22 tanda hari kiamat..

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

22 tanda hari kiamat semakin hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

11. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

12. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

13. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

14. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

15. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

16. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

17. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

18. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

19. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

20. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

21. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

22. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

Wallahu'alam

Comments
0 Comments

15 Sebab Turunnya Bala

0 KOMENTAR...
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:



1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.


2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.


6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.


7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.





8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.


9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.


10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.


11. Apabila arak menjadi minuman biasa.


12. Apabila lelaki memakai sutera.


13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.


14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Sekian Wallahu'alam




Comments
0 Comments

10 laluan yg bakal dilalui oleh manusia sehingga akhirat

0 KOMENTAR...
10 laluan yg bakal dilalui oleh manusia sehingga akhirat


Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)




LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Sekian

Comments
0 Comments

ANTARA ‘CINTA’ DAN ‘SUKA’

0 KOMENTAR...
Di depan orang yang kamu ‘cinta’, jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat..

Di depan orang yang kamu ‘suka’ , kamu akan selalu bahagia…

Di depan orang yang kamu ‘cinta’, musim dingin serasa musim semi..

Tetapi di depan orang yang kamu ‘suka’, musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah..
Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu ‘cinta’, maka kamu akan bertemu..

Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu ‘suka’, maka kamu akan tersenyum…

Di depan orang yang kamu ‘cinta’, kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di benakmu..

Akan tetapi di depan orang yang kamu ‘suka’, kamu dapat mengungkapkannya…

Di depan orang yang kamu ‘cinta’, kamu cenderung malu..

Tetapi di depan orang yang kamu ’suka’, kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenar..

Orang yang kamu ‘cinta’ biasanya akan muncul di benakmu setiap 2minit…

Kamu tak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai..

Tetapi kamu akan selalu tersenyum menatap mata orang yang kamu ‘suka’...

Ketika orang yang kamu ‘cintai’ menangis, kamu akan turut menangis bersamanya..

Tetapi jika orang yang kamu ‘sukai’ menangis, kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan…

Perasaan dari ‘cinta’ dimulai dari tatapan mata..

Perasaan dari ‘suka’ dimulai dari pendengaran telinga..

Jadi, jika kamu berhenti dari menyukai seseorang, perkara yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu..

Tetapi, jika kamu mencuba untuk menutup matamu,cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya….


Comments
0 Comments

Hukuman Rejam Di Somalia..

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

(Pesalah Ditanam)..
(Di Afgoye Somalia), Penduduk Lihat Hukuman REJAM...


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia..


والله أعلم

Comments
0 Comments

*Didiklah Isterimu Wahai Suami*

1 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.



Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentaati perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.


2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.


3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.


4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan


5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)


6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.


7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.


8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.


9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.


10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.


11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.


12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.


13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.


Wallahu'alam

Comments
1 Comments

1 comment

Catat Ulasan

Bila Ia Sudah Menjadi Kebiasaan

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
(hadith34 Hadith 40- iman nawawi)

Agak-agaknya dimana tahap iman kita (terutama pada diri sendiri) sekarang? TANGAN (kuasa)? LIDAH? HATI? Atau memang tidak ada dalam senarai ini? Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita berdasarkan kisah realiti yang memang berlaku dalam kehidupan kita ini.

Tahun-tahun kebelakangan ini, umat islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak, mereka telah di sogokkan dengan program-program ‘realiti’ hiburan yang telah menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik di samping dunia glamor telah di janjikan kepada sesiapa yang berminat.

Maka berduyung-duyunglah anak-anak muda melayu islam yang berfikiran pendek(betulkah?) menyahut cabaran tersebut. Kerana bagi mereka, dunia artis merupakan suatu dunia yang menjanjikan kemewahan dan peluang rezeki yang cukup luas bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka, modalnya cukup mudah berbanding profesion yang lain. Sijil pendidikan? Tidak diperlukan, Sijil agama? Apatah lagi… Apa yang mereka perlu adalah, Sedikit muka yang tebal, wajah yang ayu (betulkah?), suara yang lunak (hmmm?) potongan badan yang cukup (?????).

Benarkah dunia artis menjanjikan kebahagian dan kejayaan? Atau hanya dunia yang hanya padanya terdapat 1001 satu cabang maksiat? Hmm Ok, kita kembali kepada tujuan utama post ini di tulis, biarkan mereka dengan dunia mereka(tapi bolehkah?). Di mana tahap iman kita dalam menghadapi situasi di atas? Tahap TANGAN ke? Hmm, mungkin ada yang memberi alasan, macam mana kami nak tegah (hentikan) program ini, kami tiada kuasa, kami bukannya pemerintah..(????)

Ok, kita turunkan sedikit tahap iman kita, tahap LIDAH ke? Hmm, masih ada lagi suara-suara sumbang yang tengelam timbul member alasan, “kami tiada ilmu, macam mana kami nak ajak (tegah) diorang dari terus menceburi alam maksiat itu, kami bukannya ustaz/ustazah” Atau mungkin iman kita berada di tahap ke 3 (selemah-lemah iman), HATI.

Namun ada lagi yang berani bersuara, “ala, kami tengok je, kami tak pernah undi pun, lagi pun kalau kami tak tengok pun, rancangan ini tetap berlangsung” Jadi, agak-agaknya di mana lagi kedudukkan iman kita ya?

*sekadar perahan otak di kala umat melayu (islam) makin leka dalam dunia hiburan, dan menjadikan lirik2 lagu sebagai gantik lirik2 ALLAH, moga-moga dapat memberi manfaat kepada semua, segala teguran atau kritikan di alu-alukan.

'ia' di sini membawa maksud kemaksiatan.

Wallahu'alam

Comments
0 Comments

Ya ALLAH

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ya Allah..
Seandaianya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah..
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah Yang Tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini maupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama dapat membina kesejahteraan hidup..
..ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang s0leh..

Amin.. ya rabbal 'alamin..

Amin Ya Allah..

Comments
0 Comments

Wanita Akan Menarik 4 Golongan Lelaki di Akhirat Kelak

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

Pertama:-
ayahnya apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

kedua:-
suaminya apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ketiga:-
abang-abangnya apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

keempat:-
anak lelakinya apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Wallahu'alam

Comments
0 Comments

Tempayan Yang Retak

0 KOMENTAR...

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh. Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.

Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,


"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu. Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata,


"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu,


"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."

Pengajaran:

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah swt akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Allah swt yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.


Comments
0 Comments

Surat Syaitan

0 KOMENTAR...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Qulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Maka aku kencingi telingamu hingga kau pekak dari dunia.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa. Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,

Jadilah sahabat karibku yang mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang sentiasa segar sejak akhir2 ini...cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku... aku tidak perlususah2 menggoda pun jarumku berkesan sekali... ...Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.

Sahabatmu Yang Tercinta,

Iblis Laknatullah

Wallahu'alam

Comments
0 Comments