LANGKAH 1
Klik start / windows logo dan taipkan "regedit" diikuti dengan butang Enter.
LANGKAH 2
Di sini anda akan di paparkan dengan registry editor di mana anda boleh mengubah mana-mana kandungan di dalam registry ini. Sila lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan fail sistem.
Dari sini klik ke HKEY_LOCAL_MACHINE - SYSTEM - CurrentControlSet - Control
Klik folder Control dan anda akan dapati di sebelah kanan terdapat icon yang bertulis "WaitToKillServiceTimeOut" yang mempunyai nilai 12000 atau lebih mudah lagi 12 saat.
LANGKAH 3
Klik icon "Waittokillservicetimeout" dan paparan seperti di bawah akan muncul.
Ubah value data kepada nilai yang lebih rendah, contohnya 3000 yang bermaksud 3000 milisecond atau 3 saat.
LANGKAH 4
Klik butang "OK" sesudah selesai. Hasil akan kelihatan sesudah anda restart semula komputer anda.
SELAMAT MENCUBA
Semoga Bermanfaat