Ia mengisahkan seorang saintis yang asyik
memerhatikan
kepompong. Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut
untuk
keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis
tersebut memotong bucu kepompong untuk
mengeluarkan si
anak kupu-kupu itu tadi.
Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak.
Kepaknya kecut
dan badannya agak kecil. Saintis itu menunggu
dengan
harapan badannya akan membesar dan kepaknya
akan
mengembang. Sangkaannya meleset sekali kerana
kupu-kupu itu cacat seumur hidup dan tidak dapat
terbang.
Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu
perencanaan Allah swt agar cecair dalam badannya
mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak
tersebut
dan memperkukuhkan binaannya.
Dalam hidup kita begitu juga - kekadang -
pergelutan,
perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita
berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau
Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan,
cubaan
dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan
kita
ini.
"Sometimes struggles are exactly what we need in
our
life. If Allah allowed us to go through life without
obstacles, it would cripple us. We would not be as
strong as we could have been.
And... we would never fly."
INFO MENGENAI PENULIS
Penulis merupakan seorang mahasiswa lepasan USIM.Telah berkecimpung dalam penulisan blog lebih kurang 3 tahun. Merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Penulis merupakan mahasiswa lepasan USIM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Islam) Dengan Kepujian. Begitu meminati info-info terkini berkenaan teknologi, juga sedang mendalami ilmu akhirat.
0 Comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)