanya tahu mereka adalah anak kepada Ibu mereka, Ibu adalah sumber kewangan mereka dan macam-macam lagi. Walhal banyak lagi perihal yang dititiberatkan dalam melayani kedua Ibubapa. Syurga di bawah telapak kaki Ibu. Meski sudah lama mereka ingat akan pepatah itu, tetapi sedikitpun mereka tidak ambil berat dan cakna. 


Seandainya muda mudi di luar sana sedar dan tahu akan keistimewaan tempat yang bernama Syurga, nescaya mereka pasti akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Ibubapa adalah aset untuk kita sebagai anak meraih Syurga idaman. "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibubapa". Oleh itu, sentiasalah menyantuni Ibubapa anda, jauhilah dari menyakitkan hati mereka, hindarilah daripada penderhakaan kepada mereka. Insyaallah dengan Rahmat Allah kita bakal mendapat keredhaannya dan bakal mencapai Syurga yg penuh dengan kenikmatan. 


Itu sahaja buat masa ini sedikit peringatan dari saya yang kerdil ini, buat mereka di luar sana yang matlamatnya adalah meraih Syurga abadi.

Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments