PENGHAMBAANKU

0 KOMENTAR...
Walau DUNIA berada dalam gengaman namun AKHIRAT tetap dihati..
Walau setinggi mana DARJAT kita didunia..
Hati tetap menghambakan diri kepada ALLAH Yang Maha Kuasa..
Semulia mana diri kita ke TANAH jua kita akhirnya..;-)



::.Anggaplah setiap rintangan & ujian yg dtg dlm hidup kita ini merupakan tanda bahawa ALLAH sayangkan kita & ambillah segala dugaan itu sebagai pengajaran . Bersyukurlah seadanya.::

@- Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….

@- Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

@- Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

@- Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap.

@- Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

@- Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

@- Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

@- Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

@- Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

@- Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.



Comments
0 Comments