Buatmu yang bergelar MUSLIMAH

0 KOMENTAR...
Buatmu yang bergelar MUSLIMAH….
Ubahlahlah KERUGIANMU kepada KEUNTUNGAN..

Ya ALLAH ya Tuhanku.. kami mengharapkan keuntungan dan rahmat daripada-mu..
  • - Janganlah engkau berputus asa, jika engkau tergelincir dan jatuh kedalam lubang yang dalam, tentu engkau akan dapat keluar dengan kekuatan dan kekukuhan. Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang2 yang sabar.

  • - Janganlah engkau bersedih, sekiranya orang yang dekat denganmu memasukkan @ menusukkan anak panah yang menembusi tubuhmu. Tentu kau akan mendapati orang yang mencabut anak panah itu dan mengubati luka serta mengembalikan senyumanmu dan kehidupanmu..

  • - Jangan engkau terlalu lama berdiri di atas runtuhnya binaan, apatah lagi jika kelawar telah menjadikan sarangnya. Carilah suara burung yang berkicauan di atas awan bersama mentari pagi yang indah.

  • - Janganlah engkau melihat pada lampiran kertas yang telah pudar warnanya, kusam tulisannya penuh dengan kekotoran dan penderitaan. Kerana engkau akan melihat bahawa lembaran itu tidak secantik yang engkau tuliskan. Dan bahawasanya kertas2 itu bukan kertas terakhir untukmu…

  • Engkau dengan kecantikanmu, lebih terang daripada sinar matahari.. dengan akhlakmu, engkau lebih harum daripada haruman kasturi, dengan rendah hatimu, engkau lebih tinggi daripada bulan, dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintikan hujan, maka jagalah kecantikanmu itu dengan keimanan, keredhaan dengan rasa puas hati, dan maruahmu dengan bertudung.

  • Janganlah engkau memperlihatkan segala kecantikan yang ALLAH berikan kepada lelaki ajnabi selain suamimu….

  • - Jangnlah engkau menunggu datangnya kebahagiaan, tersenyumlah agar engkau menjadi bahagia…



Comments
0 Comments