Jika Aku Seorang ISLAM

0 KOMENTAR...
Jika Aku Seorang Islam, Aku takkan biarkan saudaraku menderita, Aku tahu Allah menuntut bantu-membantu.


Jika Aku Seorang Islam, Seorang Islam yang sejati,
Akan kudirikan tiang agama, Akan kuteguhkan bumbungnya,
Akan kubantu insan lain meneguhkan tiang agama mereka...


Jika Aku Seorang Islam, Aku takkan biarkan saudaraku
terpesong, Akan aku haramkan mereka berbuat dosa,
Akan aku bantu mereka menadah pahala...


Jika Aku Seorang Islam, Aku harus berani bersuara,
Aku tak harus diam sahaja, Melihat kemungkaran di mata...


Jika Aku Seorang Islam,
Akan kulitup benang di kepalaku,
Akan kusembunyi auratku, Dan akan kujaga maruahku...
Zaman ini, Sudah nyanyuk, Maksiat di mana-mana,
Islam hanya pada nama, Aurat ditayang, Maruah melayang...
Zaman ini, Zaman nafsu serakah, Umat Islam lemah,
Si kafir berdekah-dekah, Bodohnya umat Islam itu,
Kerana mengakui dirinya Islam, Tetapi berbuat mungkar...


Jika Aku Seorang Islam,
Aku akan tega menjalani saat-saat akhir ini,
Sejarah pupus hampir berulang,
Malam tidak semestinya diganti siang,
Bangunlah umat, Masih belum terlambat,
Sebelum Kalam hilang isinya,
Sebelum bola api sejengkal jauhnya,
Sebelum pintu langit tidak lagi dibuka...


Jika Aku Seorang Islam, Aku akan bertaubat,
Sementara mempunyai masa, Sebelum turun Nabi Isa,
Agar aku dapat bersamanya,
Mempertahankan agama, Hingga sampai suatu hari,
Bola api itu terbit dari tempat ia terbenam,
Debu beterbangan bagaikan malam, Hidup terancam,
Tiada henti dilanda bencana alam....
Jika Aku Seorang Islam, Atau masih seorang Islam,
Aku akan mengikuti nasihat sajak ini,
Agar aku menjadi seorang Islam,
Yang sekurang-kurangnya, Islam Sebenar...

Masih belum Terlambat untuk bertaubat.. Masih ada masa...




Comments
0 Comments