Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa bahawa kenikmatan dunia ini hanya sementara.
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada,sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
"For those who believe and work righteousness, is (every) blessedness, and a beautiful place of (final) return." [Ar-Ra'd]13:29
let our heart receives the information from ruHH,which is purely divine from Allah..
INFO MENGENAI PENULIS
Penulis merupakan seorang mahasiswa lepasan USIM.Telah berkecimpung dalam penulisan blog lebih kurang 3 tahun. Merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Penulis merupakan mahasiswa lepasan USIM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Islam) Dengan Kepujian. Begitu meminati info-info terkini berkenaan teknologi, juga sedang mendalami ilmu akhirat.
0 Comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)