Solat Berjemaah

0 KOMENTAR...
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI

FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika
Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh
kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran
tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan
rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat
yang berbeza dalam solat kita bertindak
menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak
pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat
untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih
sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang
berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu
tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan
4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.
Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.





Comments
0 Comments