AKU, IBUBAPA DAN KAHWIN

0 KOMENTAR...

Dengarilah wahai Mak dan Abah, Anakmu Nak Kahwin..


Mak abah, saya nak kahwin.. 
Janganlah bersusah hati dengan niat saya ini ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Janganlah dihalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudahkan segala urusan. Telah ramai yang membuktikannya..



Mak abah, saya nak kahwin..
Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana proses pembelajaran takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Walaupun saya belum bekerja, bukan bermaksud saya tidak boleh menyara bakal isteri saya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah selepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Jangan risau anakmu dapat memberimu cucu ataupun tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada saya mencemar mata melihat perempuan di sana sini, lebih baik saya melihat isteri saya, bukankah ianya dijanjikan pahala?

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif dan efektif.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Percayalah yang saya sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi diri. Jika dilihat saya sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah saya jadi pemimpin kepada isteri saya. Saya akan berusaha penuhi tanggungjawab.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Ilmu agama yang saya ada sedikit cuma, tapi saya tidak pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya saya dapat menjadi seorang yang bertanggungjawab pada rumahtangga kelak.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Usia remaja yang telah saya lalui mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk saya melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.



Mak abah, saya nak kahwin.. 
Semua ini hanyalah keinginan dan hasrat anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana saya juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tua serta diredhai Ilahi..

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calon. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak abah, saya nak kahwin.. 
Apa pun jua keputusan dipersetujui, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik untuk saya dan masa depan. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak abah, sekiranya saya dibenarkan berkahwin..
Akan saya penuhi tuntutan syariat terhadap tanggungjawab baru saya ini. Segala suka dan duka tika mengharungi gelora rumahtangga akan saya kembali merujuk Ayah dan bonda selaku mentor, dan Alquran juga Sunnah selaku pegangan mutlak.

Mak abah, restuilah saya untuk berkahwin..
Tapi apakan daya saya hanya mampu menulis untuk meluahkan isi hati. Andai isi hati saya ini dapat didengari dan difahami oleh mak dan abah, alangkah puasnya hati ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini untuk mendirikan rumahtangga, semoga Allah tentukan haluan yang baik untuk anak mak dan abah ini, Amin..


(Olahan semula oleh :- Haizat & Syukri.)


Semoga Bermanfaat

Comments
0 Comments