Assalamualaikum Warahmatullah...
Tahniah kepada pembaca-pembaca sekalian yang sudi baca artikel kali ini. Kebiasaannya, tajuk yang macam ni ramai yang tak mahu meluangkan masa membacanya. Betul ke?? hehe..
Terima kasih kerana anda terpilih untuk mengikuti perjalanan artikel kali ini.
Mudah-mudahan Allah sentiasa melimpahkan Rahmatnya kepada kita semua insya Allah.
Telah semua sedia maklum, kehidupan sekarang penuh dengan serba kemodenan. Baik dari segi Media Massa, pengangkutan, multimedia, komunikasi perhubungan dan pelbagai lagi.
Dengan era kamajuan yang kita telah raih setakat ini, sepatutnya perkembangan dakwah juga turut mengikut tempias kemodenan sepertimana pesatnya pembangunan di negara ini. Apa yang aku dapati, Gajet-gajet elektronik dalam era sekarang boleh dikatakan seminggu sekali mengeluarkan jenis-jenis yang terbaru. Terkadang, ada pengeluar yang tidak sampai seminggu promosikan produk terbaru mereka, esok lusa keluar pulak yang lain. Dari sudut kecanggihan seperti ini, memang perlu dibanggakan pencapaiannya serta diambil manfaat dari penggunaannya.
Jadi, aku tertanya-tanya kenapa perjalanan dakwah di Malaysia ni kurang mendapat perhatian sepertimana ghairahnya apabila kemunculan gajet-gajet terkini.
Sebenarnya, pendekatan dakwah itu sendiri banyak cabangnya. Ada pendakwah yang menggunakan pendekatan lemah-lembut apabila berceramah. Tidak kurang juga ada yang menitipkan pendekatan dengan cara kasar, ini tidak dilihat sebagai satu bentuk halangan dan salah satu sebab mengapa dakwah sekarang kurang diterima umum.
Sebagai seorang individu yang pandai memilih dan membuat pemilihan, pandai-pandailah cari pendekatan dakwah yang sesuai dengan diri kita. Kalau rasa tak berapa nak boleh terima dengan cara "kasor" (bahasa ganu), terpulanglah nak beralih pada dakwah yang berlainan pendekatannya. Pergi kepada cara yang lemah-lembut, mungkin dengan cara itu kita boleh terima.
Di Malaysia ni, ramai pendakwah yang hebat-hebat serta pelbagai gaya pendekatannya. Tinggal hanya pilih sahaja.
Justeru, pandai-pandailah membuat pilihan dalam menerima Ilmu. Jangan disebabkan pendekatan yang tidak serasi dengan jiwa kita, terus ditolaknya dakwah. Hakikatnya, Hati-hati manusia ni perlu diberi makanan rohani untuk jaminan kebersihannya. Sekurang-kurangnya satu hari satu tazkirah kita perlu dengar ataupun membaca satu muka Al-Quran. Secara tidak langsung, ini dapat melembutkan hati kita yang semakin keras dan sombong untuk menerima kebenaran.
Semoga Bermanfaat