Pimpinlah Tanganku

0 KOMENTAR...
Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai
dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...

Bimbinglah daku
untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah
daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi
hidupku...

Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH... 

Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali
kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan
taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di
perkampungan JANNAH...

Ya Allah
Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya,

Sekiranya insan ini adalah suami yg akan
membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya

Sekiranya insan ini adalah bidadara/i untuk ku di
JannahMu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk
akan segala perintahnya

Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri/suami yang disenangi suami/isteri

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin yang terbaik yang dirahmati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."



Comments
0 Comments